9: BERTEMU 02

2.5K 338 98
                                    

"Pulangkan Liese? Camne?"  soal Mia Aurora.

Dia duduk di sebelah Roland dengan air muka yang tenang. Mujur keadaan Malaysia hari ni tak teruk sangat. Sudah seminggu Mia Aurora meninggalkan tempat yang menyimpan kenangannya bersama A-5 dan dalam seminggu ni juga dah banyak dia hadap.

Raksasa merata tempat. Ada yang berceracak tajam, berlidah panjang, melepaskan lava serta pelbagai lagi. Alih-alih Mia juga yang kena turun padang. Nak harapkan manusia normal buat? Sampai tahun depan pun belum tentu siap.

"Kau boleh selamatkan dia en?" agak Tengku Haikal, berharap.

"Aku? Hadap pompuan tu? Sebab dia aku dengan Faiza kena culik tau. Sebab dia tangan aku putus dua. Kau masih nak aku hadap dia?"

"Dah tu? Kau sorang je ada kuasa. Yang lain ada kuasa tapi takleh pakai," selamba Miko memberikan komen merujuk pada Tazaki Genji, Putri Risha serta Tasya.

Ada kuasa tapi tak reti guna. What a waste. Kesian.

"Kau cakap kitorang en?" jeling Tasya.

"Selagi nama korang aku tak sebut,jangan terasa."

Cis, Kuang aja! Pandai erk dia lari dari ayat dia sendiri. Lain kali Tasya guna ayat Miko untuk sindir orang lain. Hehehe.

"Mia, kau sorang je kita boleh harap. Lagipun, kalau Liese tak ditahan, jumlah kematian akan semakin meningkat. Kita perlu hentikan Liese sekarang sebelum semua jadi mangsa," pujuk Xender.

"Tak nak. 02 tu annoying sangat. Suruh je lah Mikami Brothers tangkap pompuan tu," dengus Mia Aurora, menolak.

Susahlah kalau Mia Aurora sendiri tak bagi kerjasama. Memanglah 02 dah banyak buat onar tapi tu kan sebab otak dia dimanipulasikan. Bukan kehendak Liese sendiri.

"Last time aku jumpa 02, dia cuba nak korbankan aku dalam Api Pengorbanan Nyawa," ingat Mia Aurora, lagi.

Masih segar ingatannya saat 02 bersuka ria nak buang dia dalam lava hari tu. Kalau tak sebab 01 selamatkan dia, dah lama Mia Aurora 'goal'. Ingat senang ke Mia nak maafkan? Argh, Mia tak kira. Takde seorang manusia pun boleh pujuk dia! Mia repeat balik. TAKDE SIAPA!

"Mia please..." pujuk Roland.

"Okay!" sahut Mia Aurora, teruja.

Dengar saja suara Roland, azamnya tiba-tiba hilang entah ke mana. Acah lebih tak nak tolong. Sekali je Roland bersuara, hancur tembok keegoan dia.
"Tapi dengan satu syarat!" kata Mia Aurora lantas memandang ke arah Tengku Haikal.

"Syarat apa?"

"Walau apapun terjadi atau apa aku nak buat dengan pompuan tu, kau tak boleh masuk campur," tegas Mia Aurora.

Tengku Haikal terdiam. Semacam sangat syarat Mia? Tentu ada sesuatu yang Mia nak buat pada isterinya.

"Agree?"

"Setuju je bro. Yang penting Liese balik dengan kita," sokong Fakhrul.

Tengku Haikal mengangguk setuju. Positif je lah. Asalkan Anneliese kembali baik macam dulu, Tengku Haikal sanggup terima syarat tersebut.

"Okay."

"Alice, sediakan perjanjian," arah Mia Aurora.

Tengku Haikal mengerutkan dahinya saat Mia Aurora menurunkan tangan untuk berjabat. Aik, teruk sangat ni. Sampai nak jabat bagai. Asal over sangat?

Walaupun tak faham, Tengku Haikal menyambut tangan Mia Aurora bagai ingin melafazkan akad nikah. Yang lain sekadar memandang hairan. Perlu ke buat perjanjian macam ni?

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now