#Vote and comment
"Bertenang Alice. Yang penting diorang dah selamat, " pujuk Maisara, lembut.
Alice tertawa kecil. Kelakar. Maisara tengah buat lawak ke? Atau pompuan tu tak nampak apa yang dah jadi kat Mia? Ohh, Alice rasa Maisara nak ulang tayang kut.
"Selamat? Haha, aku faham. Maksud kau pedang tuan aku hancur dan dia kena sumpah?" sindir Alice, sindir.
"Kitorang tak sengaja," bahas Putri Risha.
Sape kata dia tak rasa bersalah kat Mia? Tujuan Risha baik aw. Cuma tu lah... Diorang lambat berundur pastu gi fight DIA tanpa arahan daripada Eiji.
"Sebab korang fikir guna lutut! "
"Eh, jaga mulut kau tu sikit! Diorang dah menyesal kan. Apa yang kita perlu buat adalah fikir cara supaya sumpahan tu terbatal, " tegur Eryn, serius.
Wahh, Alice rasa nak gelak. Ada tak sesiapa kat sini yang IQ dia tinggi sikit?
"Kau bodoh?"
"Bertenang, Lice. "
"Aku akan bertenang kalau ada salah satu korang yang boleh tarik balik sumpahan tu! Pedang tuan aku dah hancur. Bagitau aku sape kat sini yang boleh hasilkan pedang hijau. Sape?! " tengking Alice, bengang.
Semua tak menyahut. Dah pedang tu sah-sah dicipta oleh alfa, maksudnya pedang 03 takkan wujud lagi. Nak ke DIA cipta balik?
"Takde. Huh, pendek akal!" rengus Alice lalu menghilangkan diri.
Pening, pening. Xender tak tahu nak buat apa dah. Dia pun rasa tindakan diorang bertiga memang tak patut dibuat. Tengok? Mia yang kena. Boleh selamatkan Lily tapi please ikut rancangan.
Jangan memandai tambah isi yang dah dibincangkan. Tak pasal-pasal terkena bala.
"Along... Mummy nak jumpa Mia."
Xender menoleh ke arah Roland yang berdiri dengan air muka dingin. Sejak tadi si anak mengunci mulut.
"Roland... Aku pun nak jumpa 03," tambah Anneliese.
"Tolong... Jauhkan diri dari isteri along. "
Terdiam terus Anneliese dan Putri Risha. Saat Roland berlalu, Tasya tertawa sinis.
"Kesah ke kau dekat Mia?"
Menarik. Laju je semua orang pandang kat Roland yang tak sambung menapak. Acara tenung antara lelaki itu dan Tasya tak semena-mena membuatkan semua orang rasa tertarik.
"Kau cakap apa ni Tasya? " Miko tak senang hati.
Dari kecik sampai besar dia jaga dan hidup dengan Roland, dia tahu arh Roland tu jenis kesah dekat orang yang dia sayang. Soalan jenis apa yang percuma sangat Tasya tanya?
"Takdir dia bukan dengan kita! " tunding Tasya, bengis.
"R rasa aunty dah melampau," renung Roland, dingin.
"Melampau? Kau tak pernah kesah dekat 03, kan? In fact, kau tak kesah sesiapa kat sini. Semuanya cuma lakonan sebab kau sembah pihak lain! "
Ini lah kemuncak dia. Tasya akan bagitau pasal Roland di depan semua orang. Kalau tak, sampai bila-bila diorang akan bocorkan maklumat depan si Roland ni.
"Tasya, asal you ni? I rasa you baik naik atas sekarang," marah Alex.
Depan bebudak Tasya naik hantu. Ini lah padah banyak kena hentak kat atas tanah tadi. Malas nak dengar cakap Alex, Tasya mendekati Roland.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...