#150 comments baru aku update tau.
#Abaikan typo aku.
Bendera setiap negara diturunkan sebagai tanda menghormati penyelamat-penyelamat dunia. Kematian A-13 serta Irisna yang ditonton oleh pelusuk dunia diratapi pilu. Ada beberapa warga daripada negara masing-masing menyeru, menyokong agar kematian dua makhluk tersebut dibela.
Sampaikan ada yang membawa sepanduk untuk memberontak tindakan kerajaan yang seolah-olah berdiam diri walhal rakyat tak tahu kerajaan sendiri menemui jalan buntu untuk menentang DIA.
Logiklah sikit. Makhluk yang ada kuasa dan berpangkat tinggi seperti Irisna pun menemui ajal, apakan pula manusia biasa. Cakap senang, nak lawan tu yang susah. Tu baru The Master, kalau DIA yang betul-betul muncul nanti, siapa nak lawan?
Sementara di Malaysia, Nanami melangut memandang langit mendung. Nanami tahu bumi turut berduka akan pemergian A-13 dan Irisna. Mereka adalah pahlawan yang hebat. Tak takut badai melanjak walau nyawa menjadi taruhan.
"Sahabatku, Irisna. Tenanglah dikau di sana," bisik Nanami, syahdu.
Tiba-tiba langit dipenuhi tompokan cahaya. Keluarga besar Tengku Zamil terpaksa mengecilkan mata bila silauan cahaya tersebut berdesup laju ke arah mereka. Tak lama kemudian, datanglah beberapa makhluk yang tak dikenali bersama imej istimewa
masing-masing.Ada yang bersungut, ada yang berekor panjang, ada yang bertubuh sasa dan tak kurang juga menyerupai susuk manusia.
"Nanami... " seru seseorang.
Nanami melangkah ke arah sekumpulan tersebut dengan hati yang kosong.
"Dia dah takde. Dia... "
Nanami menunduk. Sejujurnya, dia tak sanggup nak teruskan ayat. Dia lemah. Irisna yang dianggap seperti keluarga sendiri, pergi meninggalkan dia selepas beratus tahun berjuang di sisi Alfa Kegelapan.
"Tak apa. Aku faham, " lembut si dia mengangguk.
"Kami semua faham, Nanami, " sampuk seorang wanita.
Mereka semua sama seperti Nanami dan Irisna. Golongan yang berpangkat tinggi dan selama ini menjaga dunia melalui atas langit. Para manusia hanya mampu berbisik-bisik melihat kehadiran mereka.
"Eryn, diorang ni sape? " soal Alex.
"Dewa dewi. Diorang datang untuk hormat pemergian sahabat diorang dan juga A-13 yang baru bertukar pihak kebaikan. Yang baru panggil Nanami tu, dia ialah ketua dewa. Bila sorang daripada mereka mati, mereka dapat rasakan tanpa diberitahu oleh sesiapa, " jelas Eryn, mendatar.
Tak pernah-pernah diorang tengok dewa dewi turun kat bumi. Bila Irisna mati, semua pun turun.
"Apa gelaran diorang tu semua? " giliran Nethan menyoal.
"Dewi Laut, Dewi Perang, Dewa Tanah, Dewa Api, Dewa Angin, Dewa... "
"Jap, pompuan yang ada air kat keliling dia tu dewi apa?" potong Ethan.
Serentak, semua menoleh ke arah seorang wanita yang berada di samping ketua dewa. Di sekeliling dewi tersebut, terdapat kepulan air yang terapung-apung umpama daya graviti takde bersamanya.
"Dewi Laut. Dia boleh bertukar duyung dan siren bila-bila masa."
"Siren? Duyung? Apa beza? "
"Siren dan duyung dua susuk yang sama. Duyung cantik tapi siren tak. Dua-dua spesies ni memang kaki penggoda tapi siren bila dah goda makhluk yang dia nak, roh makhluk tu dia akan makan," terang Maisara.
YOU ARE READING
The Last Survivor
AcciónSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...