Doppelgänger

6.5K 480 55
                                    

Aini, Sarah dan Julia adalah housemate. Mereka sangat akrab sejak kecil lagi. Bila dah besar, study pulak kebetulan tempat sama, diorang pun apa lagi. Sakan ah berseronok sebab still together!

Mereka menyewa satu rumah yang berdekatan dengan college mereka. Rumah teres dua tingkat tu kelihatan cantik. Walaupun bayaran agak mahal tapi mereka tak kisah, sebab rumah tu memang lengkap dengan semua benda.

Satu hari, Aini dan Julia ada kelas pagi. Manakala Sarah takde kelas hari tu. So tinggal la dia seorang diri dekat rumah. Memang seronok la dia membuta sampai tengah hari! Takde parents nak membebel kat dia suruh bangun, takde kelas pulak hari tu. Memang bahagia la!

Dia terjaga around 11:30 pagi. Tapi Sarah tak terus bangun dari katil, dia ralit bermain phone atas katil tu. Tiba-tiba, bunyi bising dari dapur mengejutkan dia. Macam ada orang tengah memasak, sambil tu bersembang. Eh? Takkan diorang dah balik kot? Terus dia turun dari katil, menuju ke luar bilik.

Turun je kat bawah. Suara tu makin jelas. Hilai ketawa semakin kuat. Sah! Diorang dah balik. Kenal sangat Sarah dengan ketawa tu.

"Weiii! Balik tak bagitahu en!" Sergah Sarah masuk ke dapur. Dilihatnya Aini dengan Julia membelakangkan dia. Lepas tu diorang berpusing, menghadap Sarah sambil tersengih. Sarah dah pelik.

"Apehal korang tersengih ni? Ingat lawa ke? Eh masak apa tu? Eee aku lapar lah. Jom makann!" Ajak Sarah riang. Memang dia ni jenis yang happy go lucky huha-huha. Jarang lah nak tengok si Sarah ni sedih ke muram.

"Kitorang masak fav kau la Sarah.."
Balas Aini. Dia kembali membelakangkan Sarah.

"Ha'ah, kau duduk la depan dulu. Kejap lagi aku nak hidang ni ha. Takpun, pergi buat air ke. Lagi bagus! Shuh shuh!" Halau Julia. Sarah hanya julingkan mata ke arah peti ais selepas mendengar Julia membebel. Lalu dia keluarkan orange juice dari dalam fridge. Selesai dia buat air, dia terus bawa dulang air tu ke depan. Aini dengan Julia pun macam dah selesai memasak. Makanan dihidangkan atas meja makan.

Julia tengah menuang air dalam cawan. Manakala Aini pergi ke arah tv.

"Eh kejap! Jangan makan lagi weh! Tunggu, aku nak basuh muka. Heheh." Kata Sarah sambil tersengih, kemudian laju je dia lari masuk ke toilet bawah tu. Julia dengan Aini hanya menggelengkan kepala melihat telatah Sarah.

Tak lama lepas tu, Sarah keluar dari toilet. Dia tengok Julia dengan Aini tengah duduk kat meja makan. Tiba-tiba bunyi pintu diketuk dari luar. Sarah pelik. Siapa pulak ni?

"Member korang datang ke?"

Julia dengan Aini hanya angkat bahu tanda taktahu sebagai jawapan untuk soalan Sarah. Sarah makin pelik tengok gelagat diorang. Apesal dengan diorang ni?

"Takpelah biar aku bukak." Terus Sarah berjalan ke arah pintu. Elok je dah nak sampai dia terdengar suara orang hampir menjerit.

"SARAH! Bangun woiii! Bukak pintu! Kitorang tak bawak kunci rumah la! Woiii sarah!!"

Kuat suara tu melaung dari luar pintu. Seakan mahu mengejutkan orang dari tidur je gaya. Dia kenal suara tu. Macam suara..

"Weh, aduh aku rasa Sarah ni tidur mati ni! Ketuk kuat sikit weh!"

Ye dia kenal sangat suara tu. Tu suara Aini dengan Julia! Dia menelan air liur. Terasa kesat di tekak. Peluh sejuk terus membasahi badannya.

K-k-kalau diorang kat luar, kat dalam rumah dengan dia tadi tu siapa..? Tak sempat nak tunggu sesaat, terus dia buka pintu rumah!

Terjengul muka Aini dengan Julia depan pintu.

"Hah!! Dah bangun pun! Aku ingat tidur mati tadi! Baru nak gegar rumah ni tadi!" Balas Julia sambil duduk atas sofa.

"K-korang dari mana ni?" Balas Sarah. Dia hampir kehilangan suara sebab terkejut sangat dengan benda baru berlaku ni.

"Lahai kau ni. Soalan jenis apa tu? Kelas lah gila! Eh! Kau masak ke? Lapar siot." Kata Aini memandang ke arah meja makan. Muka Sarah bertambah pucat. Perlahan dia memandang ke arah meja makan tu, terkejut dia, 'Aini dan Julia' yang dia jumpa first tadi tu dah hilang!

Aini terus berjalan pergi ke meja makan tu. Tudung saji atas meja tu dibuka.

"Laaa! Apa ni Sarah! Pinggan kosong je kau letak bawah ni! Aishh beriya tutup dengan tudung saji aku ingat ada makanan ke apa."

Makin terkejut Sarah dengar ayat Aini. Terus laju dia berjalan pergi ke meja makan tu. Memang betul! Pinggan kosong je semua! Kecuali air orange yang dia buat tu je yang masih ada. Hampir menangis Sarah ketika ini.

"A-a--aku tak.. Tak tahu.. Korang, errm makanan tadi--" Tergagap gagap Sarah cuba balas dekat Aini. Aini dengan Julia yang pelik melihat gelagat Sarah dari tadi, datang ke arahnya.

"Weh kau apehal ni? Kau okay tak Sarah?" Soal Aini.

"Yelah beb. Dari tadi aku tengok kau ni pelik semacam je. Muka pun pucat. Apsal ni?" Julia pula bertanya. Jelas risau kedengaran dari suara mereka.

Sarah menggigil sambil menangis. Dia menceritakan semua pasal tadi dekat Julia dengan Aini. Terkejut bukan main diorang bila dengar cerita Sarah!

"Hmm. Kesian kau beb. Benda-benda macam tu memang akan ada pun, lagi-lagi kita yang baru duduk rumah ni. Memang suka la 'diorang' nak kacau. Haish, takpelah. Kitorang dah balik pun ni. Kau pergi rest la, Sarah. Aku nak masak. Ni, kau tengokkan Sarah tu. Kang nanti jadi apa pulak kang." Arah Julia. Dia mengelengkan kepala sambil bangun dan menuju ke arah dapur. Nampak jelas yang dia seakan tak percaya dengan apa yang baru dia dengar.

Aini suruh aku rest je dekat sofa tu sementara dia kemas pinggan kosong atas meja makan tu. Sarah hanya menurut je. Tv yang masih terpasang dia lihat lemah. Tiba-tiba iPhone dalam poket seluar Sarah vibrate tanda ada message masuk. Dia unlocked phone.
Terkejut dia tengok siapa yang hantar message tu.








Text from Julia

"Assalamualaikum? Weh Sarah! Kau tidur lagi ke? Weh aku dengan Aini kat college lagi tau! Banyak assignment ni ha. So kitorang stay jap. Kau masak la apa yang patut kat rumah tu eh. Kitorang makan kat luar je. K boiii~"

Read at 12:30PM

[REALITI] SERAMWhere stories live. Discover now