#Comment and vote.
"Arghhhhhh!!"
Roland tersentak begitu juga dengan Mia Aurora. Dengar saja jeritan tersebut, Roland terus bangkit seraya mencapai baju yang terampai dikepala sofa. Tingkahnya itu membuatkan mulut Mia Aurora terketar-ketar ingin mengucapkan sesuatu.
Lah, macam tu je? Kiss mana? Hancur angan-angan Mia Aurora nak bermanja. Haih, tiap kali nak buat adegan panas, tentu ada makhluk yang potong stim. Rasanya Mia Aurora perlu bermanja dengan Roland waktu semua orang dah tidur. Baru aman!
"Arghhhh!!"
Jeritan tersebut bergema lagi. Mahu tak mahu, Mia Aurora menghilangkan diri lalu muncul di hadapan Roland yang baru selesai menuruni tangga. Air muka lelaki tersebut kelihatan terkejut melihat kemunculannya secara tiba-tiba.
"Macam mana..."
"Saya ada kuasa lah," malas Mia Aurora menjawap.
Roland mengangguk faham. Sesaat kemudian, dia menaikkan kepalanya bila semua orang turut melihat ke atas. Apa yang terhidang di hadapan semua orang adalah keadaan Anneliese yang sedang dicengkam oleh sesungut seekor raksasa berkepala dua.
Terketar-ketar mata semua orang merenung makhluk itu. Yang jadi satu hal, raksasa tersebut kelihatan lebih besar daripada saiz diorang. Rasanya bagai Ultraman dengan manusia kecil. Sekali dipijak, berterbangan nyawa.
"Shhh tak guna! Macam mana raksasa ni boleh masuk kat sini?" kata Mia Aurora, perlahan.
"Tolong saya!! Abang!! Sayang tak nak mati!!" nangis Anneliese.
Tengku Haikal tersentak daripada rasa takjubnya melihat raksasa itu. Serta-merta matanya mencari penjaga Anneliese. Dari jauh, Luciana tampak berbincang sesuatu bersama Eryn dan Maisara.
"Luciana, tolong Anneliese!" arah Tengku Haikal, terdesak.
Luciana mengangguk. Dia berlari ke depan lalu melompat tinggi ke atas udara. Bersama riak wajah yang serius, tangannya diangkat tinggi lalu menghiris sesungut milik raksasa tadi.
Terlepas saja tuannya daripada cengkaman sesungut, Luciana muncul di hadapan Anneliese lalu segera menyambut tubuh wanita itu agar tak terhempas pada lantai.
Kau bayangkan kuat Luciana tu camne. Tanpa gunakan senjata, sesungut milik raksasa yang besarnya Ultraman pun berjaya dipotong.
Sementara itu, Nanami sekadar menjadi pemerhati sambil duduk di atas sofa. Tak ketinggalan teh dihirup perlahan lalu dia menghela lega. Baginya, fenomena yang berlaku sekarang merupakan fenomena yang dah biasa berlaku.
So, releks, makan angin, baca buku, tidur. Tambahan pula, raksasa yang tengah buat onar ni bukanlah lawannya. Pendek kata, tak layak langsung nak berhadapan dengan dia.
Ketika ralit berehat, tanpa sengaja mata Nanami mendarat pada seorang wanita yang beriak serius. Fokus Nanami terganggu malah, ditukarkan pula dengan tawa sinis. 03, ya dia tengah melihat 03 dari jauh.Rasanya sebelum ni dia dah pernah terserempak dengan 03 tapi haroom 03 nak tegur dia. Selepas pertemuan mereka kali pertama di dalam istana ni, Nanami dah tak nampak batang hidung 03. Roland kata isteri dia tengah berehat.
Ceh, rehatlah sangat. Manusia biasa kau boleh tipulah 03! Nanami sedar 03 memang sengaja tak nak keluar. Malas sangat nak menghadap dia. Ngaku jelah takut sangat terima realiti. Ele, macam Nanami tak tahu.
"Tuan, raksasa ni..."
"Aku tahu," potong Mia Aurora, serius.
Tajam matanya merenung pada bar nyawa si raksasa. Tepat di atas bar nyawa raksasa tersebut terdapat satu perkataan beserta nombor.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...