Hi semua.
Nama aku Nazim. Aku nak ceritakan satu kisah dimana berlaku pada aku masa aku balik dari kerja.Pada hari itu aku balik kerja dalam pukul 10:30 malam. Biasalah kerja shift, masuk tengah hari, balik mestilah malam. Bukan office hour.
Selalunya aku tak diganggu pun. Jarang sangat lah kalau ikutkan. Tapi entah kenapa, malam tu aku diganggu, boleh dikatakan teruk jugak sebab aku kena ganggu dalam bilik tidur aku sendiri. But actually memang salah aku pun 😂
Masa aku pulang dari kerja tu dengan menaiki motor, angin cuma sepoi-sepoi je meniup ke muka. Sejuk dia takpayah cakap la, dah pakai sweater pun still sejuk sampai ke tulang gak malam tu.
Dah sampai rumah, aku buka pagar macam biasa, terjengul kat pintu rumah kepala mak aku. Dia dengar bunyi motor aku agaknye, jawab aku dalam hati. Dia baling kunci gate kat aku, suruh aku kunci pagar sekali sebabkan aku orang last balik rumah malam tu.
Sebelum dia masuk ke dalam dia pesan kat aku suruh basuh kaki dulu sebelum masuk rumah.
Tapi disebabkan aku degil dan malas nak buka stoking kat kaki ni, aku terus masuk je dalam rumah. Dah la tak bagi salam. Memang menempah jela jawabnye.
Aku terus masuk dalam bilik, baling beg kerja atas kerusi, buka stoking dan terus baring atas katil. Fuh, empuk.
Sedang asyik aku berbaring, tanpa aku sedar aku dah tertidur dengan tak mandinya.Benda seram jadi kat aku sekitar pagi buta tu. Semasa aku tidur, aku mimpi benda yang menyeramkan. Dalam mimpi tu, aku seperti dikejar oleh sesuatu yang hitam bentuknya tapi warna mata dia merah. Pekat sangat merah. Dalam mimpi tu lagi, aku tengah berlari sakan sebab kena kejar dengan benda alah tu.
Tapi pada masa yang sama, di realiti aku seakan mengah seperti berlari. Aku dapat rasakan masa aku baring tu leher aku macam panas, macam ada something dok belit leher aku.
Tetiba, mimpi aku sampai kat klimaks dimana aku nak kena terkam dah dengan benda mata merah tu, aku tersedar dari tidur dan terus terduduk, and masa aku sedar tu serious tengkuk aku panas and bilik aku dah gelap dah masa tu. At some point, aku cam mengah gila, mata pulak terpandang la kat satu penjuru bilik. Tudia elok cantik je nampak bayang hitam kat situ, tengah renung aku. Tapi mata dia kalini warna biru pekat.
Astaghfirullahal'azim. Mengucap aku. Seminit gak la terpaku kat situ.
Aku tak tunggu lama, terus bangun dari katil. Buka lampu bilik. Bila dah terang, benda alah tu terus ghaib. Tengkuk aku pun dah tak panas dah. Aku sempat tengok jam masa tu, dah pukul 3:35 pagi.
Malam tu aku tidur bertemankan lampu je. Lepastu tiap2 kali balik kerja mesti aku basuh kaki dulu before masuk rumah and terus mandi. Serik dah.
Itu sahaja kisah aku.
Harap ambil iktibar la, takda la seram mana. Tapi bila dah kena tu, gigil gak la lutut. 🥲
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...