Kembali ke alam sekolah menengah. Waktu ni aku form 4 rasanya. Bak kata orang, its time for honeymoon.
Dah kata honeymoon kan? So bercamping lah jawapannya! Dekat mana tu tak ingat. Sekolah yang anjurkan masa tu. Untuk bebudak form 4 dengan 1 and 2. Form 3, and 5 takleh. Ada major exam kan. Lol.
Jadi, setiap kejadian mesti berlaku tengah malam kan? Sebab 'benda' alah tu memang suka muncul waktu malam pun. Suka benor dengan gelap. Tah hapa yang best tah. Puih.
So camping ni, kalau takda night walk. Memang bukan camping namanya. So kejadian ni terjadi well yeah, you're right. Masa night walk tu.
Okay masa tu pukul 12 lebih dah rasanya. Night walk cikgu buat ni bukan yang jenis kena campak sekor sekor kat ceruk lepastu budak tu hilang baru engko nak menyesal buat. Tak bukan. Night walk kali ni cikgu buat ramai sekaligus. Kira jalan dalam barisan, ramai ah. Memang tak takut sangat ah kan.
Dah berbaris ramai ramai tu memang dah best dah beb. Tapi part celaka nya, bila aku kena letak jadi orang second last dalam barisan tu. Member aku kat belakang, laki. Nasib dia ada. Kira kalau hantu nak cekup, cekup dia dulu ah. Aku sempat lari.
Sweet kan pengorbanan seorang member?Okay. Lepas semua anak kambing dah beratur. Maka bermula lah sesi night walk pada malam ituuuuu.
First jalan tu relax je. Kebanyakkannya cikgu yang menakut-nakutkan. Eleh apa dehal. Puih.
Tapi bila dah masuk hutan. Peh.
Banyak betul 'kawan' kat tepi tepi ceruk hutan tu. Wuuu.
Aku ingat aku sorang je nampak.
Sekali ada orang bisik kat aku.
"Weh. Kau nampak tak apa aku nampak?!" Dia bisik. Aku toleh belakang. Rupanya kawan aku. Cilako. Dia pergi mengantoikan perkara tersebut. Maknanya dia pun nampak jugak.
Aku balas ah nampak. Pastu paling kelakornya si jimbit kat belakang ni dia boleh gelak gelak lagi. Aku pun pakat gelak jela. Tapi kitorang tak tunjuk ke arah 'benda' alah tu. Kang dia terkam, tak ke mampos berdiri?
Sebenarnya gelak tu sebab nak hilangkan perasaan takut. Kah kah. Dah engko dengan kawan engko jadi orang terakhir kat belakang. Kau rasaaaaaa?
Jadi kita teruskan gelak secara perlahan. Kalau gelak kuat kuat kang orang kata kena sampuk pula. Dah la tengah malam.
So dah lepas part 'kawan' yang banyak tu. Kitorang chill sikit.
Tapi chill kitorang sekejap je weh.
Kitorang kena teruskan perjalanan sampai nampak anak sungai. Pehhhhh time ni nampak lagi bhaiiiiiii.
Kawan aku dah cuit cuit baju dah. Memang cipan. Aku suruh dia diam je. Pastu kitorang gelak lagi. Cover beb.
Kitorang buat bodoh. Aku cuak nak pandang weh. Sebab banyak! Ya Allah. Masa tu tunggu masa nak habis kan night walk tu dengan cepat je. Tak sabar dah.
Lepas dah mengharungi segala rintangan dan onak duri malam tu.
Akhirnya kitorang berkumpul kat satu tempat lapang ni. Lega sikit.
Lepastu cikgu suruh masing-masing jerit nombor giliran masing-masing. Yela takut terkurang. And terlebih ke... Heh he.
Okay cukup.
Nasib baik. *nangis kegembiraan*Lepas dah settle tu. Baru kitorang lepak sekumpulan dengan geng lain. Aktiviti dah habis masa tu. Member kitorang semua terkejut dengar cerita ktorang. Ada yang takut, ada yang tak percaya.
Kau tau kitorang nampak apa?
Kitorang nampak benda putih. Putihhhhhh je semua. Banyakk weh. Benda alah tu memang tengah perhatiii je kat aku dengan member aku. Maybe sebab dia tau kot aku dengan kawan aku perasan kehadiran 'diorang'. Itu masa first part.
Second part tu cilako tahap hanjiiiiiiiing. Kitorang nampak hantu bungkus wehhhhh. Seram gila mak. Banyak kottt. Ya Allah tu yang aku takut gila tu. Nasib tak terkucil.
Kawan aku semua terkejut. Yela sebab dia orang tak nampak kan apa yang kitorang nampak. Jadi lepas habis je sesi bercerita masa tu. Tetiba ada angin cam, supppppp. Terasa kat muka aku. Aku dah berpandangan dengan diorang. Diorang pun rasa apa aku rasa.
Lepas tu senyap sunyi...krik krik.
Sekali dengar bunyi pang! Kat pintu dewan. Semua bertempiaran lari masuk bilik! Wahahaha.
Benda tu nak ajak berkawan kot. Dah sembang pasal 'dia' kan? Mesti la nak join. Heheh.
•based on true story. Ingat, bila kat tempat orang Jangan nak ketawa bersuka ria sangat. Kang ada yang join sekali baru engko tauuuu. Hihihii (gelak sopan)•
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...