25 :ANNELIESE MASUK PERANGKAP

1.7K 257 42
                                    

"Dark Angel. 04 spesies makhluk yang dikenali sebagai burung bersayap hitam. Dia bukan setakat boleh merasakan bahaya tapi juga boleh terbang. Walaupun dia belum keluarkan diri dia yang sebenar tapi perubahan ni dah cukup baik. Dia agak maju daripada yang lain," jelas Nanami, puas hati.

Xender berdecit jelek. Baik konon. Happy tu memang happy sangat tengok bini sendiri dah berkembang baik tapi part dia ngan Shane tu yang dia takleh blah. Takpe. Tunggulah Risha balik nanti. Satu minggu Xender layan dia macam angin. Tak pun suruh dia kemas satu istana ni walau terpaksa memakan dua tahun!

Dalam pada itu, tiba-tiba mata Nanami tersorot pada Anneliese yang sedang menarik-narik hujung baju Naib Tzar Aden. Tingkah wanita itu yang merengek bagai budak kecik berjaya menarik perhatian Nanami.

"Pehal korang berdua ni?"

Aden dan Anneliese menoleh ke arah Nanami. Semua orang kini memandang ke arah mereka berdua.

"Erhh kitorang nak jumpa Ayla, anak kitorang, " beritahu Anneliese, ragu-ragu.

Aden sekadar diam. Dia tahu jawapan yang bakal dikeluarkan oleh Nanami. Pasti wanita tersebut takkan bersetuju. Paling-paling diorang akan diceramah selama sebulan.

"Apa?"

"Aden dah janji nak bawa saya..."

"Tak, aku faham maksud kau tapi kenapa?" Riak wajah Nanami jelas mempamerkan riak tak senang.

"Sebab kitorang dah lama tak jumpa Ayla," sedih Anneliese menjawap.

"Hah, bagus. Pergilah jumpa dia lepastu bagi DIA tahu lokasi sebenar anak kau. Bila kau dah puas tengok budak tu, DIA arahkan makhluk lain untuk bunuh anak kau ataupun culik budak tu sebagai tebusan. Yang paling bagus, nyawa anak-anak yang lain pun akan terancam. Silakan, aku tak halang, " kata Nanami dalam sindiran.
Anneliese terdiam. Perlahan-lahan dia merungkaikan jarinya daripada hujung baju Aden. Harapannya untuk berjumpa dengan si kecik kian pudar.

"Aku nak tanya. Siapa lagi yang terfikir nak jumpa dengan budak-budak tu? "

Sepi. Ada yang tertunduk tak kurang juga ada yang saling berpandangan. Nanami menarik nafas sehela. Tak lama kemudian, dia menoleh ke arah Tasya yang turut berdiam diri.

"04 kau pun sama? " soalnya.

Pada mulanya, Tasya diam namun bila Nanami masih menatap ia, dia terpaksa berkata jujur.

"Siapa yang tak rindu dengan anak sendiri?"

"Haih, dengar sini. DIA tu jauh lebih baik daripada kita kat sini. Walaupun otak-otak kita ni semua bergabung pun, kita masih takleh fight dengan kepintaran dia. Salah satu kuasa DIA yang kita dah sedia maklum adalah kuasa telepati. Dengan kuasa tu, dia boleh tengok apa yang kita tengok. So, korang masih terfikir nak jenguk budak-budak tu? "

Berbutir-butir hujah yang Nanami sampaikan dan tiada sesiapa pun yang berani untuk menyangkal. Lagipun apa yang Nanami cakap semuanya betul. Kalau sayang dengan anak masing-masing kena berkorban.

"Kita lupakan hal ni. 02 bawa 04 balik," arah Nanami tanpa amaran.

Mia Aurora yang duduk di sebelah Riley terus sahaja memandang ke arah Nanami dengan wajah yang kosong. Tanpa menggerakkan kepala dia melirik ke arah Anneliese yang sudahpun terkebil-kebil.

"Saya?!"

"Liese? Sensei tahu Liese masih tak... "

"Tak payah ajar aku, manusia. Aku tahu keadaan 02. Buat apa yang aku suruh, " potong Nanami.

Aden tak tahu nak balas apa. Dia masih ingat janjinya pada Nanami untuk percaya wanita itu demi kebaikan Anneliese juga. Kalau langgar, Nanami kata Aden akan disumpah jadi kodok. Dunia khayalan dunia impian. Entahlah nak...

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now