1800 tahun yang lalu...
"Korang ada dengar khabar kat kawasan gurun tu? Aku dengar tempat tu dah hancur dikerjakan oleh ahli-ahli setia DIA, " bisik si pelayan bertubuh gempal.
"01 dengan yang lain-lain ke buat hal?" balas si makhluk sesungut turut dalam bisikan.
"Siapa lagi kalau bukan syaitan-syaitan tu semua. Kau tau tak, diorang berlima tu tak sama langsung dengan kita. Takde perasaan!"
"DIA dah tetapkan aturan alam kita. Yang jahat sentiasa berkuasa dan lemah sentiasa kat bawah. Diorang golongan ternama, Trek, " ucap Khalim, tak puas hati.
Tanpa mereka sedari, perbualan mereka berdua didengari oleh seorang lelaki memakai topi lebar. Topi lusuh yang dikenakan di atas kepalanya cukup membuatkan identiti sebenar lelaki itu tersembunyi.
Suasana hingar-bingar tadi tiba-tiba bertukar senyap sebaik sahaja kelibat lima makhluk menjejakkan kaki ke dalam ruangan tersebut. Sepantas kilat semua makhluk bangkit daripada kerusi kayu masing-masing lalu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Hanya lelaki misteri tadi masih termangu-mangu hairan.
"Tuan!" tunduk Trek, takut-takut.
01 tersenyum sinis. Dia berdiri megah lantas melemparkan pandangan ke serata sudut bar. Nampak tak bersih. Huh, sesuai sangat diduduki oleh golongan hina macam diorang!
"Kalau kau tak nak lepak kat sini, aku nak keluar. Aku ada hal nak buat, " ujar seseorang, mendatar.
01 tergelak kecil. Dia merapati 04 lalu dagu rakan seperjuangannya ditongkat sedikit menghadap dia. Begitu rapat wajah mereka hingga membuatkan 02, 03 serta 05 tergelak mengusik. Entah apa benda yang lawaknya.
"Maksud kau nak cari katak bertoksik? Atau cari akar yang boleh menangis? " ejek 01.
Dia dah arif sangat dengan perangai 04. Suka kumpul benda-benda pelik di dalam makmalnya untuk dijadikan sebagai koleksi. Alasan konon hilangkan bosan.
Bagi 01, satu-satunya benda yang boleh buat diorang hilangkan bosan adalah dengan membunuh. Lebih senang berbanding cari benda-benda pelik kat dalam hutan.
"Kau nak mati?" tolak 04, dingin.
"Aku rasa kau patut buang semua koleksi pelik tu dan mula kumpul kepala makhluk yang kita dah penggal. Aku rasa tu jauh lebih menarik, " cadang 05.
"Hahaha! Aku setuju! " tambah 02.
"Buang masa, " komen 03 pula.
"Korang tak patut kutuk 04. Dia kan tak suka koleksi dia kena sentuh. Sokonglah sikit."
04 mencebik malas. Dah mulai dah perangai binatang empat ekor ni. 04 paling pantang jika minatnya pada haiwan beracun dipertikaikan. DIA sendiri benarkan. Lagipun, haiwan-haiwan beracun tu boleh digunakan sebagai bom racun untuk dilemparkan ke arah udara nanti.
"Senyum sikit, " usik 01, nakal.
04 menjeling bengis. Dia tak marah pun sebenarnya. Dia dah biasa dengan perangai mereka berempat memandangkan perangai mereka berlima memang sama. Cuma hari ni, niat 04 untuk mencari pari-pari bersayap satu terbantut disebabkan 01 ajak melepak.
Alasan nak lepak minum bir, tup-tup sampai sekarang tak pilih bar mana yang nak masuk.
"Blah, " putus 01 sambil selamba merangkul bahu 04.
Sebelum mereka keluar, 05 memandang satu persatu ke arah makhluk yang tengah lepak di dalam bar tersebut. Tanpa sebarang amaran, dia mengeluarkan kuasa biru gelapnya lalu dilemparkan ke tengah ruangan.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...