#100 comments baru aku update tau.
#Abaikan typo aku tau.
"AKU BANGKIT, 03! AKU BANGKIT ATAS NAMA DIA! "
Mia Aurora menggeleng-geleng tak percaya. Ya, Mia tahu kuasa yang dimiliki oleh DIA tapi Mia tak pernah terfikir DIA akan bangkitkan The Master semula. Roland dah kalahkan lelaki ni. Habis tu kalau The Master bangkit semula, untuk apa Roland bunuh dia?
Sekadar buang tenaga? A-5 mati disebabkan The Master dan makhluk ni dibangkitkan oleh DIA. A-5 mati melindungi Mia Aurora dan sekarang A-5 dah takde. Mia Aurora harus berdepan dengan Master sendiri.
"Kau... "
Zappp!!
Dalam masa yang singkat, The Master maju ke depan lalu leher Mia Aurora dicengkam ke atas udara. Tak lepas dari itu, tubuh Mia turut dihempas ke tanah hingga mata si mangsa terbeliak luas.
Wajah Mia Aurora kemerah-merahan tatkala merasakan cengkaman The Master semakin kuat pada lehernya. Dia terdesak memerlukan oksigen. Bukan itu saja, loket yang dihuni oleh Alice berkelip-kelipan meminta keluar. Sayang seribu kali sayang, Mia Aurora tak mampu menggerakkan tangannya.
Dia seolah-olah kaku dalam cengkaman The Master. Riak wajah The Master kelihatan tersangat kejam.
"Apa khabar 03?" bisik The Master, seram.
Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Mia Aurora dengan niat untuk menakutkan musuhnya. Hari ini, dia akan tewaskan 03. Penyembuh tak patut hidup lama!
"Ka... Kau nak apa? Ro... Roland dah kalahkan kau! " ucap Mia Aurora, tersekat-sekat.
Sekali sekala dia cuba meleraikan tangan The Master meskipun hakikatnya makhluk tersebut sangat kuat berbanding dulu.
"HAHAHA! kalahkan aku? Aku belum tunjukkan kuasa penuh aku pada dia. Selepas kau dah mati, aku akan cabar dia semula dengan kuasa aku, " angkuh The Master bersuara.
Tiba-tiba Mia Aurora tergelak sinis. Tindakan ia membuatkan darah The Master meluap-luap panas.
"Pengecut. Ka..kau gunakan kuasa pada sorang manusia? Kau pasti tercabar dengan dia, " pedas Mia Aurora menyindir.
The Master semakin kuat mencengkam leher Mia Aurora. Dia terasa pada sindiran 03. Ya, setahun lalu dia mencabar Roland. Ketua mafia tersebut menyahut cabarannya dengan syarat sebarang kuasa harus dinyahaktifkan.
The Master tak fikir panjang dan bersetuju. Dia bertarung bersama Roland tanpa menggunakan kuasa sebenarnya. Akibat daripada perjanjian tersebut, Roland berjaya bunuh dia.
The Master menderam berang. Bukan kali ini! Dia takkan bagi muka pada Roland. Lelaki itu harus mati di tangannya!
"Kau bunuh A-5," kata Mia Aurora, berani mati.
Perlahan-lahan bibir The Master mengherotkan senyuman lebar. Dia mendekatkan bibir ke arah telinga Mia Aurora lalu membuka suara.
"Maksud kau Efrosina? Hehehe...kematian dia adalah satu kebahagiaan untuk aku. "
"Bodohh!! Kau bunuh kakak aku!!"
Mia Aurora meronta bersungguh-sungguh. Meskipun, darahnya berderau tetapi kekuatan The Master sukar untuk ia tandingi.
"Dari awal kau tahu dia kakak aku, " Mia Aurora mengetap rahang.
"Aku takkan nafikan. "
Mia Aurora berusaha lepaskan diri, namun hasilnya menemui jalan buntu. Dia teringat pada A-5 semula. Jika 03 mati sekarang, bermaksud pengorbanan A-5 sekadar sia-sia. Mia Aurora hampir kehabisan nafas.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...