23 : RISHA INGIN MENJADI ANGEL

1.9K 261 87
                                    

"Uhuk!  Uhuk! "

Anneliese Cherina tercungap-cungap mencari nafas. Tangannya pula masih setia memegang dinding seraya mata terarah terhadap Nanami yang tersenyum sinis. Nampaknya makhluk yang merupakan guru kepada 01 itu menggeleng-gelengkan kepala seakan-akan tidak berpuas hati kepadanya.

"Lemah! Baru tu dah penat? " ejek dia.
Anneliese merengus lalu menoleh ke arah Aden yang turut diam membatu. Lelaki tersebut sekadar memerhati perlawanan antara mereka berdua tanpa sepatah kata dari jarak yang jauh. Hal ini membuatkan Anneliese ingin menangis. Rasa dari tadi dibuli oleh pompuan ni.

Boleh pula suami duk pandang. Uwarghh!  Nak tukar laki boleh tak?

"Kau tahu tak apa kelemahan yang kau tengah hadap sekarang ni? " serius Nanami menyoal.

Anneliese menggeleng lambat-lambat.
"Kau terlalu berlembut, 02! Kau mudah diperdayakan dan terlalu naif untuk masuk dalam pertarungan. Aku jamin kau akan mati dalam sesaat kat tangan DIA, " tegas Nanami.

Anneliese mengigit bibir lalu membetulkan postur badan. Tiba-tiba dia mengerutkan dahi lalu merenung Nanami dengan kepala yang digaru perlahan.

"Lah siapa kata saya nak lawan dengan DIA? "

Serentak, Aden dan Nanami melepaskan keluhan masing-masing. Akhirnya, Nanami meninggalkan medan pertarungan bersama dahi yang sengaja diurut sedikit. Peninglah nak layan perangai bendul 02 ni. Kang bagi penampaq ada juga yang menangis karang.

Ada je jawapan noob Anneliese nak bagi. Dahlah bertarung lembut sangat! Korang pernah nampak tak orang tengah duk fight guna pasir je?  Hah!  Tu lah Anneliese sekarang. Bila ditendang menangis kesakitan. Sikit-sikit nak minta Aden bela kan.

Dalam antara keluarga mafia ni, Anneliese sorang je lah yang lembut. Yang lain kaki pukul, kaki bantai, kaki terajang, kaki tak guna, eh tu salah. Semua kakilah diorang ambik.

"Nanami,  awak nak ajar saya esok lagi ke? " laung Anneliese apabila Nanami semakin jauh daripadanya.

"Dah tu? Takkan aku nak biarkan kau jadi ayam mati kat situ!"

"Tapi awak kan guru Eiji je. Awak tak perlu ajar saya. Saya dah pandai. Saya ada kelulusan spm da... "

"Kepala hotak! Pastikan kau datang esok! " peringat Nanami.

Anneliese tidak lagi menjawab malam ditukarkan pula dengan bibir yang muncung ke hadapan. Saat bahunya terasa ditepuk halus, dia segera menoleh ke belakang.

"Good job, sayang, " puji Aden, mendatar.

Terus sahaja wajah Anneliese bertukar ceria menerima pujian daripada sang suami.

"Hebatkan sayang lawan dia? "

"Erhh.. "

Aden menggaru kepala yang tak gatal sambil tersenyum tawar. Kalau ingatkan balik, Nanami langsung tak bagi 'muka' kat Anneliese. Jika dipertimbangkan semula, sebanyak 9 kali juga Anneliese terbuang kat dinding. Tu belum masuk lagi diterajang, disepak, dibantai oleh Nanami.

So, kiranya Anneliese hebat berlawan dengan Nanami ke? Atau sebenarnya dia hebat dalam dibantaikan?

"He...Hebat! Hebat!  Sangat hebat! Very impressive, sweetheart!" puji Aden ragu-ragu.

"Awww...you're so sweet! Sayang tahu sayang memang ada kebolehan lawan dia, " kenyit Anneliese bangga.

"Haha."

Nampak sangat gelak Aden tak ikhlas. Tak lama kemudian, Anneliese berlari keriangan menuju ke luar pintu sambil bersenandung merdu. Dari kejauhan, Aden tersenyum nipis. Teringat pada anak gadis mereka, Adelaide Ayla. Sama sangat perangai dengan mak dia yang sekor ni.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now