46:JATUH

1.2K 227 168
                                    

#150 comments aku update esok ye.

"Kau nak kitorang terjun dalam laut ni? "

Eiji merenung Jasmine seolah-olah tidak memahami apa yang tersirat di dalam fikiran duyung tersebut. Kalau Jasmine kata nak terjun, jangan harap Eiji nak buat. Tak sia-sia mati awal.

Diorang tu bukan boleh bernafas lama macam si ikan duyung tu.

Triple Han, Ryan, Grey dan Roland pula sekadar mampu menguncikan mulut masing-masing. Sebenarnya diorang tak nampak apa yang Eiji dan Jasmine nampak sebab mata diorang mata biasa-biasa. Mata manusia.

Eiji tu pula mata luar biasa. Kan dah kata makhluk tertentu je boleh tengok diri 'alam' sebenar ni.

"Apa salahnya kita terjun, uncle? Cetek je sungai ni. Siap ada ikan lagi, " ujar Jethan.

Roland diam. Last dia ada keyakinan macam Jethan mengakibatkan dia hampir lemas tempoh hari. Kalau tak sebab Jasmine, mungkin Roland dah sah jadi arwah. Eish eish eish... Sadis.

"Sungai? Laut sebesar segi tiga bermuda ni pun korang tak nampak? " kerut Eiji.

"Diorang mata manusia. Kita... Eh! Awak boleh nampak laut ni?! " terkejut Jasmine.

"Kitorang manusia, dia tak. Bukan nak riak au, tapi uncle kitorang ni 01. Dia ada kuasa lebih hebat daripada kau, " temberang Ethan berbicara.

"Hmm tapi takleh pakai. Dia hilang ingatan, " sambung Nethan pula.

Mahu saja Eiji mengetuk kepala dua kembar tersebut. Sempat erk kutuk uncle sendiri.

"Kau tak cam dia ke?" Roland tertanya-tanya.

Bukan ke 01, 02 , 03, 04 dan 05 merupakan pejuang-pejuang DIA yang terkenal? Kenapa si Jasmine ni boleh pula tak kenal 01?

"Saya tak cam sebab awak semua panggil dia Eiji. Setahu saya 01 takde nama lain, " janggal Jasmine membalas.

Dalam pada itu, Roland sedar Jasmine seakan-akan menjauhkan diri daripada Tazaki Eiji. Riak wajah gadis tersebut kelihatan pucat lesi. Nampak macam takut.

Eiji pun sedar juga perubahan pada diri Jasmine. Dia tak ambik hati sebenarnya. Kau bayangkan diri 01 dulu tu pembunuh, kau ingat ada yang sudi nak berkawan? Kalau Jasmine nak blah pun, Eiji tak kesah.

Dia faham. Jasmine mesti takut 01 akan bunuh dia. Yelah, 01 dulu kan jahat.

"Kita nak buat apa sekarang? "

Jasmine menarik nafas sebelum dia melemparkan pandangan ke arah laut. Tak lama kemudian, dia melaung nama seseorang sehingga air sungai berkocak kuat.

Sungai yang diperhati oleh Roland, Triple Han, Ryan dan Grey tiba-tiba saja menunjukkan diri ia yang sebenar. Automatik, kaki masing-masing terundur ke belakang bersama mata yang terbuntang besar.
"Jas! Kau yakin ke laut ni takde ikan jerung? " bisik Grey, resah.

"Ada tapi diorang berenang kat belah sana. Awak tak perlu risau dengan haiwan yang tinggal kat laut ni, Grey. Diorang semua mesra. Jerung-jerung kat sini pun bukan jenis makan manusia, " jelas Jasmine, tenang.

"Ada ke jerung macam tu? " tanya Ethan.

"Hmm diorang tak pernah tengok manusia sebelum ni. Jadi saya yakin diorang takkan makan makhluk yang diorang tak pernah nampak. "

"Yakin? Kau ingat keyakinan kau tu boleh selamatkan kitorang? " geram Ryan.

"Erhh mungkin. "

Masak! Memang masak! Triple Han dengan yang lain-lain dah pasrah dengan nasib sendiri. Kalau diorang mati, ini semua salah Jasmine. Choi! Tiber menuduh!

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now