Kutü

3.6K 272 27
                                    

Nama aku Kutu.

Kenapa kutu? Actually nama betul aku ialah, Tengku Turqish Abdul Rahman. Tapi disebabkan member aku susah sangat nak sebut nama tu, so diorang panggil aku Kutu. Shit, I know.

Back to our main topic.

Aku sekarang berada kat atas rooftop satu bangunan ni. Sedang menikmati sunset. Betapa indahnya cahaya di depan mata aku sekarang.

So bila matahari dah tenggelam, maka langit pun bertukar warna. Timbul pula bulan menyinari malam aku hari ni.

Jam dipergelangan tangan aku lihat, dah pukul 8 malam.

Astaghfirullahalazim. Maghrib dah lepas!

Terus aku simpan barang barang aku dalam beg. Dan bangun dari lantai situ dengan aksi yang sangat rare.

Aku jalan pantas ke pintu 'EXIT' atas bangunan tu.

Semasa tengah kelam kabut nak turun tangga plus cari kunci motor dalam beg, aku tak perasan yang aku dah terlanggar seseorang kat tangga tu.

Dah la tangga tu lampu suam suam kuku je. Kalau iman tak kuat, jangan harap kau nak naik atas ni der.

Hah kau. Habis bersepah barang atas lantai tangga tu. Aduh! Pantas aku menunduk nak kutip barang aku balik.

"Sorry sorry— saya tak nampak—"

Ayat aku terhenti tatkala wajah seorang gadis menyapa muka aku. Manisnya!

"Takpe." Gadis tu tersenyum. Dan dia hulurkan kunci motor kat aku.

Aku dah jumpa bidadari..

"Saya pergi dulu k.."

Gadis tu bangun dari melutut kat tangga tu. Aku pun sama. Mata aku tak lekang dari pandang gadis tu. Sehinggakan gadis tu seperti malu malu.

Aku perhati je gadis tu sehinggalah, macam ada orang pukul kepala aku dengan kayu baseball. Hentaman dia sangat kuat sehinggakan darah seakan terhenti dalam badan aku.

Begitulah reaksi aku setelah ternampak yang gadis tadi, dia sebenarnya takda kaki.

"Aku tarik balik part bidadari tu." Terluncur kata kata tu dari dalam mulut aku.

Air liur dalam mulut dah terasa pahit.

"Relax Kutu relax. Buat buat tak nampak." Pujuk hati aku. Nak tenangkan diri. Perlahan aku pusingkan badan.

Semasa aku nak melangkah pergi, dengan gaya seakan penyangak turun tangga takda bunyi, tiba tiba aku terdengar pintu tingkat atas tu seakan terbuka.

"Awak..."

Mata aku membulat bila dengar suara tu.

"Taknak temankan saya ke..?"

Oh shit!

Terus aku lari lintang pukang dari situ, tak fikir apa dah.

Pintu grill bangunan tu dah la macam nak expired, so time kelam kabut tu aku tolak kasar, hah kau dah tercabut terus.

Lantak! Sekarang ni motor aku mana?!

Tadi bermadah pujangga sangat kann Kutu, bila dah jadi camni hah baru padan dengan muka kau sekarang!

Ni balasan tak solat Maghrib kot. Aduh! Mana motor aku weiiiii!

Oh tudia.

Terus dia naik atas seat motor. Masa nak pakai helmet tu, dia terpandang rooftop bangunan tu. Dah ternampak gadis tadi atas tu. Gaya macam nak terjun. Eh terjun?!

Ye gadis tu dah terjun.

Kutu kaku atas motor.

Terngiang raungan gadis tu semasa terjun di cuping telinga Kutu.

Enjin motor dimatikan.

Dengan perlahan dia turun dari motor tu dan berjalan semula ke bangunan tu.










Esoknya terpampang berita di muka surat pertama yang bertajuk.

"ANAK SEORANG USAHAWAN MATI BUNUH DIRI: TERJUN BANGUNAN LAMA."

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now