48: KELUAR

1.3K 233 203
                                    

Mia Aurora yang sedang berbaring di atas katil menggerutu geram. Tangan yang berada di udara dikepal menjadi sebuah penumbuk.

Rasa marahnya pula semakin meluap-luap bila sistem tidak membenarkan Mia Aurora untuk masuk ke dunia yang dihuni oleh Roland sekarang.

Cis! Kalau ikutkan hati, dah lama dia gi serang. Roland boleh-boleh pula izinkan tangan pompuan lain pegang tangan dia?! Wah, tunggu jap.

Mamat tu dah lupa ke dia dah kahwin? Atau dah lupa bini dia tengah mengandung sekarang? Atau juga Roland dah lupa yang Mia perlukan dia lepas bangun dari lena panjang?

Tiga hari je Mia tidur tau, tiga hari!  Dah banyak benda buruk yang berlaku! Arghh! Mia rasa nak tumbuk muka Roland!

"Tsk! Duyung tak guna tu... Berani dia sentuh hak aku! " omel Mia Aurora, bengang.

Alice setia mendengar. Sejak adegan mesra yang ditayangkan oleh Jasmine dan Roland terhidang di mata Mia Aurora, wanita itu tak henti-henti daripada menyumpah seranah. Dah segala maki hamun Alice dengar dari mulut tuannya.

"Tuan tahu... Diorang berdua agak manis, " komen Alice, tenang.

Mia Aurora berdecit. Biar betul Alice nak simbah minyak pada api yang dah sedia marak?!

"Kau takyah panaskan hati akulah, Lice. Pompuan tu... Takkan hidup lama, " bengis Mia Aurora berbicara.

Alice faham. Roland hak Mia Aurora sorang. Tuannya tak suka berkongsi.

"Tuan dah banyak didik saya tentang manusia. Tentu tuan tahu manusia lelaki lebih berminat pada perempuan yang nampak manis dan lem... "

Alice tak jadi meneruskan ayat bila terasa aura menakutkan mengelilingi Mia Aurora. Bukan niat dia nak buat Mia Aurora tambah marah, cuma lebih baiknya Mia tak garang sangat.

Hah, kesempatan tu Alice boleh ambik dengan bagitau keadaan kandungan Mia Aurora sekarang. Namun, disebabkan mood Mia Aurora tak ubah seperti serigala, Alice jadi tak berani nak ungkap.

Bukan takut, cuma tak berani. Hehehe. Bukan sekali dua dia tengok Mia Aurora mengamuk.

"Aku tak kesah, Alice. Kalau aku tahu dia tipu aku, dengan dia sekali aku bunuh, " serius Mia.

Alice diam dalam senyuman. Dia faham ayat tersebut merujuk kepada Roland. Mana mungkin Mia Aurora akan bunuh orang yang dia sayang. Roland segala-galanya buat Mia. Dan kandungan yang Mia bawa sekarang adalah bukti cinta sejati mereka berdua.

Tapi sekarang, bukti tersebut membawa bahaya yang besar bagi Mia. Ia satu perangkap yang dibuat oleh DIA supaya Mia menderita atas dasar pengkhianatan yang telah dilakukan. 

Erti kata lain, DIA tak benarkan mia mengandung anak manusia. Berketurunan biasa-biasa dan hidup normal seperti keluarga asas yang lain. Maka, Alice tertanya-tanya. Patutkah anak itu dibiarkan terus berkembang walaupun nyawa Mia menjadi taruhan?

"Alice, " seru Mia Aurora, mendatar.

"Ya tuan? "

"Kenapa aku rasa lemah? Badan aku tak macam dulu dan aku sedar akan ada beberapa saat nyawa aku turun tanpa sebab."

Alice tergamam. Dia menarik nafas panjang. Tunggu? Kenapa Mia tanya dia soalan macam tu? Mia lebih jauh berpengetahuan berbanding Alice. Kalau Alice dah tahu pasal bayi ni, tak mustahil Mia dah tahu dari dulu.

Arghh! Alice tak tahan dengan teka-teki penulis! Lantaklah! Dia nak tanya juga!

"Tuan, tentang kandungan tuan... Saya rasa... "

Warning! Warning!

Mia Aurora sepantas kilat bangkit bila sistemnya mengesan bahaya yang berada dekat pada 01. Jari-jemarinya laju membuka sistem lantas dia meneliti apa yang baru berlaku di sekeliling 01.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now