#Vote and comment.
"Tak kesahlah kau nak guna cara apa sekalipun. Aku tetap nak Risha balik sekarang! "
Perkara macam ni lah yang Mia tak suka. Ingat salah dia ke kalau Putri Risha hilang secara mengejut macam tu? Lagi pula diorang bukannya berpisah. Diorang berada di tempat yang sama dan masa tu Mia Aurora tak sengaja pandang kat tempat lain. Tu pun salah dia?
Manusia ni memang tak tahu kenang budi lah. Bila Putri Risha hilang, satu dunia bising. Yang Mia tolong diorang selama ni, ada diorang nak ucap terima kasih? Thank you ke? Arigato ke? Takde!
Puas Mia Aurora tolak tawaran Nanami setiap kali pompuan tu suruh diorang bergabung. Hah, tengok! Apa yang dah jadi sekarang. Mia juga dipersalahkan. Sebab macam ni lah Mia suka gerak solo.
Habis dia kena bebel oleh Xender. Walaupun satu perkataan Xender dia tak hadam, tapi telinganya masih rasa sakit mendengar bebelan tzar tersebut.
"Alice!" panggil dia, garang.
Tak sampai sesaat, Alice muncul di hadapan Mia Aurora.
"Ya tuan? " sahutnya.
"Kau masih tak boleh berhubung dengan penjaga 04 ke? "
"Sistem komunikasi gagal dikenalpasti," ujar dia.
Mia Aurora mengeluh berat. Dunia mana yang Risha dah terbuang sampai komunikasi diorang pun boleh terputus? Ke pompuan tu tengah syok melepak kat Amerika? Tak pun Britain? Brazil? Brunei? Kanada? Afrika? Thailand? Denmark? Arghh serabut!
Fikir punya fikir, tiba-tiba akal Mia Aurora terfikirkan sesuatu. Teringat dahulu dia pernah masuk ke dalam sistem Putri Risha saat perempuan itu memutarkan semula masa semata-mata ingin menyelamatkan Datin Fikri sekeluarga.
Katanya sistem Putri Risha dikategorikan sebagai sistem yang sulit. Tapi hanya itu satu-satunya jalan yang Mia boleh gunakan sekarang. Ceroboh masuk sistem Risha supaya keberadaan perempuan itu boleh dikesan.
"Alice, kau masih ada data sistem 04?"
"Ada tapi tuan nak buat apa? " kerut Alice.
"Aku nak kau masuk sistem 04 sekarang."
"Tapi sistem 04 tak selamat, tuan. Ia sulit. Bila-bila masa sistem 04 boleh jejaskan sistem tuan. Hanya sistem 04..."
"Alice, lek okay? Bukan lama pun. Aku cuma nak tahu lokasi 04," potong Mia Aurora.
Alice menghela nafas lalu akur.
"Kita gi ruang utama. Aku nak diorang tahu 04 selamat, " arah Mia aurora lagi lalu sekelip mata sahaja muncul di tengah ruangan utama.
Setengah daripada mereka keluar untuk bertugas dan setengah lagi tinggal kat rumah. Tazaki Genji pula stay kejap kat Jepun memandangkan dia ada Mikami Brothers. Dengan kuasa dua beruk tu, bolehlah dia berpindah-randah sekelip mata.
"Kak Mia dah tahu lokasi mummy? " soal Riley sejurus Mia Aurora tiba tepat di belakang sofa.
Tak sabar nak tahu lokasi sebenar mummy diorang.
"Erhh rasanya. Alice, tunjukkan lokasi 04 sekarang, " kata Mia Aurora, mendatar.
Buat kali ini, hanya Xender, Roland, Riley, Triple Ko, Sarah, Qistina, Zalikha, Eryn, Tengku Nurfaiza dan Anneliese sahaja ada kat sini. Luciana iaitu penjaga Anneliese dan yang lain-lain tengah bantu selesaikan kes bahaya kat luar.
Tak tunggu lama, Alice menekan sesuatu di atas udara sekali gus menunjukkan beberapa figura yang sememangnya dicari-cari.
Apa yang dilihat oleh mereka semua membuatkan mata Xender terbeliak, Riley terkebil-kebil manakala Roland menundukkan kepala sambil tergeleng-geleng. Mia Aurora pula sekadar menaikkan bahu ke atas. Nak sangat tahu lokasi 04 en. Hah, ambik!
![](https://img.wattpad.com/cover/229382812-288-k897344.jpg)
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...