Mata pisau dijulang tinggi ke udara lalu diarahkan tepat pada perut memboyot sang ibu.
"Mati! "
"Liese!! "
Zakif yang kebetulan bangun segera menahan bilah pisau. Dia menderam menahan kesakitan lantas pisau tersebut dilempar jauh. Akibatnya, tapak tangan dia berdarah membasahi cadar katil.
Sofia yang terkejut pantas bangkit melihat tapak tangan Zakif dan Anneliese silih berganti. Si anak tanpa rasa bersalah merenung tajam ke arah si ayah. Baginya, Zakif seorang lelaki yang tiada kehidupan. Kalau bukan sebab dia, Sofia tentu dah mati.
"Liese! Kamu memang dah melampau! " tengking Sofia lalu menarik kuat tangan Anneliese supaya mengikuti langkahnya.
Tiba sahaja dia hadapan bilik tidur milik Anneliese, Sofia menolak anaknya agar masuk ke dalam. Turun naik dada Sofia merenung perbuatan si anak sebentar tadi.
"Ibu tak sangka Liese nak bunuh ibu, nak bunuh ayah! Liese dah gila ke?! Ibu ni ibu Liese! Ibu Liese! Faham tak?!" herdik Sofia, kecewa.
"Apa yang kau nak daripada aku manusia? "
"Normal! Jadi normal untuk sehari! " pekik Sofia.
Dia jatuh melutut di hadapan Anneliese sambil memegang dadanya. Dia rasa kecewa yang teramat. Sakit hatinya darah daging sendiri nak bunuh dia dan juga Zakif. Kalau Zakif tak bangun tadi, mungkin dia dah mati.
"Apa salah ibu sampai Liese buat ibu macam ni? Apa yang Liese nak?! "
"DIA. "
Sofia menjerit sekuat hati. Dia menangis dan terus menangis. Mengongoi sehingga anak tekaknya hampir keluar. Di sebalik pintu, Zakif tertunduk lemah. Tapak tangan yang baru cedera dipandang sayu.
Kesakitan yang dirasainya sekarang tak terbanding dengan rasa sakit di hati. Disebabkan ghairah ingin mendapatkan anak setelah lima tahun berkahwin, Zakif sanggup membuat perjanjian syaitan bersama DIA. Dan inilah balasannya. Anak sendiri tak nak mengaku ibu bapanya sendiri.
Keesokan paginya, Anneliese termenung. Macam biasa lagaknya termenung siang dan malam. Tak bersosial seperti anak yang lain. Namun, kali ini otaknya sedikit terganggu. Jeritan Sofia semalam untuk merayunya menjadi anak yang normal bermain di dalam minda.
Dia tak kesah tapi ia agak mengganggu. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak lebar oleh Sofia. Umpama tiada apa-apa yang berlaku, Sofia tersenyum manis.
"Liese sayang... Jom makan? Ayah balik lambat hari ni. Jadi, Liese makan dengan ibu ye, " beritahu Sofia.
Anneliese memekakkan telinga. Melihat gaya sang anak, Sofia faham. Anneliese tak nak diganggu. Dia menutup pintu Anneliese semula lalu beredar daripada tempat tersebut.
Tanpa sedar, ketika Sofia hampir menutup pintu tadi, Anneliese melirik pada perut wanita itu. Adik... Dia akan menimang adik baharu.
"Arghhhhh!! "
Jeritan Sofia menyentak lamunan Anneliese. Pada mulanya, Anneliese tak kesah, namun pabila kedengaran sedas tembakan dilepaskan, Anneliese mula bergerak. Dia menuju ke luar pintu lalu melangkah ke arah bilik ibu bapanya.
Di muka pintu, Anneliese melihat Sofia menyandar di hadapan almari bersama kaki yang berdarah. Anneliese tergamam lagi-lagi melihat seorang lelaki yang sudah tentunya perompak sedang erat memegang sepucuk pistol.
"Mana emas tu?! Bagitau aku! "
Sofia terbatuk lemah. Dia merayu minta dilepaskan tetapi si perompak pula mengacukan pistol ke arah perutnya tanpa belas kasihan. Bersama senyuman seram, si perompak cuba melepaskan sedas tembakan lagi.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...