8 :ADEN SAKIT

2.4K 327 94
                                    

#Comment and vote.

Tap! Tap! Tap! Tap!

Kelajuan Boboiboy!!

Bam!

Pintu dikuak lebar sekali gus menghentikan langkah Roland di hadapan muka pintu. Apa yang dilihatnya sekarang adalah figura Mia Aurora yang sedang berdiri seraya memandang ke arah lain.

Seketika, Roland tercungap-cungap mencari oksigen. Dia membatukan diri dalam jangka masa yang sedikit lama.

"Saya tahu awak nak kata saya ni teruk. Saya faham. Saya memang jahat. Saya tinggalkan awak tanpa izin dan..."

"Shut up!"

Mia Aurora terdiam pabila Roland menuju ke arahnya lantas menghadiahkan ciuman lembut. Lepas apa yang dia dah buat, Roland...Roland tak marah dia?

Mata Mia Aurora terketar-ketar tak percaya. Terasa bibirnya dipagut penuh kelembutan hingga menyebabkan wanita itu mati kata. Dibiarkan Roland terus melakukan aksinya tanpa balasan.

Tak puas dengan itu, Roland menolak tubuh Mia Aurora ke atas katil lantas mendaratkan kepalanya pada bahagian dada si isteri. Mia Aurora terpaku. Saat itulah dia merasakan bajunya basah dek terkena air mata sang suami.

"Bodoh," kata Roland, perlahan.

Mia Aurora tersenyum nipis. Dia mengangkat tangannya lalu kepala ketua mafia tersebut diusap lembut. Roland nangis comel sangat weh. Serupa baby yang baru lahir. Acah cool je depan semua orang. Bila duduk berduaan macam ni, Roland nangis macam bebudak.

Dulu bila orang nangis, kata orang cengeng. Walhal dia yang suka sangat buli kita. Hah, ambik! Kan dah nangis. Muahahaha!!

"Saya minta maaf. Saya janji takkan tinggalkan awak lagi," ucap Mia Aurora, memujuk.

"Sanggup kau tinggalkan aku. Aku dah macam single kat sini. Dahlah tinggalkan aku setahun. Sehari cukuplah!" geram Roland, membebel.

Mia Aurora tergelak kecil. Dia meminta Roland mengangkat kepalanya agar mata mereka berdua saling bertembung.

"Saya cintakan awak, Roland. Saya minta maaf. Saya tak patut buat macam tu," pohon Mia Aurora, kesal.

Air matanya mengalir deras. Wajah kacak Roland masih tak ubah seperti dulu. Malah, semakin kacak hingga membuatkan Mia Aurora rasa nak terkam sekarang. Hah, korang nampak tu? Masa sedih camnipun, nafsu Mia sempat bergelora panas tau! Haih, rugi hilang setahun.

"Aku maafkan dengan syarat kau kena basuh kain aku sebulan guna tangan!"
Roland bangun dari atas tubuh Mia Aurora bersama air mata yang dah kering. Cukup nangis 10 saat dahlah. Takyah lama-lama. Abang cool mana boleh kuat nangis weh. Hastag, telur masih ada.

Mia Aurora pula sudah ternganga. Dia silap dengar ke? Guys, dia baru balik tau. Ini benda pertama yang Roland suruh buat? Eh, macam tak betul je.

"Seriously?"

Mia Aurora segera bangun menghadap Roland yang berdiri bersama riak wajah tenang. Walhal dalam hati suka sangat tengok muka cemberut si isteri.

"Yes."

"Wah, awak memang suami tak guna."
"Please jangan puji."

Gelagat Roland yang menguak rambutnya ke belakang ala-ala Shah Rukh Khan tak cukup bajet membuatkan Mia Aurora menjadi geram. Sebuah bantal dicapai lantas dilemparkan ke arah suaminya.

"Awak sengaja nak buli saya!"

"Dan kau sengaja tinggalkan aku lama-lama. Kita seri."

Roland tersenyum senget lalu menghadiahkan kenyitan nakal terhadap Mia Aurora. Oho, hari-harinya selepas ini confirm tak bosan lagi! Hooray! Riley akan dilepaskan dan diganti pula dengan Mia Aurora sebagai mangsa bulinya! Hooray! Hooray!

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now