#Vote and comment
Dua hari Tasya berendam mata, dua hari juga dia tidak bertemu dengan abang sulungnya, James. Eryn kata abangnya ada kat sebelah bilik dan keadaan dia sangat menyedihkan. James tak bercakap jauh lagi nak bergerak.
Posisinya kekal duduk di atas katil sambil termenung jauh. Puas Eryn cuba memberikan semangat, namun James umpama terkurung di dalam dunia ia sendiri. Matanya tampak sayu dan tak berdaya.
Setelah berbelas tahun berjuang di sisi The Shadow, akhirnya ayah mereka tumbang jua. Yang lebih teruk The Shadow mati dalam keadaan sadis sekali.
Depan mata James, kepala The Shadow dicabut. Mereka diseksa dahsyat. Saat nyawa The Shadow direntap, terasa roh James turut terikut sama. Dia takut. Dia trauma. Dia cuma nak... Mati. Bahkan James dah lupa, Tasya masih ada di sisinya.
Malam itu, James didatangi oleh sesusuk wanita. Ketika semua orang lena dibawa mimpi masing-masing, Tasya masuk ke bilik abangnya. Perlahan-lahan langkah diatur lalu Tasya menghenyakkan punggung di sebelah si sulung.
James terbangun bila merasakan tangannya disentuh serta pipinya basah dek terkena sesuatu. Dia bangkit lalu duduk menatap sang adik.
"Adik minta maaf... "
James senyap. Walau seteruk mana pun Tasya menangis, James tetap tak memberikan sebarang reaksi.
"Adik lemah. Adik takde waktu semua perlukan adik, " ngongoi Tasya, menyesal.
Jauh di sudut James, dia juga merasakan hal yang sama seperti adiknya. Cuma dia dah tak bersemangat macam dulu. Bukan bermaksud dia salahkan Tasya tapi entahlah. Dia rasa kosong.
"Adik minta maaf! "
Raungan kecil Tasya diselang-seli dengan aksinya memeluk tubuh James. James, satu-satunya abang kandung dia yang masih hidup. Walau apapun yang berlaku, Tasya akan pastikan James selamat.
Tiba-tiba Tasya merasakan jari-jemarinya disentuh oleh James. Dia menunduk dan melihat abangnya menarik sesuatu dari bawah bantal. Bebola kristal biru!
Tangisan Tasya semakin berlagu. Dia tahu bebola ni menunjukkan memori seseorang dan Tasya sangat yakin memori yang James berikan sekejap lagi berasal daripada arwah ayahnya. Selama ni, bebola biru kristal yang Tasya cari ada pada The Shadow.
Tasya tak tahu... Dia betul-betul tak pernah terfikir rupa-rupanya The Shadow juga terlibat sama dalam dunia fantasi mereka seperti ayah ibu 02 dan 04.
Sekarang Tasya jadi takut. Macam mana kalau memori The Shadow juga menunjukkan peristiwa-peristiwa yang sedih? Macam mana kalau Tasya hilang kawalan seperti Risha dan Liese? Macam mana pula kalau Tasya larikan diri seperti Mia?
Bebola biru kristal bertukar tangan. Dengan berat hati, Tasya melemparkan bebola tersebut ke udara lalu memori The Shadow pun terlayar. Sepanjang memori arwah berjalan, Tasya hanya mampu menangis.
Tak lama kemudian, memori The Shadow tamat jua. Bebola kristal biru jatuh di atas lantai dan bergolek sehingga berakhir di muka pintu. Tasya teresak-esak menangis.
Dia menggeleng-gelengkan kepala bukan kerana tak mampu terima hakikat siapa dirinya. Melainkan rasa menyesal. Dia 05 dan mampu melihat masa depan serta lalu tapi nyawa ayah kandung sendiri tak mampu dia selamatkan.
Tasya mengigil kuat. Pipi James diusap penuh sayang lalu dikucup lama bersama air mata yang tak putus-putus mengalir.Kasihnya pada James tak boleh dibandingkan oleh sesiapa. Sebab tu.... Sebab tu dia terpaksa pergi.
Dengan hati separuh tak rela, Tasya bangkit lalu menyalami tangan James. Dia meminta restu James seandainya pertemuan ini bakal menjadi pertemuan yang terakhir. Dia memohon ampun lalu cuba melangkah pergi.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...