20: INSPEKTOR SHANE MASIH HIDUP?

1.8K 259 36
                                    

#Comment and vote

Entah kenapa Putri Risha rasa diri dia tak berguna sekarang. Biarkan Maisara fight sorang-sorang untuk dia. Huh, sejak bila dia jadi pengecut? Bila difikirkan dengan lebih dalam, Maisara ada hidup dia sendiri. Miko, suaminya. Apa perasaan Miko bila tengok isteri dia macam ni?

Dihempas, dihentak? Setiap kali Maisara kena bertarung dengannya, pasti wanita itu akan mengalami kecederaan sama ada ringan atau berat. Tipulah kalau Miko tak risau. Suami mana yang tak ambik kesah bila tengok bini dia kesakitan?

Putri Risha jadi rasa bersalah. Tiap hari Maisara jaga dia dan dia pula buat apa? Memanglah pompuan tu penjaga dia tapi pada masa yang sama, Maisara juga merangkap rakan baiknya. Wanita tu lah yang dah banyak protect dia masa diorang duduk di bawah empayar The King.

Sedih, gaduh, marah, bertarung, gelak, gila, bodoh diorang semua dikongsi bersama. Putri Risha terasa kerdil. Mana Angel yang dulu? Angel yang jenis bantai sesiapa sahaja yang menganggu jalannya. Angel yang gila bertarung, Angel yang berani, Angel yang jahat, Angel yang jauh lebih ekstrem.

Sementara itu pula, Tayler memandang Putri Risha dari atas ke bawah. Menurut penelitiannya, Putri Risha berkata jujur. Nampak sangat tak pandai guna kuasa. Lagi satu sejak bila 04 jenis peramah makhluknya? Siap boleh diajak bercerita bagai.

Lainlah kalau 03. Cakap sikit, kunci mulut. Tegur sikit, bagi jelingan. Tak peramah langsung! Setahu Tayler 01 hinggalah 05 bukan jenis bersosial. Almaklumlah, diorang golongan syaitan dulu. Suka nak bunuh orang tanpa ampun. Jenis ikut hati nak bantai makhluk lain.

Maka, makhluk yang tak berdaya telah tertindas angkara mereka berlima. Siapa sahaja yang berada di bawah angkatan DIA, pasti dibenci. Terutama mereka berlima. So, kalau nak cakap diorang berlima tu dah berubah jadi baik, korang ingat ada sesiapa nak percaya ke?

"Apesal you tak tahu guna kuasa? " selidik Tayler.

"Aku tak ingat. "

"Huh, tak ingat? Elok je 03 tu guna kuasa, " bidas Tayler.

"Dia lain. Dia dah lama duduk dengan DIA. Kitorang tak."

Tayler mengecilkan mata. Kitorang? Maksudnya, selain 03 yang selebihnya macam 04?

"I dengar you dah kahwin dengan manusia. Betul ke? " soalnya lagi.

"Hmmm.. "

Sah, betul! Patutlah bongok tak tahu guna kuasa. Diorang dah langgar pantang yang DIA paling tak suka. Cinta! Perkahwinan! Anak! DIA benci pada ketiga-tiga perkara ini.

"Arghhhh!! "

Kedengaran jeritan Maisara bergema di atas udara. Begitu khusyuk sekali penjaga tersebut bertarung dengan si serigala manakala mereka berdua pula elok berbual ala-ala kat kedai kopi.

"You tak cuba nak ingat balik? "

"Dah tapi sikit je dapat. Aku tahu cara bertarung tapi bukan cara nak lancarkan kuasa macam Mia buat."

"Kau perlu motivasi kut, " tembak Tayler.

"Motivasi? "

"Haah. I ada kawan yang terer pasal bab ni. Dia ada kuasa manipulasi watak. Erti kata lain dia boleh tukar watak orang dengan watak yang lain. Watak apa je orang tu nak. Kalau you nak jadi I pun boleh, " senyum Tayler.

Putri Risha menilik Tayler atas bawah. Macam tak betul je budak ni. Kalau dia boleh tukar watak pun, takkanlah watak sotong Tayler pula jadi pilihan hatinya. Gila!

"Takpe kut," tolak dia.

"Rugilah you! "

Putri Risha tersengih janggal lantas mengubah topik dengan menghalakan pandangan ke arah Maisara. Tampak dari jauh, Maisara mendarat di atas tanah bersama lelah yang tak terkira. Sang serigala pula masih kuat bertahan bersama nyawa yang tinggal separuh.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now