35:MEXICO

1.5K 237 156
                                    

#100 comments baru aku update tau.

Langit suram ditenung sekilas. Roland menarik nafas sehela. Detik demi detik yang ia nantikan terasa perlahan. Saban hari mereka dihidangkan masalah bukan setakat satu tapi berlapik-lapik. Lega takde sape yang mati lagi. Cuma adalah yang dapat luka-luka ringan.

Mungkin sebab diorang pihak atasan. Cuba tanyat rakyat biasa, apa kes yang diorang kena hadap setiap hati? Solat dibunuh. Nak mengaji pula akan diganggu. Sehinggalah terdapat segelintir manusia menunaikan solat secara tersembunyi. Itupun takleh berkumpul.

Tak masuk lagi kes mati anak, mati mak bapak, kekurangan makanan, minuman, hancur tempat tinggal dan banyak lagi.

Kalau penulis senaraikan masalah diorang sekarang, rasanya mengambil 2000 patah perkataan. Hal ini membuatkan majoriti rakyat terdesak untuk mengikuti ajaran sesat DIA.

Kaya, miskin, ahli politik, penunggang ajaran sesat, semua berebut-rebut nak hidup. Sungguh memalukan bagi orang yang lebih mengutamakan duniawi berbanding manusia yang sanggup mati demi mempertahankan agama masing-masing.

"Rindu kat bini ke? "

Suara Ryan mengganggu lamunan Roland. Kelihatan Ryan merebahkan tubuh di atas katil tidur miliknya bersama Mia. Roland pula masih setia menyandar pada sliding door. Banyak-banyak muka, muka Roland lah yang paling sukar nak diduga kat muka bumi ni.

Entahlah. Ryan dapat rasakan perubahan Roland semenjak dunia dikatakan semakin nazak. Takde lagi Roland yang suka mengusik. 24 jam serius. Gelak pun kurang.

"Lek arh. Kau tahu Mia tu kuat macam mana en. Tanbah-tambah dia ada Iris dengan A-13. Master takleh fight punya, " jamin Ryan.

"Aku cuma nak Mia selamat, " jawap Roland.

Ryan faham. Suami mana tak risau en? Suami kau? Eh, kau dah lupa ke kau single?

"Banyak sangat persoalan kat dalam otak aku, " luah Ryan tiba-tiba.

"Maksud kau? "

"Yelah, aku nak tahu sangat apa yang dah jadi 1800 tahun yang lalu. Aku nak tahu siapa Alfa Kegelapan dan kenapa DIA bunuh alfa tu. Yang paling aku tertanya-tanya sekali, asal DIA tu benci sangat dekat semua orang erk? Takkan DIA lahir-lahir dah jadi syaitan?" ulas Ryan, sakit kepala.

Roland menaikkan kedua-dua bahunya tanda tak tahu. Actually, dia tak kesah pun. Dia percaya selagi Tazaki Eiji hidup, mereka masih ada peluang untuk kalahkan DIA. Tazaki Eiji kan ada kuasa kebal. Yang jadi masalahnya, mamat tu tak ingat apa-apa. Adalah sikit tapi tak banyak.

"Ramai dah sengsara, bro. Aku sedih tengok family kita. Aku rasa kita tak cukup kuat nak lawan DIA."

"Weh, weh kau cakap apa ni? "

"Kau tengok sendiri arh. Tiap hari, kes kematian makin meningkat. Pemberontak sana sini. Tak masuk lagi kes kat negara Indonesia. Sampai tsunami DIA 'hadiahkan'. Aku rasa dia memang nak pupuskan golongan baik. Kita pula... Apa kemampuan yang kita ada? Askar kita pun dah banyak yang mampus, " keluh Ryan.

"Kita masih ada Allah. Tu yang kau lupa. Doa tu kunci untuk kita selamat," tegas Roland.

Ryan tersenyum. Dia dah dapat agak tu jawapan yang akan keluar daripada mulut abang angkatnya.

"Aku tahu. Tapi doa tanpa usaha hasilnya tetap kosong. Kau sendiri pernah bagitau aku benda tu, " peringat Ryan.

Roland terdiam. Betul kata Ryan. Doa tanpa usaha, apa guna? Contohlah en, korang exam. Doa punya khusyuk tapi buku haram nak buka. Sebab tu doa tu harus diselangi dengan usaha.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now