"Mia Aurora!"
Si empunya nama tersentak. Dia segera menoleh ke arah dua makhluk yang sedang terharu gembira melihat kehadirannya. Tatkala Putri Risha ingin maju setapak, tiba-tiba lengannya ditahan.
Alice memicingkan pandangan ke arah peratus bar nyawa tuannya. 95% dan sudah cukup membuatkan riak wajah Alice berubah mendung.
"Kenapa Lice?" hairan Putri Risha.
Alice dan Mia Aurora dipandang silih berganti. Tak faham dengan situasi sekarang. Bukan ke Alice patut happy tengok tuan dia ada kat sini?
"Tuan," panggil Alice, sayu.
"Baliklah..."
Alice diam. Kepalanya tertunduk menghadap tanah kering. Tak tahan tengok situasi yang agak kurang jelas, Putri Risha menapak pantas ke arah Mia Aurora. Tak cukup sampai lagi di hadapan wanita tersebut, Putri Risha bertindak mematikan langkahnya.
"Mia...kau...kau sakit?"
Putri Risha tak percaya. Mustahil Mia Aurora sakit. Kalau ye pun dia sakit, apakah makhluk yang telah menyerangnya kat sini?
"Aku dah cuba. Aku dah cuba semuanya. Bunuh diri, terjun laut, tak makan, tak minum, malah aku tak pernah tidur dalam setahun ni dan aku masih tak mati!!"
Tubuh Mia Aurora jatuh di atas tanah seraya dia menangis teresak-esak ingin menamatkan hidupnya. Dia cuma nak mati tapi dia gagal mencari cara untuk hilangkan nyawa dia. Apa yang boleh dia buat menangis dan terus menangis.
"Aku nak mati! Matii!!! Selepas apa yang aku buat, nyawa aku cuma hilang 5 peratus!"
Mia Aurora mencapai ranting tajam lalu ditusuk berulang kali ke dalam perutnya. Putri Risha jadi kalut. Dia berlari laju ke arah Mia Aurora lantas aksi isteri kepada ketua mafia itu ditahan sekuat mungkin.
"Mia! Pandang aku! Pandang! Kau tak boleh mati!"
"Aku terseksa! Aku menderita! Hati aku sakit, 04. Sakit! Aku nak dia balik. Aku...aku menyesal tak hargai dia. Ak...aku..."
Mia Aurora tak mampu meneruskan kata. Dia meraung pabila wajah A-5 terlayar semula dalam fikirannya. Barulah dia ingat semula memori ia bersama kakak kandungnya dahulu. Itupun selepas arwah dah takde. Menyesal? Gila tak menyesal.
"Mia..."
Putri Risha turut menangis. Dia faham perasaan Mia. Mereka berdua mengalami situasi yang sama. Bezanya, Putri Risha dah berjaya bangkit demi realiti manakala Mia Aurora masih hidup di dalam dunia yang diciptanya.
"Arghhh!!! Aku tak layak hidup dalam dunia ni! Aku yang sepatutnya mati! Bukan dia!!" ngongoi Mia Aurora.
Alice jadi sebak. Dia terduduk seraya menundukkan kepala untuk menyembunyikan air matanya yang sudah jatuh menyembah bumi. Sepanjang Alice bersama Mia Aurora, tuannya itu tak pernah berputus asa untuk maju ke hadapan. Sentiasa maju dan tak pernah berpatah ke belakang semula.
Namun, setelah menghadapi kematian A-5, ia bagai satu impak yang amat besar berlaku dalam hidup 03. Mia Aurora cuba mengakhiri hidupnya dengan pelbagai kaedah. Malangnya, dia sendiri tak mampu. Kuasanya membuatkan dia sukar untuk bertemu ajal. Tuah ataupun sumpahan, tiada siapa yang tahu.
"Aku menderita, 04. Aku nak dia balik. Aku nak kakak aku balik!" rintih Mia Aurora, teresak-esak.
Habis basah bahagian dada Putri Risha dibanjiri dengan air mata wanita tersebut. Setahun Mia Aurora menghilangkan diri bermaksud sudah banyak benda yang dia pendamkan. Hari ini segala-galanya diluahkan bersama air mata kekecewaan.
"Aku benci diri aku. Aku jahat! Kalau aku...kalau aku tak pentingkan diri sendiri, A-5 takkan mati. Arghhh!! Aku teruk!"
Putri Risha semakin memperatkan pelukannya pada tubuh Mia Aurora. Dia juga lemah tapi disebabkan adanya keluarga yang lain, dia hidup sehingga hari ini. Dan Mia Aurora patut mengikut langkahnya walaupun agak payah.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...