-People's lives don't end when they die. It ends when they lose faith. -
#Jangan salahkan saya, if awak sendiri tak faham sebab baca skip2.
___________________________________
"ARGHHHH!!"
Hampir terjatuh Tengku Haikal dari atas katilnya. Suara tadi tak lain dan tak bukan milik Anneliese! Dah kenapa terjerit-jerit gaya puntianak dipaku ni? Aduh, tolonglah jangan buat orang nervous. Bukan ke Mia Aurora dah sembuhkan Anneliese semalam? Jangan kata bini dia buat hal lagi.
Tak nak lengahkan masa, Tengku Haikal bangkit daripada pembaringan lantas turun daripada katil. Usai tombol pintu dibuka, kelibat Jethan yang sedang berlari ala-ala Usop dari Hantu Kak Limah balik rumah menjengah pemandangannya.
"Tolong! Gempa bumi! Tolong!"
Pap!
"Apa benda kau merepek ni?" garang Grey menolak kepala Jethan.
Monyet sekor ni tak habis-habis dari gemba bumi sejak semalam. Dahlah tangan tu sengaja dinaikkan ke atas dengan gaya melambai lembut. Memang padan berlakon ganti Usop.
"Taklah. Aku dengar bunyi orang menjerit. Tu pasal aku jadi 'siren' untuk bangunkan semua orang," sengih Jethan.
"Kau tak perlu jerit, kitorang memang dah sedia bangunlah," sampuk Ryan seraya mengusap belakang lehernya.
Nampak sangat mamat tu baru bangun dari tidur. Dek jeritan daripada seorang perempuan, secara tak langsungnya mereka semua terbangun bagi melihat kejadian yang sebenarnya berlaku.
"Ad, mana Liese?" soal Xender, pelik.
"Dia takde dengan aku."
Tengku Haikal mengatur langkah ke tingkat bawah. Ia mengambil sedikit masa untuk tiba di bahagian utama memandangkan keluasan istana yang terlalu besar. Yang lain turut membontoti langkah lelaki tersebut dari arah belakang.
Tiba saja di bahagian utama, kelihatan figura Anneliese sedang berdiri membelakangkan mereka. Di hadapan wanita itu pula, tersiar satu berita mengenai perkembangan terkini.
"Ad, eloklah kau dah bangun. Aku dengan Mika dah lama ada kat sini. Liese tak gerak-gerak lepas menjerit," lapor Kami, bingung.
Tengku Haikal terdiam. Memang benar apa yang baru dikatakan oleh Kami. Isterinya itu tampak pegun tanpa melakukan sebarang aksi.
"Korang rasa...Liese masih erhhh korang tahulah en. Jahat?" soal Putri Risha, ragu-ragu.
Tiba-tiba entah dari mana datang Mia Aurora lalu wanita itu mengambil tempat duduk tepat di belakang Anneliese. Selamba bibir Mia Aurora mengguriskan senyuman lebar atau lebih kepada sinis.
"Oho, ini tentu akan menjadi menarik," ujarnya, perlahan.
Roland mengecilkan matanya memandang sang isteri. Hanya Mia Aurora sorang saja yang tengah duk releks meletakkan sikunya pada bahagian tepi sofa.
"Mia, asal dengan Aunty Liese?" soal Roland, mendatar.
"Hmmm pompuan tu? Takde apa. Okay je pun," katanya.
"Dah tu asal dia tak bergerak?"
"Tak bermaksud dia jahat. Meh duduk sini," ajak Mia Aurora seraya menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.
Roland sempat bertukar pandangan bersama yang lain. Masing-masing mula melabuhkan punggung bersama mata yang setia merenung Anneliese. Risau jika tetiba perempuan itu melakukan aksi yang ganas.
"Liese sayang," seru Tengku Haikal.
Dia menyentuh bahu isterinya selepas setahun Anneliese menghilangkan diri.
YOU ARE READING
The Last Survivor
AcciónSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...