#Vote and comment.
Okay, cukup! Ingat Mia Aurora tak perasan ke yang lain tengah duk tenung dia acah nak minta pelempang? Yang eloknya perangai, bila Mia tengok kat semua orang, diorang pula boleh buat-buat tengok siling, pura-pura makan, bersiul, bercakap dengan ikan, kira lapisan pinggan. Gila?
Hidangan makan malam terasa tak mengenyangkan. Baru sahaja Mia Aurora ingin bercakap sesuatu mengenai tingkahlaku mereka yang pelik semacam terhadap Roland, lelaki itu pula terlebih dahulu mengangkat tangannya di hadapan wajah si isteri.
Mia Aurora terdiam. Faham sangat maksud Roland untuk mengarahnya diam daripada mengeluarkan ayat walau sepatah pun. Setahu Mia Aurora, Roland akan angkat tangan dia kalau dia memang tak nak orang tu bercakap.
Mia Aurora menarik nafas lalu memusingkan tubuh ke kiri menghadap Alice. Dia mulai berbisik-bisik bersama penjaganya.
"Alice, bagitau aku. Apa yang aku dah buat hari ni?"
"Emm putuskan 20 lelaki tanpa rasa bersalah," jawap Alice, mendatar.
"Tak. Maksud aku benda yang aku buat tapi salah kat mata Roland," jelasnya.
Alice diam sejenak. Dia cuba mengingati segala kelakuan Mia Aurora pada hari ini. Hmm selain dah susahkan ramai pihak, Mia juga dah kurang ajar. Tapi tu benda biasa. Mia memang dah sedia lahir takde disiplin. Tiba-tiba Alice tersentak. Dia yakin punca ini lah membuatkan Roland diam membatu.
"Saya rasa tuan..."
"Apa?" soal Mia Aurora tertanya-tanya.
"Saya rasa tuan kurang cantik hari ni."
Pap!
Tak sia-sia kepala Alice ditolak kasar oleh Mia Aurora. Boleh pula makhluk ni loyar buruk erk. Perangai penjaga dengan tuan memang tak jauh beza. Dua-dua masuk air.
"Cis, tak boleh jadi!" gumam Mia Aurora.
Dia menoleh semula ke arah kanan di mana si suami berada. Belum sempat soalan ingin diutarakan, Roland sudahpun bangkit lalu meninggalkan mereka sekeluarga. Ucapan selamat malam daripada yang lain turut diabaikan. Serius sahaja wajah Roland pada ketika itu.
"Tuan memang kurang cantik hari ni," bisik Alice sekali lagi.
Mia Aurora menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan perangai bengong penjaganya, Mia Aurora mengusap loket yang ada pada leher ia lalu termasuklah Alice ke dalam loket tersebut. Eloklah Alice duduk diam-diam kat situ.
Tak lama kemudian, Mia Aurora membontoti langkah Roland. Sepanjang dia menuju ke arah tingkat atas, terasa beberapa pasang mata sedang melihat ke arahnya. Mia Aurora mengeluh. Ceh, macamlah dia tak perasan yang diorang kat meja tu tengah pandang dia gaya tak puas hati.
Usai tiba di dalam bilik, Mia Aurora berdehem. Dilihatnya Roland sedang membaca buku mengenai sains dan teknologi bersama rambut yang terjuntai ke bawah. Ikutkan hati dah lama Mia Aurora melompat ke arah si suami lepastu minta dimanjakan. Tapi mengenangkan gaya Roland, niat yang satu itu terpaksa dibuang jauh-jauh.
Entah apa salah dia kali ini. Takkan apa yang Alice cakap tu betul. Arghh! Gila! Dia selalu nampak cantik! Mana pernah kurang!
Tak nak buang masa, Mia Aurora menuju ke arah Roland lalu duduk di samping lelaki itu. Sempat mata Mia Aurora melirik ke halaman muka surat yang dibaca oleh sang suami. Pasal cahaya matahari dan juga malam. Entah apa yang menarik sangat tentang perkara tu.
Rasanya orang istimewa macam Roland dah tak perlu baca benda yang berulang-ulang. Maksud Mia, Roland tu kan otak dia lain sikit. Waktu sekolah rendah pun dah lompat kelas. Pendek kata, kebijaksanaan Roland berada pada tahap yang tertinggi. Saintis pun takleh fight.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...