57: EIJI TAKUT

1.5K 243 93
                                    

#Vote and comment.

"01, ikut aku ke sini kejap."

Tazaki Eiji akur pada perintah Rosilia. Dia sempat mengucup dahi Tengku Nurfaiza sebelum berlalu pergi.  Tatkala tiba di luar halaman istana, Tazaki Eiji disantap dengan bintang-bintang berkerlipan di atas langit kegelapan.

"Lihatlah bintang-bintang itu, 01. Ia menyinari alam dan semua makhluk menganggap diri mereka sangat indah. Walhal tanpa kegelapan, kecantikan bintang tak akan kelihatan. Persoalannya, mengapa makhluk alam semesta sentiasa menyalahi kegelapan setiap waktu? "

Madah-madah bermakna Rosilia didengari penuh teliti oleh Tazaki Eiji. Bahkan, Eiji sendiri takde jawapan pada soalan Rosilia. Kenapa manusia bencikan kegelapan? Sebab manusia tak mampu nampak apa-apa dan mulakan bayangkan benda-benda yang seram.

Gelap juga menimbulkan kesusahan pada penglihatan semua manusia. Susah nak buat kerja dalam situasi yang gelap. Namun, ada sesuatu yang manusia lupa. Sewaktu kegelapan mengambil alih, semua orang akan sibuk bermain dengan lilin.

Berbekalkan cahaya tersebut, manusia berseronok dengan mencipta pelbagai bentuk bayang. Wujudnya cahaya, disebabkan kegelapan. Manusia juga sibuk memasang pelita pada waktu raya bagi menceriakan rumah masing-masing.

Cahaya juga mendapat nama. Adakah manusia terfikir pelita tersebut takkan nampak indah jika dipasang pada waktu siang? Sebab tu manusia tak menyalakan pelita ketika cahaya mengambil alih bumi. Pendek kata, manusia perlukan kegelapan.

"Aku telah lama berjuang di sisi alfa Kegelapan. Bahkan, aku tahu seluruh kisah hidupnya daripada mana-mana makhluk yang ada di muka bumi ni."

Tazaki Eiji membiarkan Rosilia membuka kata-kata aluan.

"Dan aku juga tahu ketakutan yang kau pendam selama ini, 01."

Tu dia! Rosilia dah masuk ke isi utama. Tazaki Eiji hanya mampu senyap dan menghenyakkan punggungnya di atas kerusi panjang. 

"Apa sebabnya, 01?"

"Kau boleh baca fikiran, Rosilia. Aku jamin kau dah tahu isi fikiran aku, " balas Eiji, tawar hati.

"Sebaiknya aku tahu dari mulut kau sendiri. Meluah adalah satu terapi yang baik," galak Rosilia, lembut.

Sejenak, Tazaki Eiji menarik pandang nafasnya. Dia termenung sebentar lalu memulakan ayat.

"01 ialah makhluk teruk. Semua orang tahu kisah masa lelaki tu hidup dulu. Sepanjang aku tinggal kat Jepun, aku terima tohmahan, hinaan dan macam-macam lagi bentuk ejekan. Makhluk yang terserempak dengan aku menyerang aku secara tiba-tiba. Diorang kata aku tak layak berkeluarga selepas apa yang aku dah buat 1800 tahun yang lalu. Aku tahu aku kejam, Rosilia. Kalau aku bertukar jadi diri aku yang asal.. Aku takut... Aku takut... "

Tazaki Eiji tak mampu teruskan ayatnya lagi. Dia tertunduk lalu mencengkam rambut. Satu-satunya manusia yang berada di dalam fikirannya sekarang hanya Tengku Nurfaiza.

Senyuman, gelak serta manja wanita itu benar-benar melemahkan Tazaki Eiji.

"Kau takut... Kau akan cederakan keluarga kau? "

Tazaki Eiji tiba-tiba menangis.

"Aku takut aku cederakan diorang dengan tangan aku. Aku takut jadi jahat macam dulu. Aku takut, Rosilia. Aku takkan maafkan diri aku kalau tangan aku sendiri yang apa-apakan diorang! " rintih Tazaki Eiji.

Rosilia tersenyum tawar lantas duduk di sebelah Tazaki Eiji. Kepala lelaki itu diusap umpama anak kecil.  Orang lain tak tahu, Tazaki Eiji banyak menderita.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now