#150 comments aku update sok.
#Ni dah kali kedua aku taip! Patutnya aku dah publish tapi bila nak publish tu, tetiba 700 lebih patah perkataan hilang. Terpaksa taip balik.
Pap!
Tasya ataupun diri sebenarnya 05 terdiam sejurus belakang kepalanya ditolak kasar oleh tangan Alex. Anneliese ternganga.
"Bodoh! Biadap dengan suami! Sape binatang?" marah Alex.
Luciana terbeliak. Bukan kemain berani Alex sentuh 05. Dia tahu tak siapa 05 tu? Silap hari bulan, badan Alex dibakar oleh 05. Luciana sendiri tak berani nak maju. Gila!
"Kau... "
Tasya bangkit sambil menundukkan kepala. Dongak saja, dia merenung tajam Alex bersama seringai menakutkan.
"Berani sentuh aku dengan tangan kotor kau, manusia? "
Zappp!!
Tasya mengetap rahang lalu menaikkan kakinya dengan niat untuk memijak muka Alex. Malangnya, niat ia ditahan angkara suara seseorang di belakang.
"05! Ak... Aku 02. Kawan kau! " sampuk Anneliese, gabra.
Eryn pernah cite dekat Anneliese sebelum ni. 01-05 mempunyai kuasa yang sangat kuat di alam semesta. Hanya dengan sekali pijakan, Eryn kata 05 mampu goncangkan satu alam.
Ini kan pula Alex. Mahu mati katak dia kat situ. Tak sia-sia mati kat bawah tapak kaki bini sendiri.
Tasya terdiam. Dia menoleh ke arah Anneliese dengan wajah yang dingin. Sambil-sambil itu kakinya sengaja didaratkan pada leher Alex agar mangsanya tidak lari ke mana-mana.
"Aku 02. "
"Kau 02? Huh, HAHAHAHA! Kau berpakaian seperti manusia lemah! " kutuk Tasya, jijik.
Anneliese mengigil resah. Tak sedar tangannya sudah naik mengenggam hujung baju Luciana. Dia takut. Dia tak kuat macam 05. Mahu saja dia pulang dan mengadu pada Aden. Biasalah, isteri manja. Selain main tiktok, Anneliese juga kuat nangis.
Luciana dapat merasakan kegelisahan yang berbuku di hati tuannya. Dia tahu Anneliese tak berani nak menentang 05 versi 1800 tahun lalu. Hairan. Macam mana dan apa yang Tasya buat masa dia masuk kat alam ni sampai dapat memori 05 semula?
Argh! Lupakan semua tu buat masa sekarang! Yang penting, Luciana akan bermati-matian lindungi Anneliese daripada 05.
"Tasya! Kau buat apa ni? Sakitlah bodoh! "
Anneliese dan Luciana sama-sama tersentak mendengar Alex mencarut. Bila mereka memandang ke depan, Alex selamba menarik rambut 05 lalu ditolak wanita itu sehingga terbaring kasar di atas tanah.
Luciana serius terkedu. Alex ni lahir-lahir jadi bodoh ke camne? Tu 05! Bukan sembarangan makhluk dia boleh bawa main. Lepas tu selamba pula dia mencuit kuat hidung 05.
"Kau tinggalkan aku lepastu kau panggil aku binatang? Kalau aku ni binatang, kau babi! Bukan setakat babi, dengan mak-mak babi sekali kau patut dipanggil! " marah Alex. Hmm tak masuk akal.
Bukan binatang juga ke? Sebenarnya guys, Alex tak tahu Tasya dah dapat memori dia. Selain pantang disebut nama sebenarnya, Alex juga pantang digelar binatang. Tak kesahlah siapa pun. Alex bukan binatang. Dia cuma sial. Janganlah puji dia lebih-lebih.
"Tsk! Buang masa! "
Max merungut angkuh lalu menghilangkan diri. Tindakannya hanya dilirik kosong oleh Anneliese.
Tiba-tiba situasi bertukar genting! 05 menumbuk kuat perut Alex sampaikan lelaki tersebut terpelanting jauh dengan mata yang terbuntang luas.
Mujur Luciana sempat bergegas menangkap tubuh Alex yang melayang di udara sebelum tubuh lelaki itu terpacak di ceracak pokok mati.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...