#150 comments baru aku update ye.
Cabut!!!
Dah datang dah larian laju Ying dan Boboiboy. Berdesup laju Roland dan Grey yang sedang mendukung Ryan melarikan diri. Jasmine tak tahu nak buat apa. Memandangkan dia dah arif dengan hutan ni, jadi dia tak ikut larikan diri.
Pelik betul perangai manusia. Asal hantu je wajib nak lari. Hodoh sangat ke wajah hantu?
Dengan tenang, Jasmine menoleh ke arah tiga makhluk hitam tadi. Sejenak, dia terdiam.
Krik.. Krik... Krikk...
CABUT!!
Arghh! Apesal 3 makhluk ni nampak seram?! Jasmine berlari dengan langkah yang besar mengalahkan jantan sebenar. Gaya nak marathon sampaikan kelibat Roland dan yang lain-lain pun mudah dikejar. Choi! Ryan dah siap peluk Grey kuat-kuat tak nak jatuh.
Muka Roland pula dah buruk disebabkan angin kuat menampar wajahnya. Memang insan-insan yang boleh 'diharapkan' oleh negara!
"Laju Grey! Lajuuuuu! Hantu minyak tu kejar kita!! " teriak Ryan setelah telinga Grey ditarik rapat pada mulutnya.
"Aku dah pasang gear 6, takkan diorang masih kejar?! "
"Aku tak nak mati!! "
"Wuuuuuwww...tolong... "
Sang hantu minyak masih bertekad ingin mengejar. Sewaktu ralit berlari, tiba-tiba tubuh Roland dihempap sesuatu dari atas sehingga membuatkan anak kepada ketua negara itu jatuh di atas tanah lembab.
Ryan, Grey dan Jasmine sama-sama terhenti. Apa yang membuatkan Ryan dan Grey terkejut adalah insan yang sedang berada di atas pinggang Roland.
"Uncle Eiji?! "
"Arghh pinggang aku!! "
"Arghhhh hantu!! "
Eiji segera bangun lantas menyeret tangan Roland ke depan. Tak sempat lagi mamat tu nak bangkit sama, dia dah kena seret sebijak mayat hidup! Tak sia-sia dia jadi pocong jadian.
"Argh!! Uncleee!! Roland tak bangun lagi!! "
Eiji tak dengar. Dia meneruskan lariannya diikuti oleh yang lain. Yang jadi mangsanya, Roland. Kesian Roland terlanggar segala duri, batang pokok yang dah mati, batu-batu besar, ular dan pelbagai lagi benda kotor.
Akhirnya, Roland pasrah. Tak guna punya uncle! Dijadikan ahli keluarga sendiri macam punching bag.
"Wuuuwww tolong... "
Ni lagi 3 ekor. Asal kemaruk sangat kejar diorang semua? Kacau lah makhluk lain!
Tiba-tiba Grey tersandung pada akar pokok sekali gus membuatkan Ryan terbuang mengenai Jasmine. Apa lagi en? Tiga-tiga si bongok ni jatuh kat atas tanah. Eiji yang tak perasan, masih sebok menjinjit 'mayat' Roland. Kesian kau bro. Handsome macam ni dibuat macam mayat hidup ye.
"Wuuuuuww... "
Hantu minyak yang berada di tengah meluru ke arah Grey dengan gaya ingin mencekik. Nak tak nak, terkeluar juga suara papazola Grey.
"Arghhh!! Hantuuu minyak nak makan aku!! "
Eiji tersentak. Kali ini dia membelok dibontoti Roland yang masih terbaring di atas tanah lalu dia berlari pula ke arah Grey. Tak lama kemudian, tangan Roland dilepaskan lantas Eiji melompat ke arah hantu yang cuba mencekik Grey.
Berbekalkan ketakutan tahap maksima, Eiji tanpa was-was memberikan tendangan Kungfu Hustle di atas udara tepat pada kepala si hantu.
"Watchaaa!! "
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...