Kisah ni diceritakan oleh mak aku sendiri.
Waktu kejadian berlaku around nak subuh. Waktu tu mak aku nak balik kerja. Masa ni zaman muda lagi bhai. Kerja kilang je masa tu.
Dia yang sedang bawak motor ketika itu (rock bhai mak aku rempit, kau ada?) tiba tiba ditahan oleh seorang gadis cantik dekat bustop.
Katanya perempuan tu memang cantik. Muka putih, kecil molek je orangnya, rambut paras bahu, pakai baju warna merah. Ada mix cina sikit sikit.
Lalu mak aku yang suci dan murni jiwanya, pun berhenti depan perempuan tu. Mak aku tanya, "adik ni nak kemana?"
Lalu perempuan tu menjawab "nak ke depan tu je, boleh tumpang tak kak?"
Maka, mak aku yang baik hati tu pun membenarkan perempuan berambut lurus tu tumpang dia.
Sesudah itu, mereka pun meneruskan perjalanan seperti biasa bersama. Mak aku ada jenguk cermin sisi, tengok perempuan tu diam je kat belakang peluk mak aku. Tiba tiba
Huuuuu sebut je tiba tiba terus mood cuak start lel.
Dekat satu simpang, entah macam mana motor mak aku terasa berat tetiba. Jenuh ah dia pulas minyak, tapi still motor jadi slow.
Hah kau masa ni lah mak aku tergerak hati nak tengok cermin sisi lagi sekali. Dia dah start tak sedap hati. Elok je dia tengok cermin, hambikkkkk kauuu perempuan cantik tu dah jadi buruk nokharom cetan.
Rambut dah ngerbang kalah rosmah, baju merah dah rabak penuh darah, muka berulat, tadi elok kecil molek, skrg dah jadi Undertaker besar dia.
Peh mak aku dah cuak. Satu, sebab tangan gergasi dia tu still peluk mak aku, dua takut motor ni pancit je tayar dia. Fak cemana nak pi kerja nanti
Sedang mak aku bimbang perkara yang bakal berlaku, tiba tiba perempuan tu mengilai, ahh sudah. Pontianak sesat mana aku angkut ni , kata mak aku dalam hati. Dia pun mula membaca ayat Qursi sambil mata fokus memandang jalan. Takkan nak stop? Gila.
Bukan setakat dalam hati, dia baca juga dekat mulut. Terkumat kamit mulutnya membaca surah. Pontianak cina tu dah kepanasan agaknya, mak aku dapat rasakan cengkaman kat perut dah semakin kuat.
Dan THUD!!
Tak lama lepas tu, mak aku terjaga. Berpeluh sakan mak aku masa tu. Mimpi macam real lol, start mimpi dia tu, dia tak balik ikut laluan tu dah.
The end.
__________________
Siapa perasan yang tajuk cerita sebelum ni mengatakan yang dia mandul? i-mandol. Hahaha! Sorry author sendiri terkena, tak sangka tajuk dia boleh jadi camtu. Hahahhahaja k bai 😂
Lokasi kat mana mak aku kerja tu dirahsiakan atas sebab tertentu. Hohoho
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HororHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...