12: SENSEI NANAMI

3.1K 330 60
                                    

"Genji? Pfttt!! HAHAHAHA! Hei, siapa yang bagi nama tu dengan kau?" gelak Nanami.

Sampai mengalir air mata dibuatnya. Tak diendahkan diorang yang tengah memandangnya dengan pelbagai spekulasi berbeza.

"Guys, apa ni? Aku tak faham." Tazaki Genji mula berasa tertekan.

Kejap, kejap. Rasanya dia dah patut tukar nama.

"Sebenarnya, Tazaki (Bapa Genji/Eiji) namakan kau Eiji tapi lepas Tazaki meninggal dunia, kitorang ubah nama kau jadi Genji," jelas Mika, berharap agar tuannya bertenang.

"Asal korang buat macam tu hah?"

"Sebab kitorang perlu protect kau, bro. Kitorang ingat dengan tukar nama kau, DIA tu bolehlah gagal kesan kau."

"Wah tu alasan paling bodoh aku pernah dengar," bisik Eryn terhadap Maisara.

Pantas Mikami Brothers menjeling pada Eryn. Agak-agaklah nak berbisik pun. Pendengaran diorangkan tajam. Bunyi jarum jatuh pun diorang boleh dengar tau. Korang jangan memain.

"So, korang nak cakap nama Genji yang aku dah pegang lebih 30 tahun tu tak betul?!"

"Kinda," sengih Kami.

Hampir naik gila Tazaki Genji dibuatnya. Dia ditipu bulat-bulat bro. Gila! Jadi, sepanjang dia hidup, dia gunakan nama orang lain? Nama palsu? Mikami Brothers memang nak kena!

"At least niat diorang baik en. Diorang cuma nak protect biy," pujuk Tengku Nurfaiza, lembut.

Ajaibnya, kemarahan Tazaki Genji menurun serta-merta. Kalau ikutkan hati yang putih bak salju ni, dah lama muka Mikami Brothers digilis dengan tayar lori babi. Biar rasa sakit tapi tak mati-mati. Siapa suruh jadi penjaga.

"Aku tak sangka kau kahwin dengan manusia," Nanami tiba-tiba bersuara.

"Kau siapa nak judge aku?" renung Tazaki Genji, tajam.

"Budak tak guna ni. Hei! Sekali lagi kau panggil aku macam tu, aku belasah kau! Kau patut panggil aku sensei mulai sekarang," arah Nanami, tegas.

"For what huh?" Tazaki Genji tak nak mengalah.

Seketika, Nanami tersenyum sinis. Dia mencapai sesuatu dari belakangnya lalu barang tersebut dijulang tinggi di atas udara. Membuntang biji mata semua orang terutama Tazaki Genji.

"Kau kenal kristal ni?"

Satu lagi bebola kristal biru berjaya dijumpai! Mengikut kiraan, ini bola biru yang ketiga selepas milik Putri Risha dan Mia Aurora.

"Ini kau punya tapi ada kat tangan aku. So, dengan rasminya ini aku punya," kata Nanami, sombong.

"Siapa ajar kau..."

"Sensei!"

Tazaki Genji berdecit. Sampai bila-bila pun dia takkan panggil pompuan kat depan mata dia ni dengan panggilan terhormat macam tu. Lagipun, pehal pula dia perlukan seorang guru? Ingat dia nak belajar ABC keladi hutan, tikus mati kat dalam hutan? Tak masuk akal langsung!

"Bak kristal tu pada aku."

"Cubalah ambik," sinis Nanami.

Tazaki Genji mengecilkan matanya pada wanita itu. Dengan langkah yang berani, dia mengorak langkah menuju ke arah Nanami lalu mengangkat tangannya untuk cuba mengambil kristal tersebut daripada wanita yang baru saja mengakui dirinya sebagai guru.

Namun, apa yang dia dapat berada di luar jangkaannya. Tak sempat bebola kristal tersebut disentuh, Tazaki Genji diberi tendangan tepat pada bahagian dada sehingga lelaki tersebut terbuang jauh lalu terhempas pada dinding.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now