#150 comments baru aku update tau.
Alice senyap memerhati Mia Aurora yang sedang bersolek di hadapan cermin. Walaupun dengan solekan tipis, wanita itu sudah sedia kelihatan cantik. Untunglah suami isteri sama-sama padan.
Mia Aurora nampak gembira daripada sebelum ni. Patutkah Alice bagitau Mia pasal kandungannya sekarang? Kalau mood Mia tetiba jadi ganas macam mana? Ingat Alice tak takut?
Semua orang tahu Mia tu cantik. Tapi ramai yang tak tahu kecantikannya tak sama dengan perangai yang dia ada. Bila-bila masa Mia Aurora boleh bertukar menjadi makhluk yang menakutkan. Alice kena cari masa yang sesuai untuk bagitau Mia. Mungkin sekarang?
"Done! Kau boleh panggil Roland masuk sekarang, " senyum Mia Aurora.
Dia beralih ke birai katil lalu membawa sedikit rambut depannya ke tepi telinga. Tak sampai 5 minit Mia Aurora berdandan, dia dah bersiap sedia menanti ketibaan Roland.
"Mesti dia rindu aku. Ahh, gomen (maaf) gomen (maaf) Roland, isteri awak memang banyak karenah. Takpe, malam ni saya layan awak kaw-kaw sampai awak rasa ngrr! Puas! "
Sah giler pompuan ni. Monolog sorang-sorang sambil dipandang oleh Alice yang dah tergeleng dengan sikap tuannya.
"Tunggu apa lagi, Alice? Roland dah tak sabar nak jumpa aku. Mesti dia terkejut tengok aku dah bangun tetiba jadi makin lawa," perasan Mia Aurora sambil menyilangkan kaki.
"Pasal tu... Saya rasa tuan yang harus jumpa dia, " kata Alice, mendatar.
Mia Aurora terkebil-kebil.
"Apa? Aku yang jumpa dia? Tsk! Aliceee, kita pompuan. Kita tak jumpa lelaki dulu. Lelaki yang kena jumpa kita, " ajar Mia Aurora, ayu.
"Tapi Tuan Roland dah lama tak balik."
Mia Aurora loading jap.
"Dah lama tak apa kau kata? " ulang Mia Aurora.
"Balik. Tuan Roland dah lama hilang semenjak tuan berehat. Campur hari ni dia dah hilang selama lima hari dengan Triple Han, Ryan dan Grey. Dua hari selepas kehilangan diorang berenam, 01 dilaporkan hi... "
Alice tak jadi meneruskan ayat bila suasana sekitarnya terasa aneh. Dia dapat merasakan ketegangan yang tiba-tiba muncul dari bilik tersebut. Jelas dia melihat Mia Aurora versi ayu tadi dah terduduk kangkang lalu bangkit dengan tangan yang menggenggam paha.
"Kau cakap apa? "
Gulp!
Alice menelan air liur. Mia Aurora mendongak ke arahnya bersama bibir yang menyeringai seram. Dah mula dah perangai sebenar Mia. Masak! Masak!
"Hilang? " ulang Mia lagi.
"Ya, Tuan Roland hilang. "
"Dan kau baru bagitau aku? "
"Tuan kata nak rehat. "
"Kalau kau bukan penjaga aku, aku dah lama panggang kau, Alice. "
Mia Aurora masih setia dengan senyuman bermaknanya. Alice hanya mampu diam dan menelan air liur berkali-kali. Tak lama kemudian, Mia Aurora hilang lalu muncul di ruang utama. Alice juga cepat-cepat ikut.
Boomm!!
"Opocot!!"
Terkejut Zack melihat serangan Mia Aurora ke atas meja perbincangan. Sampai hancur meja bujur itu dibuatnya. Semua orang terpinga-pinga melihat Mia Aurora yang baru muncul dalam keadaan mengamuk.
Di sisinya, Alice cuba menasihati Mia Aurora agar bersabar.
"Apesal dengan kau ni, Mia? Datang tetiba marah. Cuba cakap baik-baik, " nasihat Xender, tegas.
YOU ARE READING
The Last Survivor
ActionSemuanya bermula daripada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Wujudnya cerita pertama disebabkan makhluk ini. Apakah cara untuk kalahkan DIA? Siapakah DIA yang sebenarnya? Atau lebih tepat mampukah mereka kalahkan DIA? "Kumpulkan semua orang kita."...