44: MISTERI

1.3K 241 161
                                    

6 bulan kemudian...

04 tergelak manja. Dia berlari mengelilingi sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga bewarna-warni. Diselangi larian kegembiraan, rama-rama turut terbang mengindahkan lagi suasana.

Faiq tersenyum lebar. Dia memanggil 04 agar duduk di sisinya tanpa sebarang alas punggung. Maklumlah, taman ni kan bersih. Cantik pula tu. Dah macam pelangi pun ada.

"Seronok?" usik Faiq.

04 tertawa halus. Selesai menghenyakkan punggung, 04 duduk bersila, namun ditegur pula oleh Faiq agar duduk bersimpuh ala-ala wanita pemalu. Baru sedap mata memandang. Manis nak tengok.

Ni tak! Sebelum ni 04 duk berkangkang! Nak kata tayang free, habis menggeleng Faiq dibuatnya. Tak padan perangai kasar. Syukur setelah beratus kali ditegur dalam 6 bulan ni, 04 sudi menerima nasihat Faiq.

"Hebat betul taman ni! Mana kau jumpa? " senggol 04.

"Kalau niat awak baik, maka awak akan jumpa taman ni dengan mudah, " Faiq berkias.

"Maksud kau? "

"Setiap kali awak masuk hutan, tumbuhan pelik juga awak nak cari. Niat? Nak hancurkan diorang en? Tapi saya tak. Niat saya nak cari taman ni untuk bersuka-ria, menjaga dan menghargai. Saya percaya tumbuhan dan manusia saling memerlukan, " pasti Faiq.

04 diam tak menjawap. Dia melemparkan pandangan ke arah taman. Bila mana seekor rama-rama hinggap di atas ribanya, dia tersenyum. Perilakunya tanpa ia sedari diperhati oleh Faiq sejak tadi.

"Awak tahu... Awak memang cantik," puji Faiq, ikhlas.

04 tersenyum pendek. Entah dah berapa kali Faiq cakap benda yang sama. Kalau tak silap 04, rasanya sejak kali pertama lagi pujian tersebut terpacul daripada bibir Faiq. 04 tak sangkalkan pun.

Tengok je lah DIA. DIA tu cukup sempurna. Apatah lagi ciptaan-ciptaannya. Mestilah semua hebat-hebat belaka.

"Tengok rama-rama ni. Kalau awak mula hargai diorang, diorang pun hargai awak, " lembut Faiq berbicara seraya merenung ke arah rama-rama yang masih berada di atas riba 04.

04 mengangguk kecil. Entahlah. Apa yang Faiq kata semua dia anggukkan. Dah banyak benda dia belajar daripada Faiq. Dan dia sedar Faiq cuba mendidiknya erti kebaikan yang sejati.

"Awak tak perlu jadi jahat setiap masa, 04. Kalau awak baik, balasannya tetap baik. Apa kata awak mula berkawan dengan makhluk lain selain saya? "

Cadangan Faiq menyebabkan 04 tergamam. Berkawan dengan makhluk lain? 04 tak pernah terfikir pun istilah kawan. Lagi pun, kenapa dia harus berkawan dengan spesies yang lebih rendah daripadanya?

"Aku tak perlukan kawan yang lain. Cukup ada 01,02 , 03 dan 05 di sisi aku, " dingin 04 membalas.

"Dan saya. Awak lupa saya, " tambah Faiq.

Mahu tak mahu, 04 tersenyum jua. Okaylah, dia terima.

"Ya, kau juga. "

Beberapa saat, Faiq dan 04 diam menyepikan diri. Hinggalah Faiq kembali bersuara.

"Saya serius, 04. Tak rugikan kalau awak mula lembutkan hati untuk berkawan dengan makhluk lain? Contoh terdekat, macam rama-rama ni. Awak tak bunuh dia macam selalu awak buat. Saya tahu awak boleh berubah... "

04 buat endah tak endah walhal hatinya rasa tak tenteram. Cadangan Faiq mula difikir masak-masak. Perlu ke dia... Errhhh mula bertegur dengan makhluk lain?

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now