"Kenapa mummy rasa along banyak simpan rahsia daripada mummy?"
Roland diam tak membalas. Dibiarkan rambutnya terus dielus oleh Putri Risha. Sudah 10 minit dia berada di bilik tidur tzar dengan keadaan kepalanya berbaring beralaskan paha si ibu.
"Along tak nak bagitau mummy ke?" prihatin dia bertanya.
Pada mulanya Roland sekadar membiarkan soalan tersebut, namun dia sedar. Seseorang harus mendengar isi hatinya yang terbuku sejak pemergian Mia Aurora.
"Along rindu dia. Rindu sangat-sangat."
Seketika, Roland memusingkan kepalanya menghadap siling. Sengaja dia menyembunyikan bahagian matanya dengan lengan.
"Kenapa dia tinggalkan along? Along tak cukup baik ke untuk dia? Along rindu. Along nak dia balik," luah si abang sulung.
Luluh hati Putri Risha melihat keadaan Roland. Manik-manik halus yang mulai mengalir pada hujung mata si anak disapu lembut.
"Along tak kuat, mummy. Setahun dia tinggalkan along. Al..along ingatkan bila Master dah takde, kita boleh hidup macam dulu. Normal. Tapi hakikatnya...kita tak pernah normal."
Putri Risha tersentap. Bagai sedar ayat terakhir Roland. Deep semacam. Walau bagaimanapun, dibiarkan Roland terus meluah.
Sebab Putri Risha kenal pada perangai anak sulungnya. Roland akan sentiasa berlagak kuat dalam kalangan yang lain, namun hatinya selembut sutera. Tak ubah seperti Xender. Sukar untuk melihat Roland menyingkap apa yang ada di hati lelaki itu.
Roland lebih gemar memendam sehingga satu tahap, Putri Risha terfikir. Apakah yang sedang difikirkan oleh ketua mafia tersebut?
Sesaat, situasi berubah hening. Roland diam seakan-akan terlena akibat menangis tak sampai 10 saat tadi. Niat ingin mengalihkan kepala si anak ke tepi dibatalkan pabila Roland kembali bersuara.
"Kenapa kita semua perlu macam ni?"
"Maksud along?" Putri Risha kurang faham."Kenapa DIA tu jahat? Apa kisah silam DIA sehingga DIA tu jadi jahat?"
Terkedu Putri Risha dibuatnya. Okay, jujur. Dia tak pernah terfikir faktor bonda tu jahat. Dia hanya fikir yang DIA tu dah sedia jahat dari awal.
"Kenapa along tanya macam tu?"
"Along teringat cite Joker. Orang jahat berasal dari orang baik yang disakiti. Mungkin DIA juga ialah salah satu golongan orang macam tu," teka Roland.
Kemudian, dia bangkit lalu duduk di sebelah Putri Risha. Cakap pasal DIA, otak Roland memproseskan satu persatu persoalan yang tiba-tiba timbul di dalam benaknya.
"Bonda tu pompuan ke? Kalau dia pompuan, dia jenis apa? Manusia? Roh? Hantu? Syaitan?"
Serius, otak Roland lain dari yang lain. Teringat Putri Risha masa Roland sekolah dulu. Dia dibenarkan lompat kelas atas sebab 'terlebih pintar'. Pengetua sendiri cadangkan Roland sepatutnya layak berada di peringkat universiti dan bukannya belajar pada peringkat darjah 3 lagi.
Kadang-kadang Putri Risha sendiri berasa takjub akan kebolehan Roland.
"Apapun dia, kita tak boleh bagi muka. Dia punca dunia kita jadi macam ni," serius Putri Risha.
"Dan punca Mia hilang."
Sementara itu, Tengku Zamil melihat bintang-bintang yang berkelipan di atas langit melalui balkoni. Dia termenung lama sehinggalah lamunannya mati akibat angin yang datang secara berdesup pantas.
Bulu roma lelaki tersebut merinding ke atas. Untuk satu sebab, Tengku Zamil menelan kasar air liurnya.
"Kau nak apa?"
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...