#Chakkk!! Malam ni aku tetiba rasa rajin.
#150 comments baru aku update tau.
"Salam duhai, Bonda. Aku datang membawa berita daripada salah satu angkatan kita, " ucap The Master, penuh hormat.
"Katakan anakku. "
"05 telah mendapat memori asalnya. Adakah perlu makhluk itu dihapuskan? "
DIA tak menjawap. Malah, DIA tampak sibuk menghiasi jerami patung-patungnya bersama dendangan seram. The Master yang sudah biasa hanya mampu menunggu dengan setia.
"Usah kau bimbang, Master. Biarkan mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Ada baiknya mereka cepat mendapat memori dahulu. "
The Master faham. Tiba-tiba mindanya teringat sesuatu.
"Bonda, bagaimana mereka yang ada kat istana? Aku dapat merasakan perempuan yang pernah berjuang bersama Lelaki Pedang Hitam itu, mulai merencanakan sesuatu untuk menentang kita, " luah The Master, serius.
DIA tersenyum manis. Dengan gerakan yang lemah-gemalai, dia memusingkan tubuhnya menghadap The Master.
"Aku ada sesuatu yang mampu merosakkan mereka dari dalam."
The Master mengerutkan dahi. Dari dalam? Maksudnya... Pengintip? Lama kelamaan, bibir The Master mengukirkan senyuman seram. Jadi, keluarga Tengku Zamil tak sedar ada seseorang dari mereka yang sedang hancurkan mereka perlahan-lahan.
Kesian!
_________________________________
1800 tahun yang lalu...
Berdirinya 04 di tengah medan pertarungan bukan disebabkan ingin berlatih! Namun disebabkan seorang manusia! Janji yang telah termaterai membuatkan 04 semakin yakin diri bahawa Faiq akan menjauhkan diri daripadanya.
Penonton yang merupakan penduduk kampung menjadi saksi pertarungan antara makhluk ciptaan DIA dan manusia biasa. Keadaan menjadi hening seketika.
"Jenis kekalahan?"
"Nyawa turun dulu, dia tewas. "
"Nampaknya awak tak pilih jenis kekalahan yang mengakhiri nyawa. Tu tanda awak sayang dengan... "
"Diam! Pilih jenis perlawanan sekarang!" potong 04, bengis.
"Baik, baik. Saya pilih guna pedang. Awak dan saya hanya dibenarkan kekal di atas tanah. Tak boleh terbang, " jelas Faiq, lembut.
04 tersenyum sinis. Guna pedang? Huh, Faiq dah silap percaturan! Dia 04. Permainan pedang adalah makanannya.
"Baiklah! "
Selang beberapa saat, 04 menyeru pedang jingga gelap lalu pedang tersebut muncul di tangannya. Tatkala Faiq juga turut berbuat sedemikian, keadaan sekeliling bertukar riuh.
"Bang long dah keluarkan pedang hitam dia! " sorak Anaqi disambuti sorakan teruja yang lain.
04 terus berdecit. Dia mengalihkan perhatian ke arah pedang hitam yang sedang berada di dalam genggaman Faiq. Jujur, dia juga sedikit rasa takjub. Tak pernah-pernah dia tengok pedang warna macam tu.
Jika dibandingkan dengan pedang cahaya milik DIA, jelas sangat warna mereka berlawanan.
"Dari mana kau dapat pedang tu? " selidik 04 sedar tak sedar.
Faiq mempamerkan riak muka naif.
"Pedang hitam ni? Saya pernah diserang kat istana dulu sampai pengsan. Celik je mata, pedang ni dah ada kat samping saya. Tapi pedang ni lain tau, wak. Dia macam tak dengar arahan saya. Seolah-olah pedang ni hanya singgah. Tapi pedang ni memang saya punya tau. Saya tak curi."
YOU ARE READING
The Last Survivor
אקשןSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...