Istana Besar Tzar Malaysia, 2026.
Si dia mengeluh deras. Satu persatu masalah timbul tanpa sempat ditepis. Masalah datang secara pantas, namun diselesaikan pula dengan kadar yang lambat. Langsung tak seimbang! Untuk kesekian kalinya Alex menyandar pada dinding bilik mandi.
Dibiarkan pancuran air menyapa setiap inci tubuh telanjangnya. Dia hanya inginkan ketenangan. Lima minit pun jadilah. Tapi Alex tahu lima minit yang diinginkannya bukanlah mudah untuk dicapai."DIA serang kami masa kami tengah solat..."
Tangisan dan aduan salah seorang mangsa membuatkan Alex tertunduk hiba. Sadisnya ribuan anak-anak yatim piatu diserang ketika sedang solat sehingga meninggal dunia. Ada juga yang tengah mengaji tiba-tiba mati diserang bom udara.
Alex menumbuk dinding bilik air. Dia sedar pabila manusia memihak kepada kebaikan, DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA akan melancarkan pelbagai serangan untuk melumpuhkan semangat pihak lawan. Hanya satu kehendak DIA. DIA inginkan pihak kejahatan terus bermaharajalela sama seperti dirinya.
Ikutkan hati, Alex dah tak tahan. Walaupun separuh jiwanya original jahat made in Malaysia, dia tetap mempunyai secebis rasa belas kasihan sesama manusia. Dia mafia. Pada permulaannya, tugas dia membunuh mafia-mafia jahat yang mencari pasal dengan dia.Namun sekarang, tugasnya adalah melindungi. Melindungi dengan membunuh serta mempertahankan pihak kebaikan. Siapa kata jadi ahli kerabat tzar adalah perkara yang mudah?
Alex ingin menjerit kuat tetapi bila diingatkan semuanya hanya sia-sia, hajat yang satu itu diabaikan. Maka, Alex hanya mampu tertunduk dan merintih perlahan.
"Tuan Yang Dimulia, tolong cari mak saya. Orang-orang DIA dah culik mak saya, tuan. Saya merayu.. "
Peritnya. Teringat rintihan sayu daripada seorang budak 12 tahun yang merayu meminta Alex agar menyelamatkan ibunya yang entah masih hidup atau sudah mati.
"Maafkan aku.... " tunduk Alex, rasa bersalah.
Tiba-tiba dia merasakan sepasang tangan memeluk tubuhnya dari arah belakang. Alex sedikit pun tidak terkejut. Dia tahu gerangan siapa yang tengah menyentuhnya. Tak lain tak bukan...
"Hubby... " (Ebook Mr& Mrs. Assassin)
"Hmmm... "
"Fikir benda yang sama lagi? " prihatin Tasya.
Alex tak menjawap. Sekejap dia memusingkan tubuhnya lalu mengucup dahi si isteri. Dia mengherotkan senyuman palsu.
"Tak. "
Tasya tersenyum nipis.
"Tipu. Hubby selalu tipu. Perangai macam ni tak elok tau untuk orang yang 'mulia' macam hubby, " di hujung ayat Tasya cuba menahan gelak.
Mulia lah sangat.
Tak sampai sesaat, Alex kembali tersenyum walapun senyumannya tak nampak ceria. Janji ada. Melihat tingkah Alex, Tasya menarik nafas sehela lalu menghadiahkan lelaki itu sebuah kucupan ringan. Dia cuba menghidupkan semangat Alex yang kian tampak rapuh.
"Semuanya akan okay," bisik Tasya sambil mengusap lembut pipi sang suami.
Alex memejam mata sebentar lantas tapak tangan Tasya dicium lama. Saat mata dibuka semula, Tasya perlahan-lahan mendekatkan wajah ke arahnya. Bagai memahami kehendak si isteri, Alex turut melakukan hal yang sama sehinggalah ciuman mereka bertaut.
Apa yang berlaku selepas itu, hanya mereka berdua saja yang tahu. Hastag halal. Ehek!
************
Kuburan Tanah Merah, 2026.
"Boleh tak jadikan aku Angel? "
Shane tergamam. Permintaan Putri Risha yang dianggap tidak masuk akal itu sedaya upaya diproses oleh mindanya. Seandainya Putri Risha tengah bergurau, Shane tak rasa ini adalah masa yang sesuai. Kalau tak buat sebarang tindakan, tak mustahil nyawa diorang berada dalam bahaya.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...