#100 comments baru aku update tau.
"Hei, Nanami. Kau tak rasa ke kita patut bersama dengan diorang sekarang? Lagi-lagi Mia tengah dalam masalah. Aku nak tahu apa jadi dekat dia. "
Nanami berhenti daripada melangkah sekali gus mematikan langkah Tasya memandangkan wanita itu berjalan di belakang Nanami. Nanami menarik nafas lalu memusingkan tubuhnya supaya menghadap Tasya.
"Aku percaya pada Irisna. Sudah lebih 1000 tahun aku berjuang bersama dia, aku tak pernah lihat dia tewas. Percayalah, 05. 03 akan selamat, " yakin Nanami.
Tasya diam. Air mukanya kelihatan suram tanpa senyuman. Sejak tadi dia tidak berdaya dan tampak sedikit lesu. Nanami tahu ada sesuatu yang tengah mengganggu benak 05. Kalau takde, tak mungkinlah Tasya asyik bersedih.
Maka, Nanami berhasrat untuk bertanya. Mulai hari ni, Tasya akan berada di bawah pimpinannya di mana Tasya adalah tanggungjawab dia. Nanami akan pastikan Tasya berubah menjadi kuat sama seperti 05 dahulu tetapi dalam versi yang baik. Bukan lagi versi yang kejam.
"05, aku nak tahu sesuatu. Dalam penglihatan masa depan kau, apa akan jadi pada Irisna?" ingat Nanami saat kat Istana Malaysia tadi.
Tasya mengunci bicara. Dia memang nampak masa depan yang akan terjadi nanti. Dia juga berhasrat untuk mengubah takdir tersebut, namun bila difikirkan semula, dia tak mampu. Apatah lagi, Irisna sedar pada tanggungjawapnya kepada Mia.
Seandainya Tasya bagitau kepada Irisna, Irisna tetap teruskan niat dia. Jadi, takde gunanya Tasya nak bagi amaran. Apa yang harus dilaksanakan, harus dilaksanakan.
Melihat Tasya yang membisu membuatkan Nanami faham. Tasya nak simpan sorang-sorang mengenai masa depan yang baru dilihatnya.
"Kau tahu... Irisna tu Dewi. Dia digelar Dewi Maha Mengetahui. Dia dah tahu segala sesuatu perkara yang TELAH TERJADI kat muka bumi ni. Maka, harus aku katakan, Irisna bukan calang-calang makhluk untuk dikalahkan. Kemungkinan, Master akan tewas kat tangan dia, " jamin Nanami.
Dia meneruskan perjalanan yang tergendala diikuti oleh Tasya yang masih berwajahkan sugul. Apa-apapun Tasya percaya pada Irisna. Irisna boleh urus si tak guna tu.
____________________________________
"Cemburu? "
"Pfttt! Aku cemburu? Darjat kau memang dah naik. Tahniah! Daripada jadi makhluk tak guna dinaikkan kepada syaitan tak guna," Irisna tertawa kecil.
The Master tak menjawap. Teruskan je, Irisna. Bila tiba masanya nanti, The Master sendiri akan pastikan kau tak mampu ketawa macam ni.
"Aku tak sangka kau bangkit terlalu awal. "
Dalam pada itu, Irisna mematahkan kuasa The Master dengan memutuskan rantai yang mengikat kedua-dua tangan Mia Aurora. Sebaik sahaja terlepas, Mia Aurora jatuh ke dalam pelukan Irisna.
Rambut panjang si cantik manis itu dielus lembut lalu dalam diam dia menukarkan pakaian Mia Aurora ke pakaian yang lebih sesuai. Mengamuk Roland kang.
"Jangan risau. Semuanya akan okay, " bisik Irisna.
Air mata Mia Aurora sudah lama kering. Dia duduk lalu memandang lemah ke arah Irisna yang bangkit berdiri lalu menuju ke arah A-13 dan Alice.
"Bangun anak muda. Aku akan urus makhluk ni dengan tangan aku sendiri, " ujar Irisna, serius.
Hairan, selepas Irisna menyentuh bahu A-13 dan Alice dalam masa yang serentak, kuasa yang dikenakan oleh The Master kepada mereka berdua sekali gus hilang. A-13 dan Alice mampu bergerak seperti biasa. Mereka terus cepat-cepat menuju ke arah Mia Aurora.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...