Setelah seminggu Ariz dan isterinya berada di kampung. Jadi dia berhasrat untuk pulang ke KL esok hari.
Mek Nah, makcik sedara yang telah menjaga Ariz sejak kehilangan ibunya sendiri. Dia sedang mengurut Hasnah, isterinya. Dah hampir 2 tahun berkahwin. Tapi kami masih lagi tidak menimang cahaya mata. Bukan tidak berusaha, dah macam-macam cara kami buat. Yelah. Mungkin bukan rezeki kami lagi. Kata aku dalam hati.
Jadi aku pulang ke kampung untuk bertemu Mek Nah ni la. Dia ni memang pakar bab bab macam ni. Jadi bidan pun dia reti. Saja la mencuba. Mana la tahu kan kot kot lepas ni menjadi ke, hoho.
Keesokkan harinya. Kami bercadang untuk bergerak petang memandangkan waktu pagi tadi isterinya tidak berapa sihat. Jadi petang tu dia sedang berkemas memasukkan barang ke dalam bonet kereta dibantu oleh Rusdi, anak bongsu Mek Nah.
Setelah siap berkemas, dia memanggil isterinya dan Mek Nah. Mahu bersalam dengannya sebelum balik. Kelihatan Mek Nah dan isterinya sedang turun di tangga sambil bersembang kecil.
"Mek Nah, kami balik dulu lah ye. Hari pun dah nak petang sangat dah ni. Nanti apa apahal call jela ye Mek Nah." Kata aku kepada makcik aku sambil menyalam tangannya.
Selesai bersalaman dan memberikan pesanan kepada Mek Nah sebelum beransur pulang, aku dan isteri menaiki kereta kami.
Sebelum bergerak, aku melaungkan suara aku kepada Mek Nah. Terlupa nak cakap tadi.
"Nanti Mek Nah tolong cakap kat Rusdi, terima kasih ye sebab tolong kemaskan barang sekali tadi!" Kata aku sebelum kereta aku meluncur pergi.
Sempat mata aku menangkap reaksi Mek Nah tadi. Dia kelihatan terkejut.Aku pandang sisi tepi kereta. Mek Nah masih berada di halaman rumah nya merenung kereta aku sambil memegang telefon di telinganya. Aku lihat phone aku berdering.
Aku suruh isteri aku angkatkan.Tiba-tiba isteri aku letakkan phone tu di telinga aku. Suara Mek Nah seakan menggeletar.
"Ariz, Rusdi mana ada dekat rumah sekarang ni, kan dia kat sekolah asrama penuh."
Terus meremang bulu roma aku. Stereng di pegang kuat. Peluh jantan terasa meleleh dari kepala hingga ke dagu.
Habis, yang tolong aku tadi tu siapa?
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...