2: PULANG

3.3K 352 99
                                    

11:48 p.m, Jepun.

"Tujuan utama aku nak kau tinggal sini sebab aku nak kau lupakan masalah kau dengan Mia."

Roland tersentak. Lamunannya terbang dibawa bayu malam. Nampaknya pemandangan Jepun hampir sama dengan pemandangan kat negara lain. Teruk! Udara pun tak segar lagi.

Malam-malam macam ni, barulah Roland ada masa nak rehatkan diri. Triple Han, Ryan dan Grey pula dah tertidur selepas meeting dengan ketua-ketua daripada negara lain. Riley pula masih sibuk bergayut dengan phone. Katanya rindu pada si bongsu.

Mendengar komen Tzar Tazaki Genji, Roland tergelak hambar. Sekarang diorang tengah berada kat atas menara dekat dengan kawasan istana Tazaki Genji.

"Jadi, uncle sengaja bagi Roland kes bebanyak supaya Roland tak ingat Mia?" soal dia.

Tazaki Genji menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan umpama memertimbangkan soalan ketua mafia itu.

"Kalau Faiza pun hilang macam Mia, aku pun tak ubah macam kau. Tak salah ingatkan isteri sendiri. Cuma, kadangkala masalah membuatkan kita jadi lemah," nasihat Tazaki Genji.

Roland menggangguk faham tapi bukan hatinya. Dia teringat semula perlawanan ia bersama The Master dahulu.

"Mungkin ini takdir Roland. Pulih untuk menderita. Kalaulah Roland tahu Mia akan tinggalkan Roland macam ni, Roland lebih rela mati masa lawan dengan Master hari tu," pasrah Roland.

"Hei, Mia tak tinggalkan kau. Dia perlukan masa. A-5 baru mati dan kenangan sebenar jadikan dia kecewa. Bukan senang nak pulihkan hati yang dah hancur," perjelas Tazaki Genji.

Roland berjeda. Masa? Lama sangat Mia ambik masa. Mia dah tak ingat kat dia ke? Atau Mia dah putus asa? Mana Mia dah pergi?

Sekali lagi Roland mengeluh berat. Malang betul nasib dia en. Semua orang nak tinggalkan dia. Ke dia ni pembawa malapetaka?

"Mummy hilang. Mia pergi. A-5 pula mati sebab selamatkan nyawa Roland. Rasanya Roland tak..."

"Tu bukan sebab kau, Roland. Kau patut berhenti salahkan diri kau sendiri. Kita dah sedia terbeban dengan kemusnahan dunia. Jangan lagi tambahkan beban dengan perkara yang belum tentunya akan berlaku. Aku yakin suatu hari nanti, Risha dan Mia akan balik. Mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti."

Tazaki Genji menepuk perlahan bahu Roland. Memandangkan Roland nampak sangat tak bersemangat malam ni, dia rasa ketua mafia tersebut perlukan ruang bersendirian.

Usai Tazaki Genji beredar, Roland tertanya-tanya. Bilakah 'suatu hari nanti' itu bakal menjelma? Tak semena-mena ingatan Roland terimbas semula pada kematian A-5.

Masih terasa segar darah yang terpercik daripada mulut A-5 pada wajahnya. Kata-kata perempuan itu juga masih kuat di ingatan. A-5 mati disebabkan dia. Kalaulah Roland lebih berwaspada masa tu, A-5 masih hidup dan Mia tak perlu larikan diri.

"Maafkan aku...Aathifah."

Roland tertunduk, sedih. Wajah diraup dan entah bila air matanya keluar setitik dua titik. Kalaulah Mia ada kat sini...Kalaulah Risha ada kat sini...

__________________________________

10:39 p.m, Malaysia.

"Abang, sayang kat sini. Kejarlah."

"Abang, tolong jaga Ayla."

"Abang...eisk eisk. They hurt me."

Sejurus mata dibuka, Aden tergamam. Bibirnya cuba dibuka luas, namun seakan-akan terkunci rapat. Makhluk berkuku tajam dan berbau lendiran kelihatan menjilat-jilat tangan serta lehernya.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now