66:EIJI PERGI, XENDER KEMBALI

1.4K 264 213
                                    

#Chakkk!

#150 comments baru aku update tau. Eh, suka hati koranglah erk. Sebab aku tak kira juga jumlah tu. Muahehehe. Aku tetap akan taip setiap hari.  (Jika diizinkan)

#3000 words aku taip. If ada typo, abaikan. Kalau tak faham, boleh tanya aku. Muah!

Jari-jemari Xender bergerak sedikit. Walaupun dalam keadaan lena yang panjang, dia dapat merasakan nyawa adik kesayangannya sudah berakhir. Dia cuba bangun,  namun gagal.

Akhirnya, Xender hanya mampu menjerit tanpa didengari oleh sesiapa. Sekuat manapun hati dia meronta nak bangun, dia tetap gagal. Dunia yang ia huni sekarang umpama mengurungnya. Untuk apa?

Xender tak faham. Berminggu-minggu dia terkurung kat sini, selama tu juga dia dihidangkan dengan memori seorang lelaki bernama Faiq. Wajah Faiq tidak kelihatan. Hanya Putri Risha saja berjaya dipandang.

Apa yang Xender mampu buat sekarang cuma menjerit kecewa. Alex, adik lelakinya yang paling dia takleh brain. Takde Alex,  sape lagi Xender nak tendang? Sape lagi dia nak main tembak-tembak dengan alasan boleh minta Mia sembuhkan.

Xender terkulai layu di atas lantai putih. Dia nak keluar. Tolonglah... Apa yang sebenarnya dunia nak tunjukkan pada dia?

_____________________________________

"ALEX!! "

Bagai gila, Anneliese berlari memeluk tubuh Alex selepas Zalek dan Hannah berundur setapak. Kedua-dua raksasa berlevel tersebut tersenyum sinis. Emosi 02 betul-betul terganggu kali ni.

Dahlah dapat tahu dia pembunuh masa kecik, lepastu penyebab ayah ibu dia meninggal, Frender kena tumor dan kali ni, Alex pula mati kerana melindunginya. Sadis sangat hidup Anneliese.

Luciana pula sudah terpaku di posisinya. Baru saja dia bercakap dengan Alex dan kini lelaki itu sudah tidak bernyawa.

"ALEX!! Ja... Jangan tinggalkan aku!! Arghhhh!! " ngongoi Anneliese, kuat.

Dia teresak-esak cuba menahan darah merah Alex daripada terus keluar. Pada saat genting macam ni, mata Alex sudahpun terkatup rapat. Dia tak lagi bergerak. Kejung sama seperti arwah The Shadow dulu.

"Aku minta maaf. Aku terlalu lemah. Aku terlalu lemah sampaikan kau mati Alex! " esak Anneliese, kecewa.

Hannah mula rasa bosan. Baginya, mati untuk manusia tu biasa. Sesuailah dengan darjat diorang yang lemah.

"Zalek, apa kata kita bunuh 02 sekarang? Lepas ni kita pergi memburu generasi dia yang lain sampai semuanya pupus, " hasut Hannah. 

Zalek tertawa jahat. Ya, dia suka cadangan tu. Tanpa hati perut langsung, Zalek menjulang tinggi pedangnya lalu cuba dilibaskan ke leher Anneliese. Rela hati, Anneliese memejam mata.

Dia penyebab kematian Alex, adik suaminya. Dia juga patut mati. Kalau Aden tahu Alex mati sebabnya, confirm Aden rasa teramat kecewa. Silap-silap rasa cinta bertukar benci.

"Maafkan sayang, abang. "

Mata ditutup rapat.

"Jangan tuan!! "

Zenggg!!

Zalek terkejut bukan kepalang begitu juga dengan Hannah. Pedang milik Zalek baru sahaja terpelanting dan tertusuk pada batang pokok. Ada sesuatu yang datang menghalang perbuatan Zalek.

Buktinya, langit tiba-tiba bertukar semakin suram dan digantikan dengan biru gelap. Sayup-sayup Zalek dan Hannah mendengar bunyi tapak kaki menerpa ke arah mereka. Hannah rasa tak selamat.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now