#Tepat part yang ke-80, cite ni akan habis.Hari demi hari, Mia Aurora semakin sihat dek minum darah Roland. Dia tak sedar nyawanya diam-diam bergantung kepada lelaki itu. Yang eloknya Mia makin ceria dan tak eloknya beralih kepada Roland.
Pada mulanya, semua baik-baik saja. Sehinggalah satu tahap, Mia ketagih dengan darah tersebut dan meminta Alice untuk bawakannya setiap hari. Yang jauh lebih teruk, tiap per jam Mia nak minum.
Terpaksa juga Roland bagi cadangan pada Alice supaya bagitau kat Mia yang bahan untuk buat minuman tu sukar nak jumpa. Dari tu, Mia berhenti dari minta setiap jam tetapi berubah kepada tiap hari.
Walau bagaimanapun, Roland tak pernah mengeluh. Dia mengikuti kehendak Mia dengan mengorbankan darahnya dan selepas itu luka ia akan disembuhkan oleh Alice.
"Lately ni, mummy tengok korang berdua asyik sama-sama. Buat air pun sama-sama. Tengah sorokkan sesuatu dari Mia ke? "
Teguran Putri Risha mematikan perbualan antara Roland dan Alice yang baru saja menghidangkan air istimewa. Nampaknya Risha dan Tasya datang ke dapur tanpa disedari oleh mereka berdua.
"Ada masalah ke? Kau selalu dengan Xender, tak pernah pula aku tegur, " balas Alice, dingin plus bodoh.
Roland mengerutkan dahi. Macam tak betul je ayat Alice. Dah sah-sah Xender tu suami Risha memanglah selalu sama-sama. Lainlah kalau Risha tetiba menempel dengan jantan yang bukan diorang kenal.
"Kalau along dan Alice tengah sorokkan sesuatu dari Mia, along harap mummy tak bagitau dia apa-apa yang mummy nampak, " pinta Roland lalu pamit bersama Alice.
Putri Risha diam. Kalau korang nak tahu, Risha sebenarnya tak nampak pun. Pendek kata, dia tak faham maksud Roland. Takkanlah Roland betul-betul ada sembunyikan sesuatu dari 03?
"Risha, kau tak rasa akhir-akhir ni Xender macam pelik ke? "
Putri Risha mengalihkan perhatian kepada Tasya. Wanita itu selamba meneguk jus lalu meletakkan gelasnya di atas kabinet.
"Maksud kau? "
"Aku cakap macam ni bukan sebab nampak masa depan atau lalu. Tempoh hari aku tak sengaja nampak dia duduk sorang-sorang kat bilik latihan. Dia nampak macam penat," cerita Tasya, bersahaja.
Putri Risha menayang wajah naif.
"Walaupun dia nampak muda, hakikatnya tua. dia Dia mudah penat sesuai dengan umur dia sekarang. Tak macam dulu."
"Tak macam dulu? " kerut Tasya cuba mengorek kisah Putri Risha.
Kebetulan ye guys, orang yang tengah diorang umpat muncul tiba-tiba. Xender yang tak tahu apa-apa menuju ke arah belakang Putri Risha dengan tangan masuk ke dalam poket. Tasya berdehem sebagai signal supaya Risha menutup mulut.
Jangan cite apa-apa. Tapi si bengong ni tak faham-faham! Dah puas Tasya batuk-batuk, minah tingtong ni masih TAK FAHAM!
"Maksud aku dia macam takde tenaga sekarang. Asyik-asyik tidur awal lepastu tak pernah tanya apa yang aku nak. Ada satu malam tu, aku cuba nak goda dia. Aku pakai lingerie biar dia nampak boobs aku yang mantap ni. Boleh pula dia tidur. Kau rasa patut ke dia buat macam tu? " luah Risha, geram.
Tasya pura-pura menggaru kepala yang gatal bersama gelak hambar. Dari sisi matanya, dia melihat Xender diam membungkam. Habislah kau Risha. Confirm, watak kau tamat kat sini.
"Haha..lelaki pun tahu penat, " acah Tasya membela.
"Kau kat pihak aku ke kat pihak dia? Huh, laki tu. Dia tak guna! Aku tahu dia penat fikir dunia ni sampai lupa pasal aku! Tiap kali dia ada masalah, dia tak kongsi pun! Duk simpan sorang-sorang! Lepastu...arghh! Aku rasa kurang kasih sayang. Dia tak manjakan aku macam dulu siak. Berlagak jadi ketua mafia lepastu ketua negara... Hei, aku pun ada nafsu tau! Dah berapa bulan dia abaikan aku! Takkan dia nak aku main sendiri?! Aku tak reti! "
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...