Kisah ketiga, masih terjadi di tempat yang sama. Iaitu kampung aku. Ye aku tahu kenapa asyik kat kampung aku je kan. Bila nak cerita kat tempat lain pulak?
Habis, dah kat kampung aku tu banyak no hantunya. Aku cerita jela kat kampung punya dulu.Lagipun, aku author cerita ni. Suka hati aiii la. Puih.
Okay. Ni kisah yang terjadi kat kawan abang aku. Masa tu malam raya jugak tak silap aku.
Nama dia Cu'ei. Dia ni memang sakan bila sambut raya ni. Sakat orang sana sini. Nyamar jadi tu, nyamar jadi ini. Haaa sekali kena kat dia balik.
Heh he.
Teruskan membaca.
Aku yang menaip ni pulak yang seram tetiba lampu bilik ni berkelip. Puih.
Okay. Masa tu malam raya. Biasa lah orang perempuan, bila balik dari surau, telekung dia tak cabut. Kau imagine eh. Telekung putih, jalan waktu tengah malam gelap.
Kalau kau tengah berjalan nampak benda rupa gitu, rasa macam apa? Tak ke buat kau rasa nak terkincit dalam seluar bila tengok. Okay tapi bukan itu point dia.
Malam tu kakak aku pakat nak kenakan si Cu'ei ni. Jadi dia terus kan pakai telekung tu lepastu menyorok kat pokok rambutan dekat halaman rumah kitorang. Dalam berapa minit. Mangsa dah kena target.
Elok je si Cu'ei tengah sembang dengan abang aku. Tiba tiba kena sergah dengan kakak aku. Haah kau, lintang pukang lari macam kena kejar lembu gila. Berteraburrr lari kau. Padan muka. Sakat orang lagi. Bhahahaha.
Tapi itu bukan seram dia, bukan.
Lepas sejam dari kejadian tu. Cu'ei datang balik halaman rumah kitorang dengan member dia yang lain, ajak main mercun. Relax je dia lepas kena sergah tadi boleh ajak main mercun pulak. Boleh tahan. Pfft.
Abang aku pun join sekaki, main mercun dengan Cu'ei and the geng. Dengan suasana malap hanya bertemankan pelita cucuk kat tanah tu je. Diorang main. Punya lah sakan main mercun, baling sana baling sini. Hu-ha hu-ha bagai.
Makin lama geng diorang pun berkurangan. Ada yang dah balik. Ada yang stay main lagi. Si Cu'ei ni pun teruskan main leka je.
Tengah syok main mercun, dia tengok semua geng dia dah balik. Tapi tinggal sorang je lagi member dia yang stay. Dia pelik lah. Bila masa diorang semua balik ni? So dia ajak kawan dia yang pakai baju melayu hitam yang sorang tu, balik sekali. Sebab laluan rumah diorang sehaluan je.
Tengah Cu'ei bersembang berborak bagai. Dia pelik la. Pehal kawan dia ni senyap je. Dari tadi mengikut je dia. Kawan dia bonceng kat belakang basikal Cu'ei.
Elok je sampai kat kawasan rumah member yang dia nak hantar tu. Tiba tiba dia nampak dari jauh, kawan dia yang dia tengah boncengkan tu. Tengah bergelak ketawa kat beranda rumah dia.
Dia dah berpeluh sakan.
Kalau kawan dia dah ada kat rumah tu...jadi yang dia boncengkan tadi tu siapa..?
Terus dia toleh ke tempat duduk belakang. Alangkah terkejutnya dia tengok takda apa apa pun kat situ. Budak baju melayu hitam tu takda kat situ pun!
Dia dah tak tunggu sesaat lagi dah. Dia terus pecutt kayuh basikal macam orang sawan ke arah rumah dia.
Sampai je dekat rumah. Dia terus masuk bilik berbungkus selimut.
Esoknya, dia demam seminggu. After seminggu baru dia cerita kat kawan-kawan dia pasal 'budak baju melayu hitam' tu.
Terkejut abang aku and kawan dia semua. Lagi lagi kawan dia yang hantu tu menyamar tu. Sebab dia ingat lagi, sebelum dia balik. Dia dah ajak Cu'ei balik sekali sebab dah ramai dah balik rumah.
Tapi dia tengok Cu'ei macam seronok je main. Macam main dengan orang lain. Dia pun biarkan jela. Balik je.
Cu'ei mampu terdiam je masa kawan dia cerita tu. Dalam hati dah berdebar.
Inilah padah dia kalau seronok sangat main tengah malam. Waktu raya pulak tu.
Kan dah ter'kena'. Hehe.
•Cerita ni based on true story. Abang aku cerita kat aku balik. Nama dalam cerita ni rekaan semata. So pengajaran dia, jangan sakan sangat ye main mercun tengah malam raya, karang ada yang join sekali. Hehehe.•
![](https://img.wattpad.com/cover/64505829-288-k849601.jpg)
YOU ARE READING
[REALITI] SERAM
HorrorHighest ranked #1 in Horror [10/12/16 - 24/3/18] Idk how to write synopsis actually. But basically, as you guys can see, this is HORROR story. Takda pasal cinta ke korea ke cinta monyet ke one direction lanc tu semua. Okay? Mostly reka, and ada ya...