#Vote and comment
Ketika semua orang sibuk memerhati ujian yang sedang dihadapi oleh mereka berlima, Rosilia diam-diam melirik Roland. Anak muda itu pamit tanpa orang lain sedar diikuti oleh Alice dari belakang. Rosilia tersenyum bermakna.
"Kenapa kau tak bagitau aku apa-apa semalam? " soal Roland sejurus mereka masuk ke bilik yang dipenuhi barang-barang antik.
Alice memohon maaf dengan menundukkan kepalanya. Bukan tak nak bagitau tapi dia sendiri tak jumpa kesempatan untuk berbincang dengan Roland secara tutup.
"Lupakan. Macam mana dengan kesihatan Mia lepas minum 'air' tu? "
Alice menggerak-gerakkan tangannya, namun suara gadis tersebut bagai tersekat di kerongkong. Guess what? Roland tak faham bahasa Alice.
"Kau cakap apa ni? " kerut Roland.
Alice kini bercakap tetapi nada suaranya sangat perlahan sampaikan Roland terpaksa senyap dan benar-benar membuka pendengarannya. Tetap juga tak dengar!
"Lice, kau cakap bahasa alien ke? " geram Roland.
"Mishi mishi mishi mishi... " ujar Alice, perlahan.
"Alice! Aku tak dengar! "
"Erhh.. Sebenarnya saya tak nampak peratus kesihatan tuan. Saya gelabah sangat masa tuan tanya pasal minuman tu, " sengih Alice.
Serius doh, Roland rasa nak terjun dalam laut yang hari tu dia lemas. Jadi, ini bahasa 'mishi mishi' Alice? Beria Roland tunggu dari semalam tapi sebenarnya Alice tak nampak. Kesian mamat ni sampai tidurnya pun tak berapa nak lena.
Semua disebabkan dia tertanya-tanya sama ada darah ia berkesan atau tak ke atas kesihatan Mia Aurora.
"Takpe, kita cuba lain kali, " pasrah Roland, mendatar.
Alice berasa kagum pada Roland. Mamat tu langsung tak kesah rasa sakit dan sanggup melukakan dirinya sendiri untuk sang isteri. Dah takde apa-apa nak dibincangkan, Roland beransur pergi ke bilik semula dibontoti Alice.
Ugh! Roland terpaksa cari jalan lain supaya Mia minum darahnya lagi sekali.
___________________________________
"Ak...aku?! "
"Sape suruh kau 01."
Eiji berdecit sebal mendengar jawapan Putri Risha. Hei, nombor tu bukan berdasarkan ranking kekuatan tau! Tu nama subjek! Kiranya diorang sama-sama kuat. Habistu, kenapa Eiji juga yang kena?!
Semasa Eiji bercakap ke belakang pada mereka berempat, dia tak sedar salah satu kepala naga menyedut sesuatu dari atmosfera lalu menyemburkan kuasa kilatnya tepat ke arah Eiji.
Biji mata Mia Aurora terbeliak luas. Automatik dia menghilangkan diri lalu muncul di hadapan Eiji. Kuasa hijaunya menghasilkan tembok yang besar bagi melindungi dia dan juga yang lain-lain. Malangnya, tembok yang dihasilkan oleh 03 kian rentak.
"Erghh! Ak... Aku tak dapat tahan! "
Tembok hijau Mia pecah berkecai sekali gus membuatkan Mia Aurora terpelanting teruk mengenai dinding tanah.
"MIA! "
Mia Aurora terbatuk kuat. Semburan kilat yang terhasil daripada mulut naga tersebut benar-benar dahsyat. Jadi, macam ni rasanya lawan DIA? Atau lebih teruk?
"Mia, kau okay tak? " pekik Tasya, lantang.
Mia Aurora tak menjawap. Dia bangkit perlahan-lahan bersandarkan dinding sarang si naga. Pabila posturnya dibetulkan, tak semena-mena dia melihat sikunya berdarah. Luka yang dialami cuma sekecik kumbang.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...