78:1800 TAHUN LALU

3.3K 295 212
                                    

#44++ words. Abaikan typo aku.

#Vote and comment.

"Tahan dia!! "

"Dia akan rosakkan tempat ni!! "

"Tak! Kita tak boleh tinggalkan dia! "

Elizabeth mengeluarkan sihir untuk menahan tenaga sebenar Eiji daripada terus keluar. Kala dia cuba mengikat tubuh Eiji dengan bacaan asing, dia melihat Putera Edgar sudahpun hilang entah ke mana.

Elizabeth tahu Edgar nak kejar Habel. Bukan dia tak nak kejar cuma situasi 01 lagi teruk sekarang. Elizabeth sendiri tak sangka 01 akan dapat memori asal dengan cara macam ni. Kehilangan, kematian dan kesedihan.

Sekuat mana pun Elizabeth menahan, dia tetap rasakan Eiji dah takde peluang untuk dikawal. Pendek kata, Eiji versi 01 sudah kembali.

"ARGHHHHH!! "

Pelukan terhadap Faiza terlepas mudah.  Eiji yang semakin mendapat memorinya melutut mencengkam kepala yang sakit.  Satu-persatu kisah 1800 tahun lalu merosakkan diri 'manusia' Eiji.

"Erghh!! Afnan,  ba... Bawa semua makhluk keluar! "

Afnan menggelengkan kepala. Tak, walaupun Eiji akan berubah, Afnan dan lain-lain takkan tinggalkan dia sebab Eiji dah banyak ajak diorang erti kasih sayang yang sebenar.

Dulu 01 benci pada cinta. Tak percaya cinta tu wujud sebab dari awal DIA dah ajar kekejaman harus ada untuk seimbangkan dunia. Cinta hanya melemahkan kita. Tapi yang sebenarnya cinta yang menguatkan kita.

Pada saat Eiji lupa siapa 01, dia rela mencari Faiza. Bahkan menentang Raja Habel dan para bangsawan lain. Lepastu sanggup kena tikam gara-gara cuba nak selamatkan orang yang dia sayang. Tapi sekarang... Faiza dah takde.

"Ak... Aku tak mampu tahan dia! " jerit Elizabeth, separuh mati.

Bersusah-payah Elizabeth mengikat tubuh Eiji menggunakan sihir, akhirnya badan Elizabeth pula yang terpelanting ke belakang. Sakit! Kuasa 01 kini bebas melantun ke langit sekali gus membuatkan tanah kerajaan tersebut bergegar hebat.

Istana juga hampir hancur. Para pemberontak diarahkan oleh Afnan supaya selamatkan diri masing-masing. Hanya Afnan, Mikey dan Ellysta saja masih setia menemani Eiji.

"Ellysta... Keluar.. " bisik Elizabeth, lelah.

Ellysta menggeleng.

"Ahli keluarga takkan tinggalkan keluarga dia bersendirian.  Eiji keluarga kami, " balas Ellysta, sedih.

Ya guys. Eiji dah banyak tolong diorang. Ikut plan nak hancurkan Raja Habel lepastu boleh pula tetiba libatkan diri nak jadi ahli pemberontak. Dan sekarang Raja Habel dah blah dari tempat ni. Semua disebabkan bantuan Eiji.

"Eli,  apa kita nak buat? " bimbang Mikey.

Elizabeth menghela nafas kerisauan. Dia memang antara penyihir yang terkuat dalam alam ni tapi kuasa 01 terlalu kuat untuk diurus. Dia sorang takkan dapat pulihkan 01 kembali ke Eiji yang normal.

Ajaibnya muncul empat kuasa gelap yang berbeza di tengah ruangan sehingga membuatkan mata Afnan, Mikey dan Ellysta terbeliak! Elizabeth pula sudah menarik nafas lega. Nampaknya Rosilia dah terima mesej dia.

"Eiji!"

Putri Risha serta-merta berlari mendapatkan Tazaki Eiji. Malangnya, ketika lelaki itu didekati, kuasa Eiji secara tak sengaja mengenai Putri Risha sampaikan pergerakan 04 terhenti di situ.

Sekarang apa yang dilihat oleh Tazaki Eiji turut dilihat oleh Putri Risha. Memori diorang berdua seolah-olah bergabung. Eiji... Tak 01...01 adalah makhluk terakhir yang mati selepas 03.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now