3: RAHSIA TERSINGKAP

3K 337 91
                                    

- People's lives don't end when they die. It ends when they lose faith. -

4:32 p.m, Kawasan pedalaman kampung Tok Mariam.

Matahari. Mana matahari yang selalu orang dambakan? Oh, lupa. Ia tersembunyi di balik langit yang kian menghitam. Jerebu? Tak. Lebih kepada pencemaran udara.

Si dia menghela nafas panjang. Ikut kiraan, dah hampir setahun dia duduk kat sini. Berduka dalam kecewa. Berharap realiti menjadi fantasi. Berharap kenyataan semuanya palsu. Makhluk yang manusia takutkan selama ini dah menang.

Dunia ini berjaya dipengaruhi oleh DIA. Tiba-tiba beberapa daun kering jatuh di atas tanah. Si dia melepaskan keluhan kecil. Rasanya dah berulang kali rumput-rumput kering dibersihkan dengan menyapunya untuk dikumpulkan ke arah tepi.

Peliknya. Daun kering ni pun tak ubah nasib seperti dirinya. Jatuh berulang kali dan hasilnya tetap sama. Jatuh kat atas tanah. Begitu juga dengan nasib Putri Risha. Cuba ulangkan masa untuk selamatkan keluarganya dulu, namun gagal.

Penyapu dicapai lantas daun-daun kering tadi disapu ke arah tepi pangkin. Nanti bila dah kumpul semuanya, baru akan dimasukkan ke dalam plastik hitam. Selesai kerja dilakukan, Putri Risha meletakkan penyapu di tempatnya semula.

Saat itu angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut seluruh tubuh ia. Anak-anak rambut yang terjuntai ditarik ke belakang telinga. Putri Risha melihat langit. Takde perubahan. Suram. Sesuram hatinya.

Kehilangan orang yang kita paling sayang bukanlah satu hal yang mudah dilupakan. Lagi-lagi tu penyebab dari kita sendiri. Putri Risha termenung jauh. Dah jadi rutinnya merenung langit di atas sana.

Hampir setahun lalu, dia kehilangan segala-galanya. Dalam sehari. Dato Fikri, Datin Melia, Airil, Lyana dan Faizal, anak buahnya pergi meninggalkan dia. Hanya dalam sehari. Sehari. Tubir mata Putri Risha mulai bergenang.

Setiap kali saat paling buruk itu bermain semula di minda, Putri Risha rasa ingin menangis. Dia penat. Dia sedar pada satu perkara. Tangisannya takkan mengubah apa-apa.

Keluarganya takkan kembali semula. Putri Risha dah penat menangis hinggakan matanya rasa kering kelelahan. Tekun mengelamun, tiba-tiba telinga Putri Risha terdengar bunyi ranting dipijak.

Pasti Alice. Gadis itu menjenguknya setiap hari. Walaupun mereka berdua tak berbual, Alice tetap mengunjunginya setiap hari. Mungkin takut seandainya dia nak bunuh diri. Rasa kelakar pula. Teringat ayat Maisara dahulu. Seribu kali pun Putri Risha bunuh diri, dia tetap takkan mati begitu mudah.

"Mummy..."

Putri Risha tersentak. Perlahan-lahan kepalanya diturunkan menghadap hadapan. Bagai tak percaya dengan apa yang dilihat, Xendra berdiri di hadapan sekumpulan manusia.

"Mummy!"

Zappp!!

Mata Putri Risha terbeliak luas. Pelukan anak bongsunya dirasai tanpa sebarang tindak balas. Dia tetap pegun dalam keadaan terkejut. Hampir setahun mereka berpisah dan hari ni diorang datang ...beramai-ramai.

"Xendra rindu..."

Xendra menangis dalam pelukan sang ibu kandung. Haruman semula jadi pada tubuh Putri Risha membuatkan tangisan Xendra semakin kuat. Dia rindu. Sangat rindu. Rindu pada suara ibunya sendiri.

Putri Risha terdiam. Perlahan-lahan tangan diangkat lalu tubuh si anak dipeluk. Tak mampu lagi ditahan, air matanya turut mengalir deras. Maka, kedua-dua anak beranak itu pun mengongoi melepaskan kerinduan masing-masing.

"Mummy minta maaf," bisik Putri Risha, syahdu.

Semasa tangan sibuk memeluk tubuh si anak bongsu, ada tangan lain pula memeluk bahunya. Hangat! Harum! Segera kepala diangkat menghadap empunya tangan tersebut. Tatkala mata mereka bertembung, bebola mata Putri Risha terketar-ketar sebak. Insan yang dicintainya selama ini turut menangis dalam senyuman.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now