77: KEHILANGAN

1.6K 251 143
                                    

#Vote and comment

#46++ words.

#Abaikan typo aku.

Langit hitam ditatapi lama. Sepi yang kian mencengkam hati si dia semakin terasa. Selepas Mia tidur tadi, barulah Roland datang masuk bilik. Korang tanya dia dari mana? Eh, rahsia.

Tak, sebenarnya Roland baru balik dari hutan. Dia tak buat apa-apa. Cuma diam dan termenung pasal masa depan. Sekejap Roland menarik nafas tenang. Istana Alfa Kegelapan ni sangat-sangat besar. Tapi sebesar apapun, ia tetap boleh dihancurkan bila-bila masa oleh DIA.

Sama macam hidup Roland sekarang. Mungkin dia sendiri yang nak hancurkan hidup dia. Jika dipandang jauh ke dalam larut malam, kecantikan hutan yang dihuni dengan pelbagai makhluk membuatkan hati Roland rasa lega.

Tapi tak lama. Sekejap lagi... Sekejap lagi akan hancur... Dan Roland tetap berdiam diri tak bagitau sesiapa. Tak bagi peringatan mahupun amaran supaya diorang bersiap sedia. Tetap senyap walaupun dia sendiri tahu kedatangan DIA akan berlaku kurang seminggu dari sekarang.

Sebab apa? Ini jalan Roland. Dia takkan bersama-sama dengan sesiapa. Keluarga, Xender, Risha termasuk Mia Aurora....satu pun daripada diorang Roland takkan bersama. Roland akan jalani takdir yang telah disuratkan sejak dulu lagi.

Malam yang sama, Tasya berjumpa dengan seseorang secara tersorok. Dari jauh, sudah kedengaran derap kaki menuju ke arahnya. Tanpa menoleh,  Tasya menghembuskan nafas berat.

"Ada apa kau panggil aku?" soal Xender.

Seketika Tasya diam memerhati kelip-kelip mata yang baru melintasinya. Cantik.

"Faiq..."

Xender tersenyum nipis. Pelik bila Tasya panggil dia macam tu. Yelah, setahu Xender Tasya bukan jenis macam Risha.

"Ya? " sahut Xender, mendatar.

"Kau ingat tak sape yang dah bunuh aku?"

Senyuman Xender pudar perlahan-lahan. Sebagai balasan, dia cuma mengangguk.

"1800 tahun lalu.. Sebelum kitorang mati, aku dapat satu penglihatan. Masa depan dan lepas... Baik dan jahat. "

Xender menggeleng tak faham. Apa yang Tasya cuba nak sampaikan sekarang ni?

"Maksud kau? "

Tasya tak menjawap. Malah, dia memusingkan tubuh menghadap Faiq, insan yang pernah dicintai oleh rakan baiknya dahulu kala 1800 tahun lepas. Saat Tasya berpusing, Xender tergamam melihat wajah sedih Tasya.

Erhh.. dia ada salah cakap ke? Asal muka Tasya nampak nak nangis? Setahu Xender, dia seorang yang kacak dan jarang buat orang nangis terutama pompuan. Tak caya tanya penulis.

"Kau okay? " janggal Xender menyoal.

Tasya menggeleng. Tiba-tiba dia menyentuh sesuatu dari hujung dahinya sekali gus membentuk satu aura bewarna biru gelap. Selepas itu, dia menaikkan perlahan-lahan tangannya sehingga mendarat betul-betul di hujung dahi Xender.

"Apa ni? "

Tasya tersenyum hambar.

"Memori aku... "

Xender akur. Dan ketika itulah semuanya bermain umpama pita rakaman. Apa yang Tasya tengok selama ni, Xender tengah tengok sekarang. Seksaan, tangisan, rayuan... Terlalu kejam. Xender jatuh melutut mencengkam kepalanya yang sakit.

Serius, dia tak tahan! Teruk... Sehinggalah satu tahap, Xender kaku tak bergerak. Cuma matanya saja terketar-ketar tak percaya. Lambat-lambat Tasya menarik semula memorinya lalu mengusap hujung bahu. Sejuk tak sesejuk hatinya.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now