17: MELVIN TUMPAS

2.2K 292 62
                                    

Larian Boboiboy!!

Zeung!!

Mia Aurora ternganga. Aksi Alice yang baru melancarkan larian sepantas kilat membuatkan matanya terkebil-kebil tak percaya. Tak sangka betul! Berani Alice lari dulu dan tinggalkan dia! Haih, siapa punya penjaga ni? Tolong kutip jap.

"Arghhhh!!"

Juggernaut berteriak kuat hingga mematikan pandangan Mia Aurora terhadap Alice. Dengan mata yang terketar-ketar, Mia Aurora memusingkan kepalanya menghadap si gergasi secara perlahan-lahan.

Melvin pula sudah tersenyum kemenangan. Juggernaut si teman seperjuangannya telah datang bagi memberikan pengajaran kepada 03, sang lagenda terunggul.

"Lari tuan!!" sempat lagi Alice menjerit.

Mia Aurora terdiam. Dipandang Juggernaut seketika. Dia nak lari? Eh, tolonglah. Dia tu kan 03. Mana kenal erti takut. Semua orang tahu dia tu lagenda pada 1800 tahun yang lalu. Jadi dia takkan lari. Meh, author repeat balik erk. TAKKAN LARI.

"ARGHHH!!"

Sekali lagi juggernaut menjerit kuat. Dan kali ini Mia Aurora takkan mengalah. Dia ada idea yang sangat licik iaitu

LARIKAN DIRI!!!

Zeungg!! Kelajuan Ying!

"Alice, tunggu aku!! Penjaga tak guna!! Kau tinggalkan aku!!"

"Lari tuan!!"

"Alice!!"

Sementara itu...

"Asal diorang tak fight?" bingung Zack.

Kemain kuat lagi kuasa Mia tu. At the end, cabut lari. Dua kali lima dengan penjaga dia.

"Teruk sangat ke raksasa tu?" soal Tengku Nurfaiza.

"Juggernaut adalah seekor makhluk mutan hasil ciptaan DIA yang mempunyai campuran daripada bahan terlarang sains dan binatang. Dia lebih teruk daripada haiwan liar."

"Plus ganas," tambah Eryn pada kenyataan Maisara.

"Sebab tu diorang lari. Kalau aku ada kat sana, aku pun buat benda yang sama macam diorang," sampuk Kami.

Roland terdiam. Pucat air mukanya melihat Mia Aurora dan Alice yang sedang berlari menjauhi juggernaut serta Melvin. Mulut kedua-dua wanita itu tak ubah bising bagai bontot ayam.

"Alice!! Asal kau tinggalkan aku?!" geram sang tuan.

"Erhh sebab tu juggernaut," balas Alice sambil berlari.

"Kau patut lawan dia!"

"Kenapa saya? Tuan lah yang lawan dia."

"Aku? Asal aku pula?"

"Tuan kan kuat. Hehehe.."

"Kau nii!!"

Ralit sangat bertengkar, tiba-tiba juggernaut muncul di antara mereka berdua lalu melepaskan tumbukan pada muka bumi. Disebabkan aksinya yang terlalu pantas, Mia Aurora dan juga Alice gagal mengelak lalu terbuang ke atas.

Mia Aurora selamat mendarat pada permukaan tanah tapi tidak pada Alice. Tak sempat gadis itu mendarat ala-ala gaya superhero nak landing, lehernya sudahpun dicekak lalu di dihentak kuat pada tanah oleh si gergasi, Juggernaut.

"Alice!"

"Beku."

Sunyi. Terbuntang luas mata Mia Aurora dibuatnya pabila kaki ia terasa seolah-olah kejung semacam. Bebola mata perlahan-lahan diturunkan lalu apa yang menyapa matanya sungguh memeranjatkan.

The Last SurvivorWhere stories live. Discover now