#Kau yang baca ni, dah solat ke?
Ella menggeleng melihat tingkah Mia Aurora yang baru pergi. Sesetengah orang tu takkan berubah dan sememangnya susah diurus. Ella terus bangkit ingin meninggalkan alam manusia.
"Jasmine, mari balik. Ini bukan dunia kita, " ajak Ella, mendatar.
Jasmine akur. Dia tak sedih pun. Dia tahu dia tak patut masuk ke dalam dunia yang bukan miliknya. Kenangan dia bersama Roland pula biarlah jadi sejarah semata-mata.
Cinta? Mungkin disebabkan dia tak pernah tengok manusia dan Roland ialah manusia lelaki pertama dia terserempak yang membuatkan Jasmine jatuh cinta. Lagipun, susah tak jatuh cinta pada lelaki sekacak Roland.
Apa yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Sekarang Jasmine dah ada impian dan idola baru! 03! Dia nak jadi famous macam 03! Baru cool!
"01, 02, 04 dan 05. Panggil saja aku bila korang perlu. Aku janji akan datang memberi pertolongan walaupun nyawa menjadi taruhan, " ucap Ella, serius.
Jasmine tiba-tiba terdiam. 3 wanita dan Eiji mengangguk sebagai balasan pada ayat Ella sebentar tadi. Diperhati lama wajah Risha, Anneliese dan Tasya. Tak syak lagi tu 02, 04 dan 05!
Okay, kali ni Jasmine rasa nak pengsan. Se.. Semua pejuang DIA 1800 tahun yang lalu ada kat sini? Macam mana dia boleh tak perasan? Mungkin disebabkan pemakaian mereka di dunia manusia.
Jasmine rasa tak selamat! Tubuhnya longlai tiba-tiba dan rebah di dalam pelukan Ella.
"0...02...0..."
Dan pengsan! Ella menjongketkan bahu lalu menghilangkan diri bersama Jasmine. Yang lain pula dah terkebil-kebil dengan tingkahlaku Jasmine. Duyung tu memang penakut atau memang benar diri mereka berlima semua menakutkan suatu ketika dahulu?
Sementara di bilik tidur yang lain, Mia Aurora berbaring sambil memeluk tubuh. Dia berfikir kisah hidupnya bersama DIA sehinggalah saat berjumpa Roland. Mengingatkan hal itu, hati Mia kembali terusik.
Misinya mudah. Bunuh keluarga Tengku Zamil dan rekrut 01, 02, 04 dan 05 balik. Tapi apa yang Mia buat bertentangan dengan arahan DIA. Selepas itu, segala-segalanya berubah. DIA meletakkan 03 sebagai mangsa dalam senarai untuk diseksa.
Namun, walau seteruk manapun Mia Aurora terseksa, dia tetap akan bertahan. Dia yakin bukan dia sorang je terseksa. Ada banyak lagi orang kat luar sana tu menderita. Yang hilang mak ayah, keluarga, anak, rumah, pekerjaan, duit serta pelbagai lagi bentuk kesusahan.
Mia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih hidup dan kekal bersama Roland. Ya, dia ada yang lain. Eiji, Anneliese, Risha dan Tasya masih hidup dan tetap berjuang melawan kejahatan.
"Tuan rasa sejuk? "
Mia Aurora menggeleng. Tak lama kemudian, dia merasakan Alice berbaring di sisi lalu menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Mia Aurora selesa. Belakang tubuhnya ditepuk perlahan umpama didodoi.
"Tuan Roland manusia yang setia. Dia sanggup buat apa saja untuk tuan. Setiap kali dia pandang tuan, matanya menzahirkan cinta yang mendalam. Bukan ke tuan patut hargai dia? " nasihat Alice, lembut.
"Sejak bila kau pandai berpuitis? " usik Mia.
"Tuan selalu bermanja dengan Tuan Roland depan saya. Setiap ayat tuan berdua saya dengar."
Mia Aurora rasa kelakar. Ya, Alice selalu bersama dia. Tak mustahil lah Alice dengar. Kat bilik pun, Alice berdiri kat tepi pintu. Bila Mia keluar baru Alice ikut keluar. Huh, nampak sangat Alice lebih SETIA!
"Hei, Lice. Roland takde pompuan lain kan? Aku bukan syak atau musykil dekat dia. Aku cuma nak pastikan dia tak tipu aku, " selindung Mia Aurora.
Alice tertawa kecil. Dia tahu Mia ragu-ragu. Takut sangat Roland simpan pompuan lain. Ngaku je lah.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...