Raya

1K 79 7
                                    

Hai, salam perkenalan. Nama aku Hafis. Aku berasal dari Kuala Lumpur, tapi walaupun aku berasal dari sana, parents aku tetap ada kampung. K malas nak cakap banyak, jom proceed.

Aku ingat lagi masa tu, malam tu adalah malam paling disukai oleh bangsa melayu kat muka bumi ni, iaitu malam raya.

Cerita bermula begini, malam tu dekat rumah (kampung) tinggal aku dengan kakak aku je. Aku time tu dekat depan tv, layan tv je masa ni malas nak keluar join diorang main mercun. Kakak aku pulak tengah duduk kat meja makan kat dapur, susun kuih dalam balang. Kalau tak silap aku time tu dia memang tengah uzur. So yes, memang malam tu dia yang kena attack dengan ermm 'benda' tu.

Jadi, nak dijadikan cerita, aku tengah syok layan tv, tiba tiba perut aku memulas. Ni la padahnya kalau makan tak ingat dunia, mmg tak ingat dunia la bro kalau rendang tok aku yg legend tu terhidang depan mata, siap nasi impit lagi peeeeeeewwh layan! K sambung. Perut aku memulas gila kingkong punya, maka aku pun lari la pi toilet nun.

Tengah aku speed tu kakak aku sempat tanya lagi 'ko dah kenapa?', aku jawab sambil lari 'berak!!'. Karang kalau pit stop terkencit pulak dalam seluar, dah hujung-hujung ni.

After 3 minit membuang, aku pun keluar dengan muka kelegaan. Tapi malangnya bala lain pulak yang datang.

Aku jalan la ke meja makan yang kakak aku tengah duduk tu, nak melahap kuih pulak (padahal tdi baru berak ni melahap lgi). Elok duduk je, aku tanya la kakak aku.

"Kak, kuih apa je mak buat?" Aku tanya sambil mata merenung semua balang kuih atas meja tu. Meriah kooo!

Takda response pulak.

"Senyap pulak koo, dah kenap— woiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!"

Hah kau terkejut gila hanat kat situ. Elok aku toleh ke arah kakak, aku tengok dia dah bukan dia, cantik pulak masa aku toleh tu dia pun tengah pandang tepat kat aku dengan mata besar hitam, muka dah pucat tahap infinity, nasib baik tak bertukar jadi setan 100% lagi. Kalau tak mati kojol aku kat situ.

Aku apa lagi, tak tunggu lama dah. Terus lari pecut.

Peh masa ni la rasa jarak antara dapur tu nak ke pintu utama jauh macam KL – Melaka. Masa tengah speed tu, aku sempat toleh ke belakang, peh nasib tak pitam waktu tu, tengah aku toleh tu, aku nampak kakak aku dah turun dari kerusi and badan dia dah split, means kepala ke bawah dgn tangan dia, nak kejar aku dengan cara terbalik, korang paham tak?

Terus aku jerit tahap perempuan sundel bolong, "MAKKKKKKKKKKKKKKKKK!"

Nasib baik semua orang dengar jeritan sundel ku. Pastu semua masuk rumah terkejut tengok kakak aku dah jadi setan. Aku pulak dah terkaku sampai takleh bersuara, boleh keluar perkataan 'kakak–hantu' tu je.

Pakcik aku A.K.A pakar dalam hal2 perubatan islam, suruh warga kanak2 keluar dari rumah tu sekejap. Mak aku pun heret la geng2 kanak2 riang dalam rumah tu keluar, aku pun ikut join keluar sekali. Memang tak la nak stay dalam yal.

Masa tengah berubat tu, aku dapat dengar jeritan kakak aku yang nyaring. Macam bukan dia yang jerit, pastu aku terdengar perbualan pakcik aku dengan 'dia'.

"Kenapa kau kacau dia!"

"Aku kacau sebab dia kotor! Jiwa kosong! Sebab tu aku masuk dalam badan dia!! Hahahhaah!"

"Aku nak kau keluar dari badan dia, sekarang!! Kalau tak aku takkan lepaskan kau sampai kau lenyap dari muka bumi ni!!" Wuish pakcik aku punya ugut bukan beshe2.

"Hahahhahahah! Baik aku akan keluar, tapi kau jangan terlalu yakin aku akan hilang, sebab kawasan aku cuma dibelakang semak tu sahaja! Hahahahahahhaha!"

Sumpah masa 'dia' cakap tu, bulu roma aku meremang tahap rumput, sebab 'semak' yang dia cakapkan tu memang betul2 kat belakang rumah Atok aku ni which mean, bila2 masa je dia boleh jenguk aku kat tingkap, damn scary sialllllllll!

Lepas tu aku pengsan, serentak jugak dengan kakak. Pastu aku taktau apa jadi dah.

Kakak aku cerita la, masa lepas aku lari pergi toilet tu, tak sampai seminit dia nampak aku jalan keluar terus je ke ruang tamu, dia pelik la, cepatnya sangat aku membuang kan. Dia pun tegur,

"Ai cepat betul ko berak piz! Dah alang2 ko free tu sini la tolong kakak susun kuih."

Lepas dia tegur tu, apa yang dia nampak paling dia tak dapat lupa, lepas dia tegur, 'aku' pusing kepala menghadap dia, tapi kepala je. Badan masih menghadap depan. Which is kepala aku je berpusing 360 dengan senyum bibir aku terkoyak sampai ke telinga.

Haa ambik. Terus pengsan kakak aku.  Tu yang aku keluar dari toilet, tengok2 dah kena rasuk dah kakak aku. Sebab dia dah tertegur 'benda' tu.

Memang raya kali ni adalah raya paling 'worst' sekali dalam hidup aku, satu, sebab aku demam seminggu lepas tu, and selera makan aku takda so aku tak dapat makan rendang tok lagi, and kedua, disebabkan aku demam, aku tak dpt beraya jdi duit raya pun takda. Memang sial! Hantu tu sial!

Sejak tu aku berdendam dengan hantu tu. And aku dah nekad, kalau aku terjumpa dia lagi lepas ni, aku akan bogel depan dia biar dia pulak jerit macam sundel bolong sambil berlari.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now