#Comment and vote
#Abaikan typo aku
"Aku akan mati ke? "
Chip! Chip!
Mia Aurora tersenyum hambar. Kata-kata Scott disambut dengan air muka yang pucat. Nak pelik apa? Dia memang dah nak mati. Mia kat ambang kematian sekarang.
Walaupun Scott cuba nak bagi kata-kata semangat, Mia tetap rasa dia akan mati tak lama lagi. Naluri seorang wanita yang bakal menjadi ibu jarang salah.
"Terima kasih sebab sudi berada di sisi aku, Scott. Bila aku dah takde nanti, tolong duduk kat bilik Riley. Dia perlukan seorang kawan macam kau," senyum Mia.
Mia begitu tekun mengusap belakang Scott sehinggalah dia tiba-tiba terdengar bunyi esak kecil dari seseorang. Mia menoleh lalu tersenyum hiba. Sorang lagi perlukan dorongan dia.
"Sini Alice, " panggil Mia.
Alice berjalan ke arah Mia lantas melabuhkan kepala pada bahu tuannya. Alice menangis dengan bahu yang terhincut-hincut ke atas. Mia takde, dia juga mati.
Mia ialah penyembuh terakhir di dunia. Hilangnya kuasa penyembuh, hilangnya Alice. Alice hanya wujud disebabkan kehadiran kuasa Mia. Tapi dalam konteks ni, Alice tak takut mati.
Dia cuma tak nak kehilangan Mia. Dia tak sanggup. Dia tak Mia mati. Mia segala-galanya buat dia. Cakaplah apapun, Alice sanggup buat.
"Hei... Kau janji takkan menangis, Alice."
Mia Aurora menepuk belakang Alice.
"Tu... Tuan... Tolong jangan tinggalkan saya," ngongoi Alice.
Dalam dunia ni, hanya Mia yang faham Alice. Hanya Mia yang pernah melihat tangisan Alice dan Mia tahu Alice bukan sorang penjaga yang lemah. Hati Alice sangat-sangat keras.
Sesedih apapun perkara tu Alice takkan menangis. Sampailah melibatkan kematian tuannya.
"Alice... " Mia mengangkat kepala Alice supaya menghadap dia.
"Jangan risau. Bila aku dah takde nanti, aku janji akan 'hidup' tenang bersama Irisna, A-5, A-13. Haha kalau nasib aku baik, mungkin aku akan jumpa ibu bapa kandung aku yang sebenar. "
Tangisan Alice pecah kuat. Dia memeluk Mia Aurora sambil merayu supaya Mia takkan tinggalkan dia. Diam-diam Mia juga menangis. Sayangnya, dia dan Alice takkan berjumpa seandainya diorang dua betul-betul mati nanti.
Alice bukan manusia. Alice takde roh dan bukan dilahirkan. Macam yang penulis kata tadi, Alice wujud sebab kuasa tuan dia. Hilang kuasa Mia, hilang, hilang Alice. Faham dok? Kalau tak faham juga, sesiapa please derma penumbuk jap.
"Semuanya akan okay, " pujuk Mia Aurora, lembut.
Kalau korang perasan, Mia gunakan ayat yang selalu Roland keluarkan bila Mia rasa down. Even though Mia tahu benda memang tak okay tapi suara Roland still buat semangat Mia naik sikit. Sikit erk. Tak banyak.
Mungkin if Mia guna ayat ni Alice akan okay. Selepas lama menangis, Mia memasukkan tubuh Alice ke dalam loket. Biarlah Alice berehat. Siann dia. Setiap jam fikir cara nak selamatkan Mia.
Scott pula nampaknya dah balik ke sarang asal. Awal-awal pagi lagi gagak tu lepak kat dalam bilik Mia sampai ke malam. Apa boleh buat en. Scott bukannya ada kawan.
Tiba-tiba Mia terbatuk kuat. Ditepuk dadanya perlahan lantas mulut ditekup. Buka saja, Mia tergamam. Darah yang hampir memenuhi telapak tangan cepat-cepat dihilangkan menggunakan tisu.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...