19: TERSEREMPAK DENGAN TAYLER

1.9K 260 29
                                    

#Vote and comment.

"Weh, asal dengan tuan kau? Gaya nak mati je."

Bisikan Maisara menyebabkan fokus Alice pada persekitaran terjejas sebentar. Dia yang jalan bergandingan bersama penjaga kepada 04 itu sengaja memberikan ruang kepada Putri Risha serta Mia Aurora untuk jalan terlebih dahulu di hadapan mereka.

Elok juga diorang berdua habiskan masa bersama. Boleh juga 04 belajar sesuatu daripada Mia Aurora walaupun hakikatnya 03 bukan jenis peramah nak ajar makhluk lain.

"Dia frust dengan Roland. Roland tak layan dia semalam."

"Ohh lepas korang balik dari lawan juggernaut tu ke? "

"Ya, aku rasa Roland marah dengan tuan aku sebab dia nampak buruk, " agak Alice, tenang.

"Kau ni sama je en dengan 03?"

Alice tak menjawab. Dah namanya penjaga dengan tuan, takkan tak sama pula. Lagipun selama Alice hidup, Mia lah yang banyak ajar dia tentang kehidupan. Baik ke jahat ke, semua Alice serap. Setiap tingkahlaku 03 dijadikan sebagai datanya.

Jangan ingat Alice duduk kat loket Mia selama ni dia tak tahu apa-apa. Nama je loket tapi dalam dia sangat besar persis sebesar istana yang keluarga Tengku Zamil tengah tinggal sekarang. Bila Alice dalam loket tu, dia akan habiskan masa dengan berehat serta menganalisis maklumat-maklumat penting buat tuannya.

"Kau okay tak?"

Mia Aurora menoleh ke arah Putri Risha dengan mata yang kuyu. Tak bermaya nak jawap sebenarnya, namun memandangkan dia sendiri tertanya-tanya tentang perubahan Roland semalam, baik dia korek rahsia daripada Putri Risha.

"Asal dengan anak kau weh? Dia ada masalah mental ke nak marah-marah orang?" soalnya, tak puas hati.

"Ini lah masalah kau, Mia. Kau tu tak reti jaga bahasa. Main bantai je bila nak bercakap. Kadang-kadang en aku tertanya gak sejak bila kau bergeng dengan mulut puaka macam Alex tu. Kau dah lupa ke apa yang kita buat semuanya boleh dilihat oleh diorang? Termasuk Roland, suami kau merangkap anak aku, " berjeda Putri Risha nasihatkan.

"Dah tu, tah mana masalahnya?" bingung Mia Aurora.

Putri Risha mengeluh berat. Susah betul nak fahamkan makhluk ni dalam nasihat. Alang-alang tak faham meh, Putri Risha fahamkan.

"Masa kau lawan dengan Melvin hari tu, kau cakap apa tentang Roland? Hmm? Kau cakap dia tu patung yang kau guna untuk suka-suka. Kau rasa apa reaksi anak aku? Gembira? 'Wahh, terima kasih Mia sebab anggap aku patung. Anggap lah lagi. Ehek.' Hah, macam tu? " ejek Putri Risha.

Mia Aurora terdiam. Lah sebab tu je ke? Bukannya dia serius pun. Yang Roland tu otak cap ayam sangat percaya ayat dia dah kenapa? Macamlah tak biasa dengan perangai haram jadah Mia. Balik ni Mia kena explain dengan Roland semula pasal ayat dia pada Melvin hari tu.

"Ceh, sensitif," omel Mia Aurora, perlahan.

"Tu bukan sensitif. Dia cuma kecewa."

"Tsk! Dia tu ambik perangai macam kau. Cakap sikit nak sensitif bagai. Cepat koyak! " komen Mia Aurora.

Putri Risha berhenti daripada melangkah lalu digantikan pula dengan aksinya yang bercekak pinggang. Kecik besar, kecik besar je budak Mia ni dipandangnya. Pantas kepala si menantu ditolak geram. Bagi berfungsi sikit!

"Sakitlah sial!"

"Padan muka! Siapa-siapa je yang dengar ayat kau confirm sakit hati. Siapa suka dianggap patung hah? Kalau kau kat tempat Roland, kau suka ke? Suka Roland anggap kau macam patung?" kutuk Putri Risha, sinis.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now