Hari itu, aku ingat lagi, malam tu hari Jumaat. Aku dengan kakak je ada dekat rumah. Well, kitorang stay dekat apartment. Tingkat 6.
Malam tu cuaca terasa sejuk. Angin sepoi-sepoi masuk ikut tingkap. Tingkap yang dibiarkan terbuka membuatkan langsir turut beralun mengikut rentak angin yang masuk. Tingkap aku tu jenis slide- alah macam sliding door tu. Okay, so sedang aku dengan kakak leka melayan Running Man dekat laptop, tiba-tiba aku terpandang langsir yang bergerak tu.
Bunyi langsir yang bergesel dengan dinding buatkan aku merenung ke arah benda alah tu lama. Lepas tu aku bangun, pergi arah tingkap. Ye memang betul jangkaan aku. Angin kuat betul malam ni. Hurm nak hujan lagi la ni. Kata aku dalam hati.
Elok aku tengah menikmati angin sejuk tu, mata aku terpandang kawasan kubur. Oh lupa, dinding tingkap rumah aku memang menghadap kubur. Imagine eh, apartment aku-then selang sikit ada laluan kereta api-selang lagi sikit ada kawasan perumahan-depan perumahan tu kawasan kubur. Memang just nice je semua tu dibina kat belakang apartment aku.
So sedang aku pandang ke arah kawasan kubur tu. Aku ternampak satu cahaya. Terang sangat! Memang cahaya tu berjaya menarik perhatian aku saat tu. Lama aku pandang. First thought tu, aku fikir cahaya surau berdekatan situ je. Then aku panggil kakak, aku suruh dia tengok jugak. Dia pun nampak yang sama. Masalahnya, satu kubur je, spot kat satu kubur je cahaya tu terlihat. Kitorang dah berpandangan. Masing-masing terdiam dengan thoughts dalam kepala.
"Tu orang baca Yassin lah tu.." Balas kakak. Aku memandang dia dengan muka stone. Baca Yassin tengah malam buta gelap macam tu? Kau rasa...? Tapi aku tak membalas. Aku diam je. Aku takut apa yang aku fikir sekarang betul.
"Tak lah, tu orang nak gali kubur untuk esok lah tu." Balas aku pula setelah lama berdiam diri. Masing-masing nak yakinkan diri dengan pendapat sendiri, padahal sebenarnya nak sedapkan hati je. Pft.
"Yelah tu. Dah dah la." Balas kakak terus sambung tengok Running Man. Aku pula hanya diam, sambung balik melihat cahaya tu. Terang sangat, memang mata aku tak lepas pandang cahaya tu. Boleh la nak kata jarak apartment dengan kubur tu agak jauh. Tapi cahaya tu dengan jelas aku nampak.
Kalau itu orang gali kubur, mustahil lampu dia terang sangat macam ni.. Terus masuk ayat tu dalam kepala aku. Aku menelan air liur perlahan. Lama, baru aku berganjak dari tingkap. Sejak tu, setiap jam aku tengok tingkap tu. Cahaya tu masih ada. Sampai la esoknya!
======
Aku pulang dari kerja around 9 malam nak ke pukul 10. Aku decide malam tu nak tengok lagi kawasan kubur tu, so malam tu aku tengok lagi melalui tingkap sliding tu.
Gelap.
Suram je. Dari jauh aku tengok kawasan kubur tu gelap. Memang gelap. Takde dah cahaya terang tu. Gabra jap. Dalam kepala ligat memikirkan apa benda semalam tu?!
Jadi, kalau betul apa yang aku nampak tu sama seperti suara dalam kepala aku, aku anggap tu petanda dari Allah s.w.t. Sebagai umat Islam, amalan yang baik akan dibawa ke kubur, malam tu aku tak fikir itu makhluk ghaib ke apa, tapi amalan orang yang meninggal dunia tu. Memang bertuah sungguh arwah. Kubur diterangi cahaya terang benderang yang jarang dilihat oleh orang seperti aku ni. Ni first time.
Memang Allah s.w.t tak pernah lupa akan janji-Nya dekat anak-anak Adam. Bila teringat balik benda semalam yang dilihat depan mata, jadi sebak dada bila terfikir, amalan apa yang aku buat selama ni? Seperti yang kita tahu, amalan baik diberi ganjaran, amalan jahat? Wallahu'alam. Semoga roh orang-orang yang meninggal dunia dicucuri rahmat dan diberkati Allah s.w.t. Amin ya robbal'alamin.
Jadi, amalan kita pula macam mana?
======
This story was based on true story. I don't know whether this is an imagination or somethings else, tapi aku anggap satu ini tauladan untuk setiap umat Islam dimuka bumi ni. Aku harap korang dapat point yang aku cuba sampaikan. So, there ya go. 🙂
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...