Story

5.5K 414 13
                                    

Cerita hantu adalah kegemaran dia. Setiap hari kalau tak tengok/baca cerita hantu memang tak lengkap lah hidup dia. Hobi Izat tu memang pelik kalau cerita kat orang. Tapi apa boleh buat? Dah memang tu hobi dia.

Satu hari, Izat duduk dekat rumah sorang-sorang. Parents dia keluar pergi kenduri kawin kawan. So dia malas nak ikut, jadi foreveralone.com lah dia saat ini. Sedang dia ralit mencari cerita hantu baru dekat wattpad, muka dia tampak bosan. Dah hampir semua cerita aku baca, takkan takda cerita baru kot? Aduh pishang gila.

Bisiknya dalam hati. Di scroll wattpad tu, sampai la dia terjumpa satu cerita baru. Tajuknya;Tulis.

Nampak macam menarik. Dia pun click kat cerita tu, keluar je muka surat pertama. Dahi dia berkerut sekejap. Nama watak dalam cerita ni sama seperti nama dia! Tapi dia anggap tu sebagai kebetulan je. So dia teruskan membaca.

Sampai di satu tahap tu. Tangan dia menggigil memegang phone nya. Air liur terasa kesat apabila dia mahu menelan. Badan dia menggigil. Jalan...jalan cerita dalam cerita tu sama seperti keadaan dia sekarang!

Dia terkejut bukan kepalang bila writer cerita tu update baru. Setiap kali dia habis satu muka surat, update baru akan muncul. Dan setiap kali update baru tu ialah jalan cerita apa yang dia sedang buat sekarang. Dia taknak percaya. Merepek. Ni semua merepek. Dia sambung kembali membaca.

"Jangan takut Izat. Aku sentiasa ada dengan kau. Cuba pandang cermin depan kau."

Buku itu menulis sebegitu, tak semena Izat pun terus memandang ke arah cermin seperti arahan buku tu. Dia ingat cerita tu memang mengarut. Tapi...tidak.

Phone dia tercampak tatkala dia memandang cermin depan dia tu. Pantulan cermin tu menunjukkan wajah dia...dan dibelakang Izat terdapat lembaga hitam mata merah, berbentuk sama macam dia, sedang berdiri tegak dan tersenyum seram ke arah Izat.

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now